Friday, June 10, 2011

SUKAN SABAH 2011 (SAGA) V KENINGAU (1)

Tarikh rasmi 06 - 11 Jun 2011.

Keningau
1. Badminton2. Bola Sepak Lelaki
3. Bola Tampar
4. Golf
5. Olahraga
6. Pencak Silat Olahraga
7. Ping Pong
8. Ragbi
9. Sepaktakraw
10. Tenis
11. Taekwondo
12. Wushu
13. Boling Padang
14. Memanah
15. Hoki

Tenom.
1. Berbasikal
2. Bola Keranjang
3. Bola Jaring

Tambunan.
1. Angkat berat
2. Karate
3. Bola Sepak Wanita


Matulai.
Maskot diberi nama MATULAI yang membawa erti gagah, perkasa, jaguh, rendah diri, memiliki kelebihan dan kemampuan dan juga semangat juang yang tinggi, tidak mudah putus asa dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

Diskripsi.
Rusa dalam bahasa tempatan 'payau' merupakan maskot Sukan Sabah V, Keningau 2011

Sebanyak 25 daerah menyertai kejohanan:-
1. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
2. Keningau
3. Majlis Perbandaran Tawau
4. Majlis Perbandaran Sandakan
5. Tuaran
6. Papar
7. Tambunan
8. Kudat
9. Ranau
10. Beaufort
11. Tenom
12. Penampang
13. Lahad Datu
14. Tongod
15. Kota Belud
16. Putatan
17. Kota Marudu
18. Nabawan
19. Sipitang
20. Beluran
21. Kinabatangan
22. Semporna
23. Pitas
24. Kunak
25. Kuala Penyu


Majlis Perasmian Pembukaan (SAGA) V, Keningau 2011
Masa : 7.00 Malam
Tarikh : 06 Jun 2011
Venue: Kompleks Sukan Keningau










Wednesday, April 6, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol