Tuesday, September 2, 2014

RINDUKU BERBISIK -[EPILOG]-



[EPILOG]

Azri memandang wajah yang suram itu dengan perasaan membuak-buak. Dia tidak akan menuruti permintaan isterinya itu. Bukan mereka tidak pernah bergaduh selama ini. Mereka selalu bergaduh tapi tidak sehebat hari ini. Entah hantu apa yang merasuk fikiran isterinya itu? Selalunya apabila dipujuk Ainnur akan beralah tapi tidak kali ini. Ainnur nampak nekad hari ini.

Ainnur merenung tajam. “Saya sudah tidak tahan tinggal di rumah ini.” Jeritnya kepada Azri sambil menghentak kaki. Beg baju segera dicapai lalu meninggalkan Azri seorang di bilik. Pantas Azri mengekori daripada belakang.

Azri hanya membiarkan keadaan Ainnur seperti orang histeria itu. Dada berombak kencang melihat perangai isterinya seperti hilang kawalan. Sekejap membentak-bentak dan terjerit-jerit. Hilang sudahkah pertimbangan Ainnur?

Azri menarik nafas lalu berkata dengan lembut, “Ain isteri Az... dan selamanya menjadi isteri kepada Az. Meninggalkan rumah ini bererti Ain meninggalkan Maira dan Az. Apa Az harus terangkan kepada Maira? Lagipun perkara ini sudah kita bincangkan. Az sayangkan Ain.” Sayup-sayup kedengaran suara Azri mengungkapkan ayat itu.

Ainnur mengelang. Ayat-ayat lembut itu mengena di hati tapi dia tidak boleh lemah. Sungguh dia sendiri menderita dengan tindakan sendiri tapi ini semua adalah demi kebahagian lelaki yang amat dikasihinya.

Melihatkan isterinya berdiri kaku pantas Azri menarik beg di tangan. Namun pantas Ainnur menarik semula, malah tangan lelaki itu ditepis kasar. Ainnur memandang Azri dengan pandangan mata berkaca-kaca. Hatinya merintih kerana telah menderhaka kepada suami.

“Ain... jangan pergi,” ucap Azri lirih.

“Ain inginkan kebebasan bukannya terperuk di rumah memandang siling dan dinding. Menanti suami dan anak setiap hari di depan pintu. Ain ada keinginan, cita-cita dan inginkan kebebasan.” Ucap Ainnur keras. Azri meraup wajahnya. Dia tahu isterinya itu berbohong. Kalau sungguh Ainnur inginkan kebebasan dan ingin mengejar cita-cita, sudah tentu daripada dulu lagi isterinya berbuat demikian.

Karut!!!

Sejak disahkan mengandung isterinya mengambil keputusan untuk berheti kerja. Ainnur ingin menumpukan sepenuh perhatian rumahtangga yang mereka bina dan menjaga sendiri anak yang bakal lahir. Dia tahu isterinya sengaja mencipta alasan.

“Az terlalu sayangkan Ain. Mana mungkin Az melepaskan Ain macam tu saja,” kata Azri sambil berdoa di dalam hati agar hati isterinya itu lembut. Esak Ainnur kedengaran dan menambah pilu di hati apabila mendengarkan kata-kata Azri.

Azri menyambung bicara dengan lembut. Dia berkata,“Ain masalah yang ada kita tempuhi bersama. Zalim Az membiarkan sayang hidup keseorangan. Az amat sayangkan Ain.” Itulah ayat yang dilafazkan semasa melamar Dianne Riley sebagai isterinya. Bermacam-macam dugaan dihadapinya sebelum dia berjaya memiliki si gadis bermata biru itu.

Ainnur berhenti di tepi tangga. Satu pandangan tertancap ke wajah lelaki yang telah membahagiakannya selama ini. Lelaki yang sentiasa membuatkan dia berada di awangan. Cintanya tidak pernah pudar. Biarlah dia pergi agar suaminya mendapatkan pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia tidak akan termakan pujuk rayu lelaki itu, cukuplah tujuh tahun dia membuatkan suaminya menderita. Keputusannya itu muktamad walaupun kedua orang tuanya tidak bersetuju.

Ainnur menyeka butiran jernih yang mengalir perlahan di pipi.

“Maafkan Ain, Az. Ain nekad, lepaskanlah Ain demi kebahagian kita bersama.”

Melayang jiwa Azri apabila mendengar ayat permintaan Ainnur yang kesekian kali. Bagaikan ada batu yang sedang menghentam di dada. Sangat sakit rasanya. Apakah Ainnur tidak kasihan kepadanya?

Azri menyentuh bahu isterinya lalu berkata lembut, “Jangan pergi Ain....”

“Lepaskan!!!” Ainnur menepis tangan Azri lalu berlari menuruni anak tangga.

“Ainnur!!!”

“Mama!!!”

Azri dan Ainun Khumaira berlari menghampiri tubuh Ainnur yang jatuh dari tangga. Tidak lama kemudian kedengaran tangisan anak kecil memecah kesunyian.


2 comments :

Teja Evalea said...

wow! sbb watak sama nama, bookmark this!

keep posting! ^^V

Anonymous said...

job and cash only. easy. just open this link
http://jobandcash.com/?share=132738

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol