Wednesday, July 31, 2013

SUNGKAI (2)

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ


Oh, aku sungguh malas sekali.  Selalunya pada hujung minggu mmg giliran aku yang memasak.  Memandangkan kemalasan sangat melanda sungkai ke 4 Ramadhan lepas, ini saja menu yang rajin untuk dimasak.  Mi sup dan bergedil daging.  Mama dan adik2 pun tiada yang komen, maknanya sedaplah tu agaknya.



Menu tatkala dilanda kemalasan yang amat sangat.

SUNGKAI (1)


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ



Ahad lepas dengan baik hatinya adik belanja untuk sungkai di luar, hendak beritahu ni sungkai ni bahasa brunei, bermaksud berbuka puasa.  

Gerai yang kami pergi mmg ramai pelanggan sudah booked tapi memandangkan mmg selalu pergi ke gerai ni jadi tokey pun bagi jugalah tempat utk duduk - kalo tidak silap nama Gerai Delima rasa.  Gerai ni terletak sebelah pasar besar Kota Kinabalu, sebelah Segama.


Nampak segarkan? Deretan makanan laut yang sedia untuk dipilih.
Tadaaaa menu yang dipilih untuk sungkai.  Sedap dan harga pun murah.  
 


Sunday, July 21, 2013

SEKADAR NUKILAN(1)

Balik dari menghadiri Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013 di Wisma Sejarah sedikit sebanyak memberi semangat untuk berkarya.  Kali terakhir novel diterbitkan pada tahun 2005 dan kali terakhir cerpen tersiar di dada akhbar pada 20 Disember 2009.  Segala ilmu yang diperolehi akan dimanfaatkan sehabis maxima.  Terima kasih kepada para panel - setiap sesi yang ada tidak mencukupi.  Lain kali masa kena buat lama lagi.

Idea memang banyak berligar-ligar di kepala ini tapi tidak tahu mana satu yang harus dimulakan dulu.  Setakat ini cerpen sudah siap 5 muka surat berbaki lagi 1 atau 2 muka surat untuk membuat 'ending' cerita.

Imbas semula cerpen yang telah tersiar di akhbar tempatan Negeri Sabah sepanjang tahun 1995 - 2009.

1.  Di Ambang Maut  - Borneo Mail (01/01/95)
2.  Buah Hati Nabila - Borneo Mail (keratan akhbar hilang, rekod penghantaran tidak dapat dikesan  tarikh pun sudah lupa)
3.  Hanya Padamu - New Sabah Times (17/12/2000)
4.  Surayakah itu? - Borneo Mail (17/12/2000)
5.  Kasih Siti Mariam - New Sabah Times 20/12/2009)

Berkat bulan ramadhan ini, moga-moga dapat menyiapkan 1 manuskrip cerpen.  In Sha Allah.

 




Tuesday, July 2, 2013

KONVENSYEN MINI PENULISAN

Apakah itu Konvesyen Mini Penulisan?

Konvensyen penulisan diadakan untuk mereka yang mahu menjadi penulis profesional secara sepenuh masa separuh masa serta penulis sedia ada yang mahu meningkatkan nilai mereka di dalam dunia buku.

Ia juga terbuka kepada mereka yang mahu mengetahui maklumat mengenai dunia buku yang tidak diketahui secara umum.

Konvensyen ini memberi jawapan kepada:
* Bagaimana penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karya terbit.
* Bagaimana menulis karya yang mesra syariah.
* Bagaimana mahu hidup sebagai penulis profesional.

Siapa yang akan saudara temui?

Temui, dengari dan catat tip-tip daripada para panelis terdiri daripada penulis, penerbit dan pekedai buku.

Mereka berada di konvensyen ini bagi memberitahu peserta maklumat dalaman.

Siapakah ahli panel yang akan hadir?

* Puan Sri Diah Saharudin. Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf.
* Ustaz Rohidzir Rais. Pendakwah, Penulis, Pengarah Urusan Inspirasi Media. Penulis buku best seller
*Abdul Latip Talib. Novelis fiksyen sejarah Islam nombor satu negara
* Puan Norhayati Razali, Pengurus, Jabatan Pembangunan Industri Buku, Perbadanan Kota Buku.
* Cikpuan Azzah AR. Penulis, pengasas Akademi Hero dan Tulisnovel.com.
* Tuan Nazry Salam Feeqry. Pekomik Misi 10A dan Misi 8A, penulis novel remaja dan pelukis animasi.
* Tuan Zamri Mohamad. Pengasas kursuspenulisan.com, penulis, top-two finalis Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2010 dan 2011.
* Ustaz Fathuri Sallehudin. Penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang terjual _ , _ _ _ _ naskah. Buku yang mencetuskan fenomena di negara.
* Tuan Aqif Azizan. Pengasas Write to Wealth. Pencetus jualan ebook yang membawa nilai jualan RM_ _ _, _ _ _ dalam tempoh tiga bulan menggunakan metodologi yang digunakan ke atas para klien premiumnya.
* Tuan Wahyudi Yatim. Pengarah Jenama DWE Sdn Bhd. Pernah terlibat secara langsung dalam aktiviti jualan dan pemasaran di rangkaian kedai buku utama dan kedai-kedai buku indie serta jualan di tapak.
* Tuan Izwan Wahab. Dikenali sebagai pencetus idea-idea gila untuk memudahkan kerja menulis dan memasarkan buku. Sama ada buku diterbitkan sendiri atau pun diterbitkan oleh orang lain. Penulis buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil.
* Puan Muna Izzah Fadzil, sebagai moderator forum bonus. Ahli Tim Pengkaji Hadith Psikologi, alumni Alumni Hero dan KursusPenulisan.Com.

Apakah senarai topik yang dikuasai peserta?

Para peserta akan diberi 10 perkara yang memberi kesan kepada rancangan menjadi penulis. Tambah nilai pakej penulisan kita berimpak ke atas pembaca.

Topik 1
Penulisan Mesra Syariah: Harta Berkat, Karya Bertahan.

Topik ini memberikan panduan kepada penulis bagaimana seorang Muslim dapat menulis secara mesra syariah. Ia memberi ketenangan kepada hati bagi terus menulis dan menerbit secara konsisten setiap tahun. Jadikan karya dihormati kerana disiplin yang dibawa.

Topik 2
Mengekstrak al-Quran dan Hadith dalam Penulisan; Seni & Cara.

Al Quran dan Hadith menjadi nyawa kepada sesetengah karya. Apakah cara yang dapat membantu kita membawa bersama dua sumber besar ini secara kreatif dan hidup bersama-sama penulisan kita.

Topik 3
Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?

Kedai buku mempunyai rancangan tersendiri apabila memilih buku. Apa yang sebenarnya diberitahu pembaca kepada kedai buku berkenaan buku pilihan mereka. Maklumat ini membantu penulis merancang jenis penulisan mereka agar mendapat tempat di kedai buku.

Topik 4
Tulis Sekali, Makan Berkali-kali

Penulisan bukan sekadar hobi. Ia adalah kerjaya profesional. Sesi ini mendedahkan bagaimana seorang penulis dapat hidup dengan menukarkan sebuah karya menjadi pendapatan berterusan.

Topik 5
Menerobos Magis Buku Kanak-kanak

Bagaimana hidup dengan menulis buku cerita bergambar kanak-kanak. Sejauh mana ia dapat dilakukan di dalam dan di luar negara. Benarkan ada yang hidup sebagai penulis buku cerita bergambar kanak-kanak. Siapa dan bagaimana? Ada sesuatu yang berlaku dan didedahkan pertama kali di sini.

Topik 6
Aura Komik Positif

Komik, sebagai bahan bacaan yang dahulu diharamkan dari dibawa masuk ke sekolah kini menjadi halal. Mengapa menjadi begitu, dapatkah kita mengambil peluang memasuki sekolah-sekolah melalui komik. Ia sudah berlaku dan caranya ditunjukkan satu persatu.

Topik 7
Show, Don't Tell; Kaedah Dakwah Melalui Novel @ Da'wah Binnovel.

Tanpa perlu marah-marah, tanpa perlu teks ceramah, novel menjadi keseronokan kepada pembaca. Mereka membaca, penulis berdakwah. Tanpa ceramah, marah-marah, bolehkah ia dilakukan? Sesi ini memberi formula Da'wah Binnovel kepada peserta.

Topik 8
Hidup dengan Bakat; rancang hidup sebagai penulis sepenuh masa.

Peserta akan didedahkan kepada kejutan dunia buku. Bagaimana seorang penulis mengamalkan kaedah membangunkan harta melalui karyanya. Ditunjukkan satu persatu strategi hidup dengan perkataan. Pengamalnya menunjuk cara.

Topik 9
Letusan Ebook di Malaysia

Karya kita dapat menjadi ebook dan dapat dibeli dari mana-mana ceruk dunia. Tulis, upload, sampaikan dan jual, semuanya hanya klik di hujung jari. Peluang dan potensi ditunjukkan, langkah diberi, rancangan disampaikan.

Topik 10
Mudahnya Rezeki Penulis; Seni Menjemput Rezeki daripada Pembaca.

Peserta akan diberikan alat-alat kerja yang dapat membantu mereka berusaha dalam mencambah rezeki melalui penulisan. Bagaimana usaha mendapatkan daripada pemilik rezeki yang memberi apabila penulis meminta. Meminta yang bagaimana?

Forum Bonus
Idea-idea Gila Dunia Buku!

Forum yang melibatkan pengamal dunia buku memberikan satu persatu peluru tindakan, bagaimana mahu bermula dan menembusi dunia buku dengan idea baru! Maklumat yang diberikan tidak ada di dalam mana-mana buku akademik penerbitan.

Saya belum menulis. Sesuaikah untuk saya?

Bakal penulis hadir ke konvensyen ini bagi mendapatkan peta tindakan sebelum menulis dan menerbit.

Saya sudah menjadi penulis, perlukah saya hadir?

Penulis hadir ke konvensyen ini bagi bertemu rakan-rakan penulis lain. Mereka membina kerjasama sesama penulis dalam projek buku terbaru.

Penulis juga hadir ke konvensyen ini bagi bertemu bakal penulis bagi mendapatkan bakal penulis yang berkualiti dan mempunyai komitmen menulis yang tinggi.

Penulis berada di konvensyen ini bagi bertemu para ahli panel terdiri daripada penerbit dan kedai buku bagi membuka ruang pasaran ke atas diri mereka.

Di mana lokasi konvensyen mini penulisan?

Lokasi anda bertemu penerbit dan penulis beramai-ramai di Dewan Seminar 2 Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Ia bersebelahan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak. Lokasi dapat dicapai bas awam, teksi dan kenderaan sendiri.

Berada di antara LRT Ampang Park dan LRT Titiwangsa. Ambil teksi atau bas di sana.

Sebanyak 103 tempat letak kereta dengan harga tiket RM4.00 sepanjang hari.

Surau dalam bangunan yang sama.

Bagaimana mendaftar?

Klik Get Ticket dan teruskan langkah anda ke dalam dunia penulisan!



Menjemput rakan-rakan penulis dan bakal penulis di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura ke Konvensyen Mini Penulisan pada 20 Julai 2013.

Lokasi di Dewan Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Hotel Putra dan Perpustakaan Negara Malaysia.

Bawa proposal, manuskrip dan bertemu para penerbit di Konvensyen Mini Penulisan 2013.

Klik dan mendaftar di http://mypenulis.info/

sebelum 5 Julai 2013.


p/s:-Peluang yang mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup.  Marilah kita beramai-ramai menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mungkin tidak pernah kila lalui dan baru bagi kita.
 

Monday, July 1, 2013

SEPOHON SEMALU







Kisah yang MESTI Muslimah Baca : "Jadilah seperti sepohon Semalu"

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.ha..

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Aalamiin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol