“Selamat pagi Mak Senah...,” sapa Audra. Baru semalam dia balik daripada Pulau Manukan dan hari ini dia terpaksa memulakan kerjanya di butik. Badannya baru terasa sengal-sengal setelah balik ke rumah. Nasib baik Muzammil mengejutkan dia tadi kalau tidak sudah tentu dia akan lambat ke butik.
“Pagi Audra…” balasnya. Audra mencapai beberapa cawan dan menyusunnya di atas meja makan. Sejak jadi isteri orang sudah menjadi rutinnya bangun awal dan membantu Mak Senah di dapur menyediakan sarapan.
“Suami kamu mana?” tanyanya. Selalunya Muzammil akan ke dapur bersama Audra untuk menyediakan sarapan bersama-sama. Orang baru kahwinlah katakan, dia dulu pun macam tu juga masa baru kahwin dengan arwah suaminya. Pendek kata semua kerja hendak dilakukan bersama.
“Lagi siap berpakaian,” katanya sambil membantu Mak Senah menyusun pinggan.
“Audra tidak penatkah? Pagi kena awal bangun hendak ke butik malam balik lewat. Muzammil tidak merungutkah? Gaji Muzammil seorang sudah cukup hendak menyara Audra seorang.” Mak Senah menutup mulutnya kerana terlanjur kata.
“Gaji Mil apalah sangat Mak Senah. Lagi pun dia kena hantar ke kampung, adik-adik Mil ramai lagi yang bersekolah. Biarlah Audra kerja di butik sementara dapat kerja yang lagi baik. Audra pun ada memohon kerja dibeberapa syarikat, entah dapat atau tidak.”
“Habis…ayah Audra pelawa kerja di syarikatnya Audra tidak mahu.” Duga Mak Senah manalah tahu hati Audra terbuka hendak bekerja dengan ayahnya.
“Malaslah Mak Senah…”
“Malas atau jual mahal?”
Audra angkat bahu. Mesti masam kelat entah apa-apa lagi yang sesuai hendak membayangkan muka Datin tu bila tahu dia hendak kerja dengan suaminya itu. Silap haribulan mesti dia tuduh aku hendak merampas harta kepunyaan suaminya tu. Hmmm…tidak mahulah aku.
“Bila hendak pergi jumpa ibu dan bapa mertua Audra di kampung tu? Mak Senah tengok Audra bukan main mesra lagi dengan ibu mertua,” korek Mak Senah. Gembira hatinya melihat kemesraan yang terjalin antara Audra dan ibu mertuanya. Bukannya macam Audra berhadapan dengan Datin, berlanggar bahu sekali pun Audra tidak akan berkata sepatah pun.
“Mil kata hujung minggu ni. Entahlah Mak Senah…Audra ikut saja,” katanya sambil membakar roti. Sementara menantikan roti itu siap dibakar Audra memerhatikan Mak Senah yang mengoreng mi hoon itu. Audra terasa lapar mencium aroma dari kuali itu.
“Sayang…stokin Mil kelmarin sudah cuci ke belum?” tanya Muzammil.
“Sudah dear, Audra letakkan stokin di kasut Mil tadi,” Audra menuangkan air kopi ke cawan Muzammil. Memang menjadi kebiasaan mereka berdua suami isteri bersarapan di meja dapur ini. Walhal, semua penghuni dalam rumah ini akan bersarapan di meja makan utama yang terletak di sebelah dapur ini. Mak Senah berdehem. Berbulu telinganya mendengar perkataan yang dan dear yang diucapkan oleh Muzammil dan Audra itu.
“Hari ni Mil tidak dapat temankan sayang makan tengahari tau sebab ada hal dengan ayah. Dia hendak minta hantar ke tempat yang dia meeting tu. Malam nanti Mil ambil sayang tepat pada masanya,” janji Muzammil. Dia mengeluh dia belum sedia hendak memberitahu hal yang sebenar kepada Audra.
“It’s okay dear. Audra pun ada banyak kerja di butik hari ni. Mak Senah tahu, Audra sudah terer jahit labuci atas baju dengan manik-maniknya sekali. Mak Senah kalau hendak baju tu dijahit manik dengan labuci serahkan saja pada Audra,” katanya manja.
“Ermmm sedapnya,” Audra menyudukan mi hoon ke mulutnya. Mak Senah tersenyum mendengar pujian yang diberi. Memang anak itu tidak lokek memberi pujian.
“Jangan tahu makan…belajar kalau ada masa terluang tu,” usik Muzammil.
“Mak Senah hendak sediakan makanan untuk meja depan. Mil dengan Audra makanlah.” Mak Senah mengangkat mi hoon yang berada di dalam mangkuk itu.
Muzammil memandang muka isterinya. Ditenungnya Audra dengan tajam sekali. Sehari tidak memandang wajah itu dia boleh jadi rindu. Setiap hari dia akan menelefon isterinya dari pejabat hanya sekadar melepaskan rindu yang membara.
“Apa tenung-tenung?” ucap Audra mengiat.
“Amboi…sejak bila tenung isteri sendiri pun tidak boleh?” Audra menyapukan mentega dan jem nenas ke atas roti. Diserahkannya roti itu kepada Muzammil. Tekaknya tekak orang Melayu, roti dengan mentega dan jem ni mana lalu makan. Nasib baiklah dapat isteri darah campuran kalau tidak jangan harap dia hendak menjamah makanan seperti ni.
“Nah…habiskan untuk Mil,” Muzammil cuma mengigit sedikit dan menghulurkan kepada Audra. Audra menolak tangan Muzammil. Perutnya terasa sebu kerana makan mi hoon tadi dengan kuantiti yang banyak.
“YA-RABBI…budak-budak ni kalau tidak mahu makan letak sajalah di tepi pinggan tu. Ini dibuatnya roti tu macam piring terbang,” tegur Mak Senah yang terlihat kejadiaan itu. Ada pula makanan dilempar ke sana ke mari. Tidak tahu bersyukur.
“Maaf Mak Senah…” Audra tersenyum manis.
“Mil…Datuk sedia hendak ke pejabat tu. Dia kata dia tidak sempat hendak sarapan di rumah,” beritahu Mak Senah sambil memerhatikan Muzammil yang berpakaiaan baju putih dan seluar biru itu. Uniform drebar kata Audra.
“Terima kasih Mak Senah. Kerja rajin-rajin ya sayang…” Muzammil menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Audra.
Menantikan Reena datang mengambilnya, Audra sempat bersolek ala kadar. Pantang Muzammil melihat dia memakai lipstic dengan terang. Kata suaminya itu, seorang isteri patut berlawa dan berdandan depan suaminya bukan ketika hendak keluar ke mana-mana. Bersolek di depan suami adalah yang lebih utama.
“Lahhh orang tua ni, lupa bawa dompet …”Audra mengambil dompet Muzammil yang tertinggal di atas meja solek itu. Manalah tahu kalau ada gambar perempuan lain di dompet suaminya itu. Audra mengulum senyuman apabila melihat gambarnya di dalam dompet itu. Dia berkira-kira hendak singgah ke pejabat Muzammil untuk memberikan dompet itu. Manalah tahu ada pemeriksaan polis secara mengejut hendak periksa kad pengenalan atau lesen memandu. Parah kalau Muzammil tidak membawanya ketika itu.
“KAU tunggu sekejap Reena. Aku hendak hantar dompet ni pada suami aku,” Audra keluar dari perut kereta.
“Jangan lama tau. Paham sajalah kau tu…bila berjumpa dengan suami sendiri bukannya ingat orang lain,” usik Reena.
Inilah kali pertama Audra menjejakkan kakinya ke pejabat ayahnya. Beberapa mata memandang memerhatikan Audra. Mahu saja Audra mencabut mata setiap mata yang memandangnya. Setelah bertanyakan kepada security dan mengatakan suaminya berada di tingkat tujuh Audra pun menuju ke arah lift.
“Boleh saya bantu Cik…” tanya penyambut tetamu di syarikat itu.
“Saya isteri Muzammil kalau boleh saya hendak jumpa dia.”
“Anak Datuk Azri rupanya. Encik Muzammil ada mesyuarat dengan Datuk Azri di biliknya . Kalau Puan hendak jumpa boleh saya beritahu…” penyambut tetamu itu mengangkat gagang telefon.
“ Saya hendak beri surprise mereka berdua. Boleh Cik….”
“Athirah,” sahutnya memberitahu
“Puan Audra mari saya tunjukkan biliknya.” Audra mengekori Athirah dari belakang. Hati Audra berdebar apabila mendengar kata-kata gadis itu, Datuk Azri sedang bermesyuarat dengan Muzammil di bilik.
Akauntan perkataan itu tertera di pintu bilik itu. Audra mengetuk pintu bilik itu. Kedengaran suara memberi arahan masuk. Audra cuba berlagak selamba.
“Yes Athirah…” kedengaran suara Muzammil.
“Silakan masuk Puan Audra…” pelawa Athirah. Muzammil terkejut mendengar kata setiausahanya itu. Datuk Azri pun terkejut sama. Audra datang!!
Audra mengetap bibirnya melihat Muzammil yang segak dengan baju kemejanya dan bertali leher. Dia tidak memakai baju uniform drebar itu lagi. Terasa maruahnya dipijak-pijak kerana Muzammil membohonginya selama ini. Panas menyerbu pipinya.
“Audra…” Muzammil masih lagi terkejut.
“Audra tidak mahu dengar apa-apa alasan. Audra datang hendak berikan dompet ni,” katanya meletakkan dompet itu di atas meja. Pantas Muzammil menangkap tangan Audra.
“Lepaslah. Sakit tangan Audra ni…”
“Ayah pun patut minta maaf sebab ini semuanya kerana ayah yang meminta Muzammil merahsiakan.”
“Audra tidak mahu dengar apa-apa. Enough okey…” katanya terus pergi.
“Audra…” Muzammil mengejar Audra. Beberapa orang pekerja yang ada berbisik antara satu sama lain. Melihatkan Audra yang pantas melangkah itu Muzammil berpatah balik ke biliknya. Habis…habis aku kali ni.
“KAK Audra ni daripada tadi Irah tengok Kak Audra monyok. Ada masalahkah? Gaduh dengan abang Mil ni?” tembak Syahirah. Reena pun hairan sejak pagi tadi Audra mendiamkan diri. Sepatah di tanya haram sepatah dia tidak menjawab. Entah-entah gaduh dengan Muzammil sebab itulah muka monyok semacam.
“Audra telefon…Muzammil on the phone,” beritahu Reena. Selalunya bila dengar nama Muzammil disebut temannya itu akan tersenyum ceria tapi hari ni monyok semacam saja ni.
“I’m busy.” Audra memberi alasan.
“Sorry Mil. I can’t help you. Audra seharian ni tidak banyak bercakap. Kamu berdua gaduhkah?” kedengaran Reena bertanya.
“Okey…Reena bagitau dia nanti.” Katanya lalu meletakkan gagang telefon.
“Audra…hubby kau cakap dia minta maaf.” Reena memberitahu. Audra tidak mengendahkannya. Reena dan Syahirah saling berpandangan.
“Aku laparlah…Reena kau hendak makan dengan aku hari ni? Mari aku belanja kau hari ni. Asyik dengan kerja tidak sedar masa makan tiba,” katanya setelah beberapa jam diam membisu.
“Aku pasal makan tidak tolak kawan. Mari aku temankan…” Reena bagaikan orang disorongkan bantal apabila Audra mengajaknya makan.
“Kau monyok macam kena tinggal suami ni kenapa? Sejak pagi tadi lepas hantar dompet suami kau tu, kau diam macam orang bisu. Kau cakaplah Audra kalau kau ada masalah…” pujuk Reena. Baru pun kahwin beberapa minggu sudah bermasam muka, orang kata masih dalam suasana honeymoon.
“Tidak ada apalah. Cuma aku kurang sihat. Come on Reena kaulah kawan aku yang paling aku sayang. Apa-apa masalah aku mesti bagitau kau,” beritahunya sambil cuba tersenyum.
Reena angkat bahu. Dia tidak akan memaksa Audra untuk menceritakan.
“Hai Audra…” Airil menyapa.
“Hai…” balas Reena laju.
“Boleh tumpang?” Belum pun sebab mereka berdua memberi keizinan Airil duduk di sebelah Audra. Reena mengenyit mata ke arah Audra.
“Ni makan sudah bayar ke belum? Kalau tidak biar Airil bayarkan,” katanya berbudi bahasa. Naik menyampah Audra mendengarkannya. Hendak belanja datanglah masa orang hendak makan, ini orang sudah pun habis, pinggan pun licin yang ada cuma sisa-sisa tulang ikan.
“Sudah bayarlah Airil. Terima kasih sajalah...”
“Lusa malam ada majlis di rumah Airil. Airil dan Reena jemputlah datang,” katanya bersungguh mempelawa Audra. Putih mata kawan-kawan aku yang lain bila melihat ada awek cantik berada di sampingnya.
“Tengoklah kalau ada masa. Entahlah kalau Audra pun boleh datang,” Reena memuncungkan mulutnya mengarah ke arah Audra.
“Boleh…lepas kerja nanti kita boleh pergi,” dia bersetuju. Marahnya pada Muzammil tidak terkata. Selama ini suaminya menipunya dengan melakokan watak sebagai drebar kepada ayahnya. Ingatkan Muzammil begitu luhur dan tidak menyembunyikan sesuatu daripada dirinya. Rupa-rupanya matanya dikelabui dengan kasih yang dipamerkan oleh lelaki itu. Hinggakan dia tidak mengesyaki apa-apa. Sekelumit pun dia tidak pernah mengesyaki bahawa Muzammil melakukan sesuatu yang boleh menguris hatinya. Pilu…rasanya hati.
“Aa’ah lepas kerja kami pergilah. Airil bagitau di mana alamat rumahnya,” Reena seakan-akan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Sahlah, Audra ada masalah dengan Muzammil. Memang sah, kalau tidak Audra tidak akan menerima ajakan Airil itu.
“Ni alamatnya…” Airil memberikan secebis kertas yang tertulis alamat rumahnya. Audra mengambilnya walaupun hatinya agak berat. Biarlah…dia hendak tengok setakat mana kesabaran Muzammil melayan perangainya kali ni?
“AUDRA…Mil minta maaf banyak-banyak memang Mil merahsiakannya tapi Mil tidak berniat membohongi Audra selamanya. Mil mencari masa yang sesuai untuk memberitahu Audra keadaan sebenar. Maafkan Mil…” katanya memohon maaf. Muzammil yang memandu kereta itu melirik ke arah Audra yang mendiamkan diri seribu bahasa.
Sejak menjemput Audra di butik sampailah ke saat ini Audra hanya membisu. Berpatah-patah ditanya satu pun tiada jawapan. Bila Muzammil bercakap isterinya memandang keluar. Macamlah dia bercakap dengan cermin kereta. Sakit hati dibuatnya.
“Kalau Audra hendak hukum Mil hukumlah asal Audra puas hati. Audra diam macam ni buat Mil sakit hati tau…” sedikit sebanyak Muzammil memahami diri Audra. Isterinya itu kalau sudah marah payah hendak dipujuk. Silap-silap boleh jadi dendam kesumat.
Akhirnya Muzammil mengalah. Audra tidak sepatah pun bercakap. Muzammil terus memandu. Melihatkan Audra yang tidak berminat hendak melayannya bercakap Muzammil pun turut mendiamkan diri.
Audra membuka pintu sebaik saja sampai ke rumah. Tanpa banyak soal dia terus melangkah pergi. Muzammil hanya memerhatikan kelakuan isterinya itu. Alamat berhari-harilah aku memujuk.
“Audra sudah balik…?” tanya Datuk Azri yang mendengar derap tapak kaki Audra yang masuk ke dalam rumah itu. Adik-adiknya pun turut sama di ruang tamu itu menonton televisyen bersama mama tirinya. Audra terus naik ke biliknya tanpa menjawab.
Dicapainya tuala terus mandi. Terasa segar dan nyaman air membasahi badannya. Huh… ada hati hendak memujuk aku. Setelah hatinya terkoyak, robek hancur dia senang-senang hendak minta maaf pula. Entah berapa banyak rahsia yang dia simpan daripada pengetahuannya? Apa guna jadi suami isteri sekiranya menyembunyikan sesuatu daripada pasangan masing-masing?
Audra menolak pintu bilik mandinya. Dilihatnya Muzammil sedang duduk di birai katil. Dibiarkan suaminya itu memperhatikan setiap gerak-gerinya. Siap berpakaiaan Audra duduk di hadapan meja soleknya. Menyikat rambutnya sebelum tidur adalah menjadi kebiasaannya. Rambut yang sihat harus dijaga dengan baik. Bukannya hanya setakat dijaga, makanan yang sihat juga baik untuk pertumbuhan rambut, pesan Grandmanya. Rambutnya keperangan itu memang nampak cantik dan sesuai dengannya.
Audra mengambil selimut dari almarinya lalu mengambil bantal.
“Audra hendak ke mana tu?” tanya Muzammil hairan. Nampaknya Audra melancarkan serangan kepadanya. Dilihatnya Audra meletakkan bantal di atas kerusi panjang yang ada di dalam bilik mereka.
“Audra…Audra tahu tak apa hukumnya ni? Berdosa besar tau, tidak menegur suami sendiri lepas tu Audra tidur di kerusi pula. Audra dengar apa yang Mil cakap ni? Marahkan Mil pun janganlah tidur di kerusi pula. Mil letih bercakap dengan Audra ni, macam ni Mil boleh masuk hospital sakit jiwa melihat kerenah Audra macam budak-budak ni. Mil tahu Audra marah, Audra marahlah Mil sampai puas hati. Ini Audra hanya mendiamkan diri. Mil tidak tahu macamana nak pujuk Audra ni?” kata Muzammil seakan berputus asa hendak memujuk isterinya yang degil itu.
Audra geli hati mendengar kata suaminya itu. Adakah patut dia cakap aku macam budak-budak. Oiii tolong sikit, budak-budak mana boleh kahwin.
“Audra…” Muzammil menghampiri Audra. Patutlah diam rupanya dia sudah tidur. Muzammil mengucup pipi isterinya itu.
“Selamat malam sayang…” ucapnya lalu beredar. Sebaik saja Muzammil beredar Audra membuka matanya. Dia tersenyum, padan muka kau. Tidak lama kemudian dia mendengar dengkuran halus Muzammil. Cepatnya dia tidur…!!! Tidak boleh harap langsung. Audra menarik selimutnya lalu memejamkan mata.
MALAM itu Muzammil tidak dapat mengawal kemarahannya. Sudah sehari Audra tidak menegurnya. Muzammil bingung melihat tingkahlaku isterinya yang semakin kerap keluar malam dan balik lewat. Muzammil dibiarkan keseorangan di rumah. Muzammil melihat jam di biliknya yang sudah menunjukan pukul tiga pagi. Kesabarannya ketika itu sudah mencapai tahap maksimum.
Tengahari tadi dia sanggup berkejar menemui isterinya itu untuk makan tengahari bersama-sama. Muzammil bagaikan tunggul kayu di depan mata isterinya. Langsung tidak menghiraukannya. Menyapa pun tidak.
Muzammil melentangkan badannya di atas katil sambil meletakkan tangannya di atas dahi. Berfikir cara hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kalau seorang tidak mengalah dan seorang tetap dengan degilnya sampai bila pun masalah ini tidak akan selesai.
“Audra dari mana ni? Sekarang baru hendak balik,” matanya memerhatikan Audra yang membuka almari yang tidak memperdulikan pertanyaannya. Audra mengambil tuala lalu berkira-kira menuju ke bilik air. Muzammil sempat menarik tangan isterinya. Meluap-meluap kemarahan tapi segera ditahannya.
“Audra diam macam ni tidak akan menyelesaikan masalah. Bercakap sepatah pun tidak. Audra ingat Mil ni tunggul ke?,” katanya sambil mengusap pipi Audra. Audra menepis. Renungan Audra menikam perasaan Muzammil.
“Hipokrit! Penipu!” Audra melenting. Nyaring suaranya kedengaran. Muzammil terkejut.
“Kenapa dengan Audra ni? Terjeri-jerit pagi buta macam ni. Besar sangatkah kesalahan Mil sampai Audra buat Mil macam ni? Audra langsung tidak mahu bercakap dengan Mil. Mil ni suami Audra, Audra mesti ingat tu.” Nada suara Muzammil kedengaran keras. Dia ingat aku ni budak kecil. Suka hati dia hendak pekik-pekik aku.
“Pantang Audra ditipu!” sahutnya. Meronta minta dilepaskan bila Muzammil memeluknya. Audra menolak badan Muzammil.
“Mil minta maaf sayang….”
“Maaf! Maaf! Maaf!” Audra menekup kedua belah telinganya.
“Audra cakap, apa yang Audra hendak Mil buat. Janji Audra puas hati dan maafkan Mil.”
“Penipu!! Hipokrit!!” Muzammil tidak sabar. Satu tamparan singgah di pipi isterinya. Audra terkejut. Mata Audra mula berkaca-kaca. Muzammil panik tidak menyangka dia bertindak sejauh ini.
“Maafkan Mil sayang,” pujuk Muzammil. Audra berlari ke dalam bilik air. Kedengaran esakan Audra dari dalam. Muzammil semakin serba-salah.
Muzammil mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.
“Leave me alone!” jerit Audra. Akhirnya Muzammil berhenti mengetuk.
Apabila dia tersedar dari tidurnya pagi itu pantas dia bingkas bangun menuju ke bilik air. Akhirnya matanya terpandang ke sofa. Dilihatnya Audra lena tidur. Muzammil menarik nafas lega.
Novel : Ini Love story ke? 5
-
Oleh : CYDA YUSOF BAB 5 Sepasang suami isteri yang sangat mesra pagi itu
menyentuh hati aku. Wanita itu di hantar oleh suaminya ke pejabat dengan
menaiki m...
2 hours ago















0 comments:
Post a Comment