FOLLOWERS

Pages

Monday, May 10, 2010

Aurabidadari {32}

“Aku tidak sangka macam ni kesudahan si Airil tu,” kata Audra sambil memandang ke arah Reena. Audra membetulkan kaca mata hitamnya. Tangan kanannya erat memaut lengan Muzammil.
Siapa menyangka dan siapa menduga Airil dimasukkan ke wad sakit mental? Mula-mula dia tidak mahu datang melihat keadaan Airil itu tapi setelah dia berfikir yang Airil berkeadaan sedemikian disebabkan olehnya maka atas sifat kemanusiaan dia mengajak Muzammil datang bersama.
Terkejut dia melihat keadaan Airil yang tidak kenal akan sesiapa itu. Mulutnya setiap masa menyebut nama Audra. Rasa bersalah berdetik di hati kerana menyebabkan Airil jadi macam tu. Bukan kemahuan hati dan fikirannya menyebakan Airil jadi gila. Malah dia sudah berkali-kali menjelaskan dia tidak pernah mencintai Airil dan hanya menganggap Airil cuma kawan biasa.
Menitis airmatanya sebaik saja melihat keadaan Airil. Mujurlah ada Muzammil yang menenangkannya.
“Reena…” panggil satu suara sebaik saja mereka sampai ke letak kereta.
“Eh, auntie datin...” ucap Reena lalu menghampiri perempuan yang dipanggilnya ‘Auntie Datin’. Audra dan Muzammil memerhatikan wanita yang anggun dan bergaya itu. Mereka berdua hanya memerhatikan Reena yang rancak berbual dengan wanita itu. Sekali sekali diperhatikan wanita tersebut mengelengkan kepala dan mengesat pipinya.
“Audra mari aku kenalkan dengan emak Airil. Auntie datin inilah Audra. Muzammil kenalkan dengan emak Airil. Muzammil ni suami Audra auntie,” Reena lancar memperkenalkan.
“Ohhh ini pula Audra tu ya. Patutlah Airil tidak boleh melupakan Audra. Auntie minta maaf kalau selama ini Airil ada membuat sesuatu yang diluar ketertiban perilaku. Selama ini apa yang dia hendak mesti dia dapat. Agaknya disebabkan tidak dapat memiliki Audra dia jadi macam ni. Auntie terlalu memanjakannya.” Audra hanya tekun mendengarnya.
“Maafkan Audra, auntie. Kalau bukan kerana Audra, Airil tidak akan jadi macam ni,” ucapnya.
“Audra tidak bersalah. Auntie dan ayahnya yang bersalah. Sejak kecil hanya harta dan kemewahan yang kami longgokan sebab itulah dia tidak dapat dikawal. Kami ingatkan dengan harta yang banyak boleh memberi kebahagiaan. Masa kecil Airil sering melakukan yang menjadi kesalahan di sekolah untuk menarik perhatian kawan-kawan dan gurunya. Di rumah dia tidak mempunyai kawan hanya bertemankan dengan orang gaji. Auntie berjanji akan memulihkan keadaan Airil dan akan menjaganya,” luahnya tanpa malu dan segan.
Oh,patutlah Airil tidak mengalah. Rupa-rupanya dia anak manja yang selama ini tidak pernah mengalami erti kekecewaan. Nampaknya dia bertemu buku dengan ruas. Ini Audralah yang teguh dengan pendirian dan tidak akan goyah jika membuat keputusan.
“Auntie banyakkan bersabar. Jika perlukan pertolongan jangan lupa hubungi kami,” Muzammil menyampuk. Kesian melihat keadaan auntie datin itu. Hanya Airil anak mereka seorang sudah tentu dia berasa sedih melihat anaknya berkeadaan begitu.
Perempuan itu tersenyum. Melirik ke arah Audra. Cantik, detik hatinya. Patutlah anaknya tidak lena tidur dan menjadi sasau. Dia menganggukan kepalanya.
“Auntie minta diri dulu,” katanya memohon diri.



“AUDRA…ayah ada di balai polis ni.” Melantun dadanya mendengar kata ayahnya itu. Muzammil segera di arahkan memandu ke balai polis.
“Sabarlah Audra, aku rasa ayah kau tidak ada apa-apa,” Reena menenangkan. Audra kelihatan gelisah. Beberapa kali Muzammil disergahnya kerana memandu lambat.
“Mil memandu lambatlah…” cetusnya.
“Ikut undang-undang sayang bukannya main redah macam tu saja.”
Audra menghempaskan pintu sebaik saja Muzammil mematikan enjin kereta. Terkoncoh-koncoh Audra berlari.
“Ayah….” Katanya memaut lengan. Memandang wajah ayahnya. Silih berganti dengan inspektor polis serta seorang lelaki duduk di hadapan ayahnya. Sempat Audra melirik tanda nama di dadanya. Juanda, namanya pun tidak glamour langsung rupa pun tidak sesegak mana.
“Lelaki inikah ayah?” soal Audra memandang wajah ayahnya.
“Puan, lelaki inilah disyaki terbabit dengan kemalangan Datuk,” Inspektor Juanda memberitahu sebaik saja terdengar perbualan dua beranak itu.
“Haaah kau cakap siapa yang mengupah kau buat kerja ni,” Audra merapati lalu menolak kepala lelaki itu dengan jari tunjuknya. Inspektor Juanda terkejut melihat tingkahlaku Audra yang tidak diduga itu.
Muzammil yang baru masuk terkejut mendengar suara Audra yang meninggi itu. Reena hanya tersenyum melihat air muka Muzammil yang berubah. Agaknya pertama kali dia melihat kegarangan isterinya itu.
“Oiii cakaplah!!” kali ini Audra menolak kepala lelaki itu. Datuk Azri menarik tangan anaknya.
“Bertenang puan, jangan bertindak sesuka hati. Negara kita ada undang-undang,” Amboi brutalnya perempuan ni.
“Sabar sayang….” Muzammil memeluk bahu isterinya. Takut ditumbuknya pula lelaki yang degil itu.
“Kau hendak aku tolong?” suara Reena berbisik. Kalau bab mengertak orang ini memang hobi mereka berdua.
“Cakap…siapa yang mengupah kau?” tanya Inspektor Juanda.
Macam itukah caranya polis bertanya?. Lembut semacam dia rasa. Patutlah penjahat tidak takut. Audra menjeling.
“Oiii baik kau cakap. Berapa banyak kau kena bayar?” herdik Audra sambil menunjuk pesalah itu. Melengking nyaring suara Audra memenuhi ruang bilik.
“Datin!!” Dia mengelengkan kepalanya. Rahsia sudah terbongkar. Dia memandang wajah iras minah salleh di hadapannya. Dia ni pakai ubat guna-guna agaknya.
Berubah muka Datuk Azri rupanya apa yang dijangkakannya selama ini menjadi nyata. Muzammil terdiam. Manakala Reena terlopong.
“Datin Suhaidah?” Audra memandang tajam. Meminta kepastian. Pesalah itu menganggukan kepalanya. Tidak sanggup bertentang mata dengan perempuan cantik itu. Macam ada satu kuasa boleh menundukkannya.
Audra merapati ayahnya. Datuk Azri mencengkam lengan Audra. Apa salahnya? Sanggup isterinya itu hendak membunuhnya?
“Ayah…”
“Ayah tidak ada apa-apa. Tuan jalankan tugas sepatutnya,” tuturnya.
Inspektor Juanda bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Datuk Azri. Biarlah undang-undang akan mengadili setiap perbuatan yang telah dilakukan oleh isterinya itu.
“Ayah sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku,” cetusnya tiba-tiba. Sebaik saja menghantar Reena ke pejabatnya Datuk Azri bersuara. Muzammil menjeling isterinya melalui cermin di hadapannya.
Sudah menjangkakan? Ayah sudah tahu ini semuanya angkara isterinya? Bekerut dahi Audra. Macamana ayah tahu?
“Audra sudah terlalu lama merahsiakan daripada ayah. Kenapa tidak berterus-terang? Muzammil pun terlibat sama merahsiakan hal ini daripada ayah.” Baru kini dia menyoal bertubi-tubi kepada anak dan menantunya. Reena teman baik anaknya itu tidak perlu tahu apa yang terjadi dalam keluarga mereka.
“Audra tidak mahu ayah susah hati. Audra yang minta Mil merahsiakan semuanya.”
“Semuanya?” duga Datuk Azri. Audra tersepit dengan pengakuan yang diberinya tadi. Soalan ayahnya itu seolah-olah hendak mengorek lebih banyak cerita tentang Datin Suhaidah.
“Dia isteri ayah sepatutnya ayah tahu tentang perhubungannya dengan lelaki lain. Nasib baiklah Sue yang memberitahu ayah. Harapkan Mil dan Audra entah apa yang akan terjadi. Lagi lama Audra merahsiakannya lagilah bermacam helah yang akan dilakukan oleh Suhaidah.”
Sue ni memang tidak boleh simpan rahsia. Audra terdiam tidak ada modal hendak berkata-kata ketika itu. Dia melirik suaminya. Memohon agar suaminya berkata sesuatu yang boleh mengembirakan hati ayahnya.
“Apa yang Sue cakap dengan ayah?” tanya Muzammil hatinya sedikit terkilan kerana Suraya telah membocorkan rahsia.
“Sue cakap dia pernah nampak mamanya berjalan dengan lelaki lain. Masa tu kamu berdua pun ada di sana. Kawan sekolah Sue pun pernah nampak mamanya dengan lelaki lain. Sue pun cakap mama dia jalan dengan lelaki tu pegang-pegang tangan.”
Bagaikan terkunci mulut Audra mendengar penerangan yang diberi oleh Suraya kepada ayahnya.
“Masa Audra cakap yang lelaki datang ke pejabat hari tu ialah kawan Audra, ayah tahu Audra membohongi ayah. Ayah minta orang cari lelaki tu dan dapat tahu lelaki tu penyiasat upahan Audra. Ayah cuba korek daripadanya dan beri harga yang tinggi kalau beritahu semua maklumat yang dia beri kepada Audra.”
“Woww, hebatnya ayah tidak sangka ayah lagi tangkas.” Ingatkan dia bijak sangat rupanya ayah lebih pintar untuk mendapatkan maklumat. Muzammil menjeling isterinya, saat ayah serius dia boleh lagi hendak mengusik.
“Maafkan kami ayah…” pinta Muzammil.
Kepala Datuk Azri tersenguk-senguk. Dia tahu anak dan menantunya itu berniat baik. Audra memaut lengan ayahnya. Datuk Azri menepuk-nepuk bahu Audra. Muzammil menjeling.
“Dia hendak pujuk ayahlah tu,” perli Muzammil. Audra ketawa kecil. Sudah jadi mama orang pun perangai macam budak-budak.
“Sesekali hendak bermanja dengan ayah apa salahnya.” Datuk Azri turut ketawa hatinya terhibur. Audra ketawa kecil. Sebuah ciuman di pipi ayahnya. Hilang segala masalah yang bersarang di kepala Datuk Azri.
“Ayah ingat hendak bercuti…”
Muzammil memandang wajah ayah mertuanya yang duduk di sebelahnya.
“Elok sangatlah tu ayah,lagi pun ayah sudah lama tidak bercuti,” sokong Muzammil. Sekurang-kurangnya ayah mertuanya itu tidak memikir sangat masalah yang ada dihadapinya.
“Ayah jangan risau urusan syarikat. Mil boleh menguruskannya,” balas Audra. Manalah tahu dengan bercuti ayahnya dapat bertenang dan berfikir untuk menyelesaikan masalah yang melanda.
Muzammil menjeling isterinya. Seakan-akan Audra mencabar kewibawaannya untuk mentadbir syarikat. Selama bekerja prestasi Audra amat membanggakan. Isterinya itu memang begitu komited dengan kerjanya. Tengok sajalah bila dia berurusan dengan pelanggan. Sikapnya yang tegas membuatkan ramai yang tidak berani ambil kesempatan cuma sekarang ni Muzammil lebih suka isterinya itu menjaga anak mereka.


MAKAN malam sunyi dan sepi. Masing-masing mendiamkan diri tanpa bersuara usik mengusik seperti malam-malam yang sebelumnya. Suraya memandang Suhaila dan melirik Hazri. Suhaila mengelengkan kepalanya manakala Hazri cuma angkat bahu. Audra mengunyah makanan sesekali menyudukan lauk-pauk ke pinggan suaminya.
“Kenapa senyap ni? Ari?” soal Datuk Azri kepada anak lelakinya. Selalunya anak lelakinya seorang itulah yang rajin berbual dan mengusik kakak-kakaknya.
“Ayah senyap, Ari pun senyaplah.”
“Sue?” tanya Datuk Azri.
“Sue tiada topik hendak dicakapkan,” balasnya. Datuk Azri memandang satu persatu wajah anak-anaknya. Audra menyedari akan perbuatan ayahnya itu. Menepuk lengan suaminya lalu memucungkan mulutnya ke arah ayahnya.
Muzammil berbisik lembut ke telinga isterinya.
“Ayah! Kak Audra dengan abang Mil mengumpat,yah!” Suhaila bersuara.
“Mana ada mengumpat. Isk…tidak elok tuduh sembarangan,” sangkal Muzammil. Suraya ketawa. Datuk Azri memandang muka Audra. Hazri tidak mempedulikan. Apa yang penting baginya meratah ayam goreng makanan kegemarannya.
“Audra?” Datuk Azri menjeling. Ingin penjelasan dari anaknya itu.
“Alahh Ila ni. Orang hendak bisik pun dia ambil peduli.” Jawab Audra.
“Mestilah!” Suhaila memuncungkan mulutnya. Dia tidak puas hati dengan kakaknya itu. Mesti ada sesuatu yang disembunyikannya.
Suasana diam seketika. Masing-masing menikmati makan malam.
“Ayah hendak bercuti lama. Sue, Ila dan Ari jangan nakal. Ikut cakap kakak dan abang Mil kamu. Apa-apa hal cakap dengan mereka berdua. Jangan ambil keputusan ikut hati sendiri.”
Ketiga-tiga mereka saling berpandangan. Ayah hendak bercuti?
“Ayah seorang?” tanya Suraya.
“Ari hendak ikutlah ayah. Lagi pun sudah lama kita tidak cuti bersama. Bosanlah kalau ayah tidak ada.”
Selama ini ayah mereka tidak pernah pergi bercuti tanpa mereka tiga beradik. Mamanya pun pasti turut serta.
“Aida!” panggil Datuk Azri. Dia kenal bunyi derap kaki isterinya itu. Diajak makan isterinya itu menolak. Katanya masih kenyang lagi.
Suhaidah mendengus. Suka dalam terpaksa dia menghampiri suaminya dengan muka yang masam mencuka.
“Aida hendak keluar sekejap!” katanya tanpa berbahasa. Suraya berasa jengkel dengan perilaku mamanya kebelakangan ini. Baginya amat memalukan. Audra dan Muzammil buat tidak peduli dengan situasi yang berlaku.
Datuk Azri memandang wajah isterinya itu. Malam ni pun dia hendak keluar juga. Tadi petang isterinya itu keluar dan baliknya hampir maghrib. Sekarang ni dia hendak keluar lagi. Ini sudah melampau! Mentang-mentanglah selama ini aku beri muka untuk dia pergi ke mana yang dia suka.
“Malam ni hendak keluar lagi? Pagi tadi Aida keluar dan baliknya petang. Sekarang ni hendak keluar lagi?” tegas kedengaran suara itu.
“Aida hendak keluar juga!” katanya degil.
“Apabila Aida melangkah keluar malam ni jangan balik ke rumah ini lagi!” katanya lalu bangun. Mereka yang ada di situ cuma melihat saja. Nampaknya pertengkaran akan berlaku malam ini. Datuk Azri meninggalkan anak-anaknya yang sedang makan.
“Selama ini ke mana Aida hendak pergi abang tidak pernah ambil tahu? Sengaja abang hendak cari pasal! Aida bukannya pergi lama, ada hal di rumah Datin Malisah.” Datin Suhaidah mengekori suaminya.
Huh! Apa halnya orang tua ni. Tiba-tiba ambil tahu dan melarangnya hendak keluar malam ni. Selalunya dia lagi suka kalau aku tidak ada di rumah supaya senang dia hendak bergurau-senda dengan anak dan menantunya itu.
“Minta nombor telefon Datin Malisah. Abang hendak telefon. Abang hendak beritahu dia, malam ni Aida tidak dapat datang.” Datin Suhaidah terkejut. Tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan suaminya. Apa sudah jadi? Datin Suhaidah bingung dengan perangai suaminya malam itu.
Datuk Azri tersenyum. Nampaknya kemenangan malam ini dipihaknya. Dia pasti isterinya itu tidak akan keluar. Dia tahu isterinya keluar untuk menemui kekasihnya.
Dummmm!! Tidak lama kemudian kedengaran bunyi hempasan pintu. Hati Datin Suhaidah berbuku dengan kejadiaan malam itu. Terpaksalah dia melupakan hasrat untuk makan malam bersama Azman malam itu.

0 comments: