Sunday, December 27, 2015

KARYA (ANTOLOGI): VIRUS CUPCAKE





ED Productions
18 November ·

Ding Dong!

Jika kami berikan anda satu perkataan "CUPCAKE", apa yang terlintas dalam kepala anda sekarang? Okey, tulis cepat! Nanti idea ke laut pulak.

Yes! Inilah projek terbaharu kami. ED Productions mencari karya "RARE", luar biasa dan wow! Bila editor baca sampai terbeliak biji mata! Haaa, gitu....!! Tulislah apa saja genre, asalkan karya itu disuntik dengan virus CUPCAKE! Hehehe.

Formatnya :
1. Apa saja genre.
2. 8 ke 20 muka surat.
3. Fon Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 baris.
4. Tajuk karya terpulang, ikut citarasa.
5. Bahasa : Santai, boleh faham, urban
6. Seorang boleh hantar maksimum 3 karya.

Jangan tanya tarikh tutup, okey? Kami beri peluang tulis dulu, dah siap hantar, baru tanya bila nak tutup. Hehe. Tolong sebarkan berita ini. Penulis dengan karya yang rare amat-amat dikehendaki.

Nak tanya, roger-roger saja.
Antologi Cerpen Sempoi jangan lupa beli pulak. Hehe.


Masih ingat projek "CUPCAKE"??
Di sini kami masih mengalu-alukan penyertaan daripada anda. Tarikh tutup penyertaan : 10 JANUARI 2016

Setiap orang boleh menghantar lebih daripada satu karya yang sesuai dengan tema kami. Apa-apa genre tak kisah.

Karya boleh dihantar kepada :
edskills.productions@gmail.com

Sila sertakan details dan karya anda. Kepada yang telah menghantar penyertaan, terima kasih.

Wednesday, December 2, 2015

RINDUKU BERBISIK -[BAB 3]-


-BAB 3-

“Maira... Maira....” Ainun Khumaira mengeliat. Itu suara ayah.

“Biarlah dia berehat. Agaknya dia keletihan tu,” kedengaran suara ibu tirinya. Maira bingkas membuka pintu.

“Maira....” Datuk Azri memeluk anaknya. Sudah lama dia tidak memanggil nama itu. Sungguh dia amat merindui anak yang satu ini.
Ainun Khumaira membatukan diri.

Pelukan ayahnya tidak dibalas. Sebuah ciuman hinggap di pipi.

“Mari makan. Adik-adik menunggu....” Datuk Azri menarik lembut tangan Ainun Khumaira. Namun Ainun Khumaira terus berdiri tegak.

“Maira belum mandi lagi. Sekejap lagi Maira turunlah. Makan dululah jangan tunggu Maira.” Ucap Ainun Khumaira. Dia masih mengantuk.


Jet Lag

“Biarkanlah dia mandi dulu, bang. Kita tunggu dia di bawah sajalah. Marilah dulu Maira. Kami akan tunggu Maira, kita semua makan sama-sama. Hari pertama Maira sampai sudah tentu kita sekeluarga patut makan bersama-sama,” Datin Suhaidah menyampuk.

“Terimah kasih aunty,” balasnya.

Datin Shuhaidah tidak hairan dengan panggilan anak tirinya itu. Dia tahu Maira tidak akan menganggap, dia seperti emak kandung. Dia melepaskan keluhan. Datuk Azri memandang. Kemudian dia membalas pandangan si suami lalu menggeleng.

Suasana makan malam berjalan dalam keadaan senyap. Ainun Khumaira hanya mendiamkan diri dan menyuap makanan. Dia tidak tahu hendak memulakan bicara. Dia menyedari beberapa mata sedang memerhatikannya.

“Tambah lagi kak...” Suraya menghulurkan mangkuk berisi nasi. Maira menolak dengan sopan. Menjadi kebiasaan dia tidak makan selepas pukul lapan malam, dia sudah terbiasa dengan Grandpa dan Grandma yang makan salad atau whipped potato dan segelas air untuk alas perut. Sebelum tidur pula dia minum segelas susu.

“Kenyang... selalunya Kak Maira tidak akan makan berat selepas pukul lapan malam,” terangnya memberitahu.

Datin Shuhaidah cuma mendengar. Mahu pula gadis itu berbual dengan Suraya.

“Su tingkatan berapa sekarang ni?” soal Ainun Khumaira ramah dengan anak ayahnya yang sulung itu. Mereka bukan adik-beradik kandung dan dia belum dapat menerima kehadiran mereka bertiga. Dia tidaklah kejam sangat untuk tidak mengingati nama mereka.

Setiap kali Datuk Azri menghubungi Ainun Khumaira pasti dia akan bercerita mengenai mereka bertiga. Sebagai seorang anak berada jauh di mata, dia hanya setia mendengar.

“Kak Maira balik ni tidak bawa buah tangan untuk kamikah?” pintas Suhaila tanpa segan-silu. Gadis itu mengaduh apabila dicubit oleh kakaknya.

“Lepas makan nanti....”

“Su tingkatan dua, Ila darjah enam dan Ari darjah lima,” Suraya memberitahu. Dia tidak berkelip walau sekalipun melihat mahkluk ciptaan-Nya yang sangat cantik sekali. Kulit halus mulus dan gebu. Siapa sangka dia mempunyai seorang kakak berdarah Irish.

“Belajar rajin-rajin. Belajar memang sangat seronok. Kalau ada rezeki Kak Maira pun hendak belajar lagi. Lama tinggal di luar negara menjadikan lebih berdikari,” kata Ainun Khumaira dengan penuh yakin. Ya, itulah menyebabkan dia menjadi seorang kuat. Dia tidak berharap dengan ayahnya.
Suraya terpegun mendengar lunak dan gemersik ketika Ainun Khumaira berbicara.

“Maira tidak perlu belajar lagi. Maira boleh bantu ayah menguruskan perniagaan,” sela Datuk Azri menyedari sedari tadi anak gadis itu tidak berminat untuk berbual dengannya. Dia memandang Ainun Khumaira yang lebih mirip kepada Ainnur.

Ainun Khumaira mendiamkan diri dan tidak menoleh ke arah ayahnya ketika bercakap. Dia masih belum sedia hendak bekerja. Buat masa ini dia hendak melepak di rumah. Kerinduan terhadap kenangan bersama arwah emaknya belum pun bermula. Dia ingin mengenang kembali saat-saat itu.

Bagaikan tahu apa bergolak di hati Ainun Khumaira, Datuk Azri lalu berkata, “Kalau bukan Maira siapa lagi hendak membantu ayah? Adik-adik masih kecil lagi” Ucap Datuk Azri sedikit keras. Dia memandang Ainun Khumaira menunduk.

Datuk Azri menarik nafas, terjaga daripada kesilapanny. Dia tidak patut memaksa anaknya itu. Semakin dia berkeras dengan Ainun Khumaira, semakin gadis itu menjauh. Dia tidak mahu menimbulkan bunga-bunga pertengkaran.

“Sekiranya hendak ke mana-mana Maira bagitaulah kepada Azad Kamil.” Dia menukar topik perbualan.

Azad Kamil! Ainun Khumaira tersenyum apabila nama itu disebut. Siap kau!!! Semakin melebar senyumannya.

**********

“Azad... apa Azad buat seorang diri duduk di sini?” Ainun Khumaira menghampiri Azad Kamil di Taman Inderaloka terletak di banglo mewah itu. Nama pilihan arwah emak Ainun Khumaira. Nampak saja mama wanita moden tapi amat menyukai nama-nama klasik. Landskap rumah itu sudah berubah dan sangat menarik diperindah dengan konsep ala bali.

“Ainun buat saya terkejut. Apahal keluar ni? Nanti Datuk nampak, kurang elok,” dia memandang Ainun Khumaira melabuhkan duduk di hadapan. Ainun Khumaira tersengih. Ish... Datuk lagi, macam tiada perkataan lain untuk disebut. Tahulah itu majikannya.

“Tidak dapat tidur, perubahan masa agaknya. Ingatkan hendak melepak seorang diri di sini tapi ada orang lebih awal. Suasana rumah ini sudah banyak berubah. Hiasan taman pun sudah lain sekali. Nampak sangat citarasa Datuk Azri seratus peratus sudah berubah.” Ainun Khumaira mengetap bibir sambil memerhatikan di sekitar taman tanpa menyedari Azad Kamil merenung. Perkataan ‘datuk’ disebut oleh Ainun Khumaira membuatkan dia sedikit hairan. Kenapa bukan ‘ayah’ perkataan harus diucapkan oleh seorang anak.

Rasa hairan itu membuatkan Azad Kamil bertanya, “Apa salahnya dengan citarasa Datuk?” Ayat dan nada suara gadis itu menyakinkan dia bahawa perubahan rumah itu tidak disenangi.

Ainun Khumaira tersenyum.

“Tidak ada salah dengan citarasanya. Malah lebih cantik rumah ini daripada dahulu. Cuma rasa sedikit terkejut melihat rumah ini. Sungguh cantik.” Balas Ainun Khumaira laju. Nasib baiklah dia pantas memberikan jawapan. Dia tidak mahu Azad Kamil dapat menghidu jurang yang tercipta di antara dia dan ayahnya.
Kelihatan Azad Kamil puas hati dengan jawapan itu.

“Ainun, terima kasih atas pemberian ini,” Azad Kamil menarik baju t.shirt sedang dipakai itu. Terkejut bukan kepalang apabila melihat Suhaila dan Hazri mengetuk bilik dan menyampaikan pemberian Ainun Khumaira.

“Pemberian ikhlas dan terima kasih kerana Azad menerima.”

Diam seketika. Memikirkan topik hendak dibicarakan.

“Ainun balik ke sini mesti kekasih di sana meraung menangis.” Azad Kamil berlucu. Gadis secantik Ainun Khumaira mustahil tiada peminat. Senarai nama kekasih agaknya penuh dua muka surat kertas Size A4.

“Maira ke sana hendak belajar dan juga mencari ketenangan hidup. Bukannya hendak cari teman lelaki....”

Kening Azad Kamil berkerut. Semakin dia pelik dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut gadis itu lalu dia bertanya, “Apa selama di sini Ainun tidak pernah menikmati ketenangan?”

Ainun Khumaira tersenyum manis menampakkan barisan gigi putih. Soalan lelaki itu tidak perlu dijawab. Siapalah Azad Kamil yang dikenalinya baru sehari? Terlalu awal untuk bercerita dengan lelaki belum diketahui hati dan budi.

“Lupakan saja.” Ainun Khumaira belum bersedia untuk berkongsi cerita dengan Azad Kamil. Biarlah dia simpan di dalam hati. Hanya dengan orang yang dipercayainya dia berkongsi.

Mengingatkan soalan Azad Kamil belum dijawap lalu dia berkata, “Kawan Maira memang ramai di sana tapi soal jodoh adalah ketentuan-Nya. Di sana Maira berkawan dengan rakan-rakan dari Malaysia. Malah Grandma selalu menasihatkan agar tidak lupa dengan asal-usul sendiri.”

“Eloklah macam tu. Saya tahu Ainun ni baik hati dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap diri sendiri.” Pujinya ikhlas.

Ainun Khumaira kembang kempis dengan pujian diberi. Baru beberapa jam dia kenal Azad Kamil tapi dia boleh menganalisa keperibadiannya. Gembira dengan pujian diberikan dia berkata, “Sampai begitu sekali pandangan Azad kepada Maira. Jangan sampai salah menilai orang nanti menyesal. Maira ni biasa-biasa saja Azad, tiada keistimewaan untuk dibanggakan.”

“Maira selalu ingat pesanan arwah mama. Mesti jaga diri baik-baik. Walaupun setiap pada dahulunya pesanan mama itu sukar untuk difahami tapi bila sudah besar panjang ni, barulah Maira tahu akan kebaikan nasihat mama itu.” Oh, dia terlalu rindukan arwah mamanya.

Azad Kamil mendengarkan setiap butir kata Ainun Khumaira. Tutur kata perempuan itu seperti ada sesuatu tersembunyi. Seakan gadis itu kosong tanpa kasih sayang daripada seorang bergelar mama. Lagipun siang tadi, dia dapat melihat hubungan tidak mesra Ainun Khumaira dengan Datin Shuhaidah.

“Bosanlah Azad... mari kita bersiar-siar ambil angin malam,” kata Maira apabila dilanda kebosanan. Jika dia masuk ke dalam rumah, sudah tentu dia akan bertembung dengan Datuk Azri yang masih berada di ruang tamu. Mereka sekeluarga sedang menonton televisyen. Ainun Khumaira masih belum bersedia untuk berada di kalangan mereka semua.

Azad Kamil geleng. Dia tidak mahu ambil risiko untuk diberhentikan kerja oleh majikannya. Sudah tentu Datuk Azri marah jika dia membawa anak daranya keluar lewat malam. Dia berkata, “Sudah pukul sepuluh setengah malam ni Maira. Nahas kalau Datuk tahu.”

“Azad, bukannya kita buat apa-apa pun. Cuma hendak bersiar-siar pun. Kalau kena marah, biar Maira jawap. Jangan takutlah. Marilah Azad....”

Azad Kamil berfikir sejenak akan permintaan Ainun Khumaira itu.

“Mata Maira belum mahu mengantuk lagi ni.” Pujuknya.

Kalah dengan pujukan manja Ainun Khumaira lalu dia berkata, “Sekejap, Ainun tunggu dekat kereta. Saya ambil kunci.”

Ainun Khumaira melonjak kegembiraan. Macam budak-budak lagaknya. Azad Kamil mengeleng melihat telatah gadis itu. Sebentar tadi bukan main nampak matang tapi sekarang ni sama taraf dengan budak tadika. Azad Kamil mula keliru dengan sikap Ainun Khumaira berubah-ubah ini.

Sunday, November 29, 2015

HADIAH CERPEN UMS (UNIVERSITI MALAYSIA SABAH) - SABAH TIMES 2015


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN MEDIA DAN CITRA
SUBJEK: PERTANDINGAN CERPEN UMS-NEW SABAH TIMES 2015

Bahagian Media dan Citra UMS mempelawa orang ramai khususnya penulis-penulis baharu tempatan untuk mengasah bakat dan kreativiti dalam penulisan menerusi penyertaan.

Pertandingan tersebut akan dibuka sepanjang tahun ini, iaitu selama 33 minggu bermula 11 Mei ini sehingga 24 Disember 2015 dengan bertemankan 'Melahirkan Generasi Cerpenis Baharu'. Hasil karya yang terpilih akan disiarkan di ruangan sastera New Sabah Times setiap hari Ahad bermula 17 Mei ini.

Pertandingan ini menyediakan hadiah pertama bernilai RM3,000 manakala RM2,000 bagi tempat kedua dan RM1,000 untuk pemenang tempat ketiga. Tujuh hadiah saguhati disediakan bernilai RM500


Untuk keterangan lanjut sila layari laman sesawang http://www.ums.edu.my/v5/ms/announcement-link-3/134-pertandingan-cerpen-ums-new-sabah-times-2015


Maaf ya peraduan ini baru saja NH tahu.


Sekian dan terima kasih


Sunday, November 8, 2015

BERTEMU NOVELIS DI JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cerita 7 November 2015 di Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Berjaya memiliki Novel Thriller No.1 Malaysia, Ramli Awang Murshid -Sunan Cinta Nan Sakti.

.
Bertemu dengan penulis, Rozita Abd Wahab. Novel-Kupeluk Hatimu.


.
Bertemu dengan penulis, Zura Rahman. Novel-Jangan Goda Aku.


.
Bertemu dengan penulis, Damya Hanna. Novel-Langit Cinta.


.
Comel-comel saja penulis bertiga ni.
.
Kebetulan ada tugas di Seksyen 7, maka harus untuk pergi ke Jualan Gudang. Memang banyak buku dijual murah banget. Buku kanak-kanak RM1.00 dijual pun ada. Kaki buku yang tinggal berhampiran tapi tidak pergi memang rugilah.
.
Bertemu dan bergambar dengan penulis Damya Hanna teringat akan sebuah manuskrip yang tersimpan kemas sejak tahun 2000 lagi. Pernah dihantar ke syarikat penerbitan namun tidak diteruskan atas sebab tertentu.
.
Tahun 2016 tinggal beberapa bulan lagi. Ayuh!!! Kita panaskan semangat untuk melihat buku kita (milik sendiri) terbit tahun hadapan. Vrooom vrooommmm.



Thursday, September 10, 2015

KERJA GILA! (1)



“Aku mau buat kerja gila hari ni.” Ucap Zahin perlahan.

Lagi!

Latip duduk di sebelah jongket kening. Bukan Zahin namanya kalau dia duduk senyap. Dalam sebulan mesti ada sehari Zahin buat kerja gila.

“Kau tidak serik-serik lagi. Nasib Cikgu Nurehsan tidak ambil tindakan. Apa kau tidak takut, bapa kau dipanggil ke sekolah?” Keras kedengaran ayat Latip. Dia sekadar hendak mengingatkan si kawan. Ternyata Zahin licik, membuat onar tapi sentiasa terlepas. Tiada bukti untuk menuduh dia melakukan kesalahan.

“Buat kerja gila ni seronok, satu kepuasan bagi aku.” Zahin meninggi diri.

“Banyak sangatlah seronok kau tu?” balas Latip. Nasib baiklah dia tidak terbabit dalam kerja-kerja tidak befaedah Zahin.

“Aku cuma letak katak dalam laci. Aku hendak uji Cikgu Nurehsan tu. Dia nampak garang tapi bila nampak katak pun takut.” Zahin puas hati mengenakan cikgu matematik tu. Setiap kali masuk ke kelas mesti dengan muka bengis. Cikgu itu jarang tersenyum.

Shasha yang duduk di belakang, pasang telinga mendengarkan perbualan rakan sekelas. Kadangkala dia pun teringin buat kerja gila seperti Zahin. Jika mereka berdua bergabung, sudah tentu akan menjadi meletup.

“Kau tidak perlu ajak si Latip ni. Penakut!” Shasha bersuara. Zahin dan Latip menoleh ke belakang. Hati Zahin berbunga, ada juga perempuan sekepala dengannya.

Zahin ketawa sepuas hati lalu berkata, “Puas hati aku bila pakcik jaga berak-berak. Tidak sia-sia emak aku jadi penjual julap yang berjaya.”

“Kau ni Zahin, sudah-sudahlah buat kerja gila tu. Nasib baiklah tiada siapa yang nampak, semasa kau letak julap. Kalau tidak mengamuk sakan emak kau nanti. Julap kau buat main,” ujar Latip.

Kenapalah dia ni suka sangat melakukan benda-benda abnormal ni? Hendak dikatakan kurang kasih sayang, apa yang dia hendak semua dapat. Beg adidas dan kasut pun adidas. Walaupun kasut sekolah tersebut tidak dibenarkan di pakai di sekolah.

“Kau cemburukah Ustaz Latip?” balas Zahin. Memang di antara mereka berdua Latip ada sifat-sifat seorang ustaz. Namun Zahin tetap senang berkawan dengan Latip.

“Sudahlah kamu berdua ni, siapa yang hendak kau kenakan kali ni?” Radziah bertanya.

“Kau pun hendak bergabung dengan aku ‘burger’?” Radziah memuncung apabila Zahin memanggilnya burger. Sudah-sudahlah hendak mengejek. Radziah sedar akan kesilapan mengeja perkataan ‘burger’semasa kuiz dan menyebabkan kumpulan mereka kalah.

“Aku hendak ponteng kelas lukisan lepas ni. Cikgu Ahmad Kushairy entah apa-apalah dia ajar. Lagipun subjek ni kalau ada yang gagal memang dia bermasalah.” Ucap Zahin.

Latip dan Radziah saling berpandangan. Sebenarnya si Zahin bermasalah.

Tiba-tiba....

Ketua kelas membuat pengumuman, “Sila ambil perhatian. Cikgu Ahmad Kushairy ada hal penting dan tidak dapat mengajar kelas lukisan hari ni. Semua diminta jangan membuat bising.”

Zahin menepuk kepala. Latip, Shasha dan Radziah ketawa serentak. Nampaknya rancangan kerja gila Zahin hari ini tidak terlaksana.


Monday, August 3, 2015

FIXI - MENULIS NOVEL SABAH DAN SARAWAK


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Buku Fixi dengan gumbira mengumumkan: PERTANDINGAN MENULIS NOVEL SABAH dan PERTANDINGAN MENULIS NOVEL SARAWAK.
Sila join satu. Jika anda terlebih rajin, joinlah kedua-dua!



Boleh ke FB FIXI https://www.facebook.com/BukuFixi?pnref=story

Selamat mencuba manalah tahu karya anda terpilih.

CERTOT KITAKAN KAWAN



Buku Prima

FB: https://www.facebook.com/bukuprima?pnref=story



Semoga berjaya.

Sunday, July 12, 2015

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum WBT,

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang lagi 4 hari. Tahun ini kesihatan tidak berapa baik, baru saja sembuh selepas dua minggu demam. Biskut raya pun belum buat lagi, nampaknya berpotensi untuk membeli saja. Khabar baju raya pun belum didengari, entah siap atau belum lagi.


Salam Aidilfitri! Bagi yang akan balik ke kampung, pandu kereta berhati-hati. Bagi yang menggunakan pengangkutan lain, jaga diri. Selamat meraikan 1 Syawal bersama keluarga tersayang.

Monday, June 8, 2015

ANTOLOGI ADIWARNA KE-4

Antologi Cerpen Adiwarna ke-4:

Dengan rasminya JS Adiwarna mengumumkan tema untuk antologi cerpen tahun ini adalah 'Kepadamu Kekasih'.

Kami mula menerima manuskrip untuk antologi cerpen ini bermula 25 Mei sehingga 25 Jun 2015.

Untuk yang pernah menulis antologi-antologi sebelum ini dan untuk yang mahu mencuba pertama kali, ambillah peluang menulis cerpen pada kali ini.

Mudah-mudahan berhasil


PS: Butiran lebih lanjut dalam poster di bahagian komen.
Sebarang kemusykilan, mohon pm Facebook kami JS Adiwarna atau emel kepada karya.jsadiwarna@gmail.com





Jangan lepaskan peluang untuk menghantar karya, mungkin karya anda terpilih!

PERTANDINGAN CERTOT LEJEN 'GILA'


Selamat Mencuba!


Monday, May 4, 2015

2 ANTALOGI: KAPUR KASUT VS KAPUR TULIS DAN NOT



اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1 Mei 2015

Sudah berada di tangan sendiri naskah NOT harga Sabah Sarawak RM23.00 tidak termasuk kos penghantaran. Tidak dijual di mana-mana, dapatkan daripada penulis sendiri. NH memilih lagu 'Pengemis Muda' dendangan Sheila Majid, dijadikan sebuah cerpenmuzikal yang pastinya membawa pembaca ke alam yang indah.

Terima kasih Cikpuan Azzah atas peluang yang diberi.

Terima kasih Cikpuan Siti Sab Haira Amri kerana sabar menanti.

Terimalah kutujukan 'Pengemis Muda'




Gambar di atas - pose bersama salah seorang penulis Cikpuan Siti Sab Haira Amri.


3 Mei 2015

Hari terakhir PBAKL 2015
2.00 Petang -Sesi perjumpaan bersama rakan2 Antalogi Kapur Kasut vs Kapur Tulis. Insya-Allah jumpa lagi tahun depan.





Sudah berada di tangan sendiri naskah Kapur Kasut vs Kapur Tulis harga RM29.00 tidak termasuk kos penghantaran.

Antalogi kolobrasi 50 orang penulis, cerita yang mewarnai zaman persekolahan dengan penuh suka dan duka sepanjang kehidupan.

Cerpen NH di dalam antalogi ni bertajuk Lompat Tinggi-Tinggi ketika zaman zero point/getah panjang menjadi aktiviti terhangat di S.K Pekan Papar ketika itu, sehinggakan terjatuh berjahit satu di bibir.


Gambar di atas - bersama dengan penulis Novel Fixi/KN Encik Fatrim Syah yang turut menyumbangkan cerpen di dalam antalogi ini.

Berminat? Sila membuat tempahan dengan menghubungi seperti di bawah:-

FB: Nazrina Hussin-NH
E-mail: nazrinahussin@gmail.com
WhatsApp: 0198214875

Oh terlupa pula, sesiapa yang membeli antalogi ini akan mendapat 'fridge magnet' comel ini.


Tuesday, April 21, 2015

2 ANTALOGI : LOMPAT TINGGI-TINGGI DAN PENGEMIS MUDA


Ahamdulillah 2 antalogi akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 24 April - 3 Mei 2015 di PWTC. Antalogi Pertama Koleksi 50 Alam Persekolahan: Kapur Kasut vs Kapur Tulis-Cerpen terbitan Celikhuruf.Com dan B35 manakala Antalogi Kedua merupakan cerpenmuzikal: Pengemis Muda terbitan Nuun Creative Books.


Harga bagi kedua-dua antalogi ini akan dimaklumkan kelak.


Kisah semasa sekolah rendah NH suka bermain 'zero point'/getah panjang. Akibat mendenda rakan yang datang lambat ke kelas, akhirnya pembalasan oleh rakan tersebut membuatkan NH jatuh dan bibir berjahit.




Dia cuba meneka-neka kehadiran lelaki itu. Dengarkanlah lagu 'Pengemis Muda' nyanyian Sheila Majid dan cuba menjadi lelaki misteri yang hadir membuat rasa Aira kucar-kacir.

Thursday, March 19, 2015

Cinta: Demam 38°C


Salam

Post pertama di Ilham, Karangkraf.

“Dia tidak sengaja dan Rania sudah pun minta maaf.” Kacau hati Yusuf sekiranya misi memujuk malam ini tidak menjadi. Dia tidak boleh lambat bertindak.

'Ke mana dia pergi?' Soal Sophia di dalam hati apabila melihat Yusuf menghampiri meja di sudut rumah. Yusuf tunduk seperti hendak mengambil sesuatu. Melihat sesuatu di tangan lelaki itu, Sophia tersenyum mekar.

“Nah... lima puluh enam kuntum mawar merah.” Yusuf menyerahkan kepada Sophia.


Hendak tahu kisah selanjutnya, klik link ini Cinta: Demam 38°C

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014




FB: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

KELAS SWISS ROLL CAKE


Salam Semua,

Hari Ahad lepas NH masuk kelas swiss roll cake. Memang tahu cara membuat swiss roll sebelum ini tapi kali ini kelas swiss roll belajar buat berwarna-warni dan corak-corak ikut daya kreativiti sendiri.Ada perisa mangga, blueberry, kacang dan cokelat. Terkilan sikit! Menurut sifu, orang selalu menghantar durian pada hari itu ada masalah dan angan-angan hendak merasa swiss roll hanya tinggal kenangan.

Selain daripada belajar dapat menambah rakan-rakan baru.

Di bawah ini diperlihatkan hasil swiss roll NH dan rakan-rakan.


Enjoy!!!

Thursday, March 12, 2015

BERAPA BANYAK AIR YANG ANDA PERLU MINUM DALAM SATU HARI



Berapa banyak air yang anda perlu minum dalam satu hari mengikut berat badan?




FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

RINDUKU BERBISIK -[BAB 2]-



-BAB 2-

“Azad, ini sekolah menengah Maira. Lepas SPM Maira sambung belajar di luar negara hinggalah hari ini barulah Maira balik ke sini.” Ucapnya dengan nada sedih.

Zaman persekolahan Ainun Khumaira tidaklah seperti remaja yang lain. Dia lebih member tumpuan kepada pelajarannya. Dia tidak hiraukan benda yang remeh-temeh ini. Pagi dia ke sekolah, petang pula dia ada kelas tuisyen di sekolah.Hari Sabtu dia sibuk dengan kegiatan ko-kurikulum dan hari Ahad dia akan ke perpustakaan. Akhirnya usaha Ainun Khumaira tidak sia-sia,dia dapat belajar ke luar negeri dan pulang setelah bergelar sarjana.

Ainun Khumaira memerhatikan Azad Kamil yang asyik memerhatikan bangunan sekolah lamanya. Ucap Ainun Khumaira kepada Azad Kamil, “Azad, terkenangkan kekasih lamakah? Pandangan Azad tu boleh tembus bangunan sekolah ni.”

Azad Kamil memandang tajam Ainun Khumaira. Perlilah tu! Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila gadis itu turut memberikan pandangan yang sama kepadanya. Datuk Azri ada memberitahu, Ainun Khumaira hasil perkahwinannya dengan wanita Irish. Memang cantik anak orang darah campuran ini. Azad Kamil terpesona melihat pipi Ainun Khumaira yang merah semulajadi itu. Jimat duit membeli blusher.

“Azad, soalan Maira tidak dijawab?” suara Ainun Khumaira meninggi. Layan perasaankah dia? Sah kekasih lama Azad bersekolah di sini juga.

“Saya orang kampung Maira. Sekolah kampung manalah gadis-gadis sekolah bandak hendak pandang saya ni,” jawabnya merendah diri. Azad Kamil tidak ada masa hendak bercinta-cinta semasa di bangku sekolah. Pelajaran yang diutamakan.

“Maira ni tidak ada kampung. Lahir Audra sampailah ke besar ni belum pernah pun tinggal di kampung. Ingin sangat hendak melihat kampung orang.” Ainun Khumaira melahirkan hasrat di hati.

Ainun Khumaira memandang sekolahnya dari kejauhan.

“Sejauh mana pun kau pergi Maira, kau jangan lupakan tempat lahirrmu. Aku tahu kau ni degil. Apa daya aku hendak melarang kemahuan kau Maira. Kau tetap tidak berganjak dengan keputusanmu itu. Bila rasa rindu mengamit di hatimu, pulanglah Maira. Aku sentiasa ada untukmu,” pesan Nasyarah teman baiknya. Maira mengesat linangan air jernih di pipi. Nasyrah seorang saja rakan yang rapat. Sememangnya dia terkenal dengan sikap sombongnya di sekolah walaupun dia sebenarnya seorang yang tidak memilih kawan.

Biarlah dia dituduh sombong dan tidak mahu berkawan dengan orang lain. Asalkan dia tidak menganggu kehidupan rakan-rakan lain. Apa yang penting dia cemerlang dalam pelajaran.

Ainun Khumaira mengeluh perlahan. Zalim sungguh dirinya kerana tidak member khabar berita kepada Nasyrah selama dia berada di luar negeri. Dia tahu, dia bersalah kepada temannya itu.

“Maafkan aku Nas kerana membisu tanpa khabar berita. Esok lusa pasti kita akan berjumpa.” Bagaikan terbayang Nasyrah berada di hadapan. Nasyrah tempat mengadu segala masalah yang dihadapi. Keakraban itulah menjadikan dia dan Nasyrah bagaikan kembar tidak seiras. Sentiasa berdua ke sana ke mari. Adakalanya Maira akan menghilangkan diri ke rumah Nasyrah, setiap kali dia terusik dengan tingkahlaku ayahnya.

Nasyrah memerhatikan Ainun Khumaira menongkat dagu. Dua tiga hari wajah yang cantik itu kelihatan masam semasam sambal mangga yang lupa dibubuh gula. Nasyrah memujuk sekali lagi,”Marilah makan. Kasihan nasi lemak sambal udang ni. Marilah.”

Ainun Khumaira mengeleng. Selalunya pantang terhidu bau nasi lemak sambal udang pasti gadis itu akan menyambar bekalan yang dibawanya.

Dia langsung tidak berminat dengan tawaran Nasyrah itu. Seleranya langsung tertutup. Beberapa hari ini dia malas hendak bercakap. Semuanya gara-gara perempuan itu. Hatinya semakin membengkak dan semakin mendendami ibu tirinya.
Nasyrah merenung teman di hadapan. Selalunya dia tidak macam ni. “Kau ada masalah?”

“Isteri ayah aku tu, meluat tengok dia tu. Macamlah cantik sangat. Depan ayah aku punyalah dia berlagak baik. Bila dengan aku, jangan cakaplah. Semalam dia ugut aku, dia hendak ayah kurangkan duit belanja.” Ainun Khumaira mendengus. Jika tombak ada di tangan ketika itu, mahu saja direjam ibu tirinya.

Nasyrah melopong. Kes berat ni kalau wang saku Ainun Khumaira pun perempuan itu hendak masuk campur. Memang dia tidak sukakan wanita itu, setiap kali dia bertembung dengan ibu tiri Audra pasti dia akan dihadiahkan dengan jelingan beracun dan senyuman sinis.

Ainun Khumaira menghela nafas.

“Nasib baiklah kadangkala ayah aku tidak pedulikan cakap perempuan itu. Kalau ayah aku pun sebelahkan bini dia tu, nampak gayalah aku kena pindah. Aku pindah ke rumah kau boleh Nas? Bila dapat keputusan SPM nanti aku pindah pula ke rumah Grandma aku.” Memang dia sudah tekad , sebaik saja mendapat keputusan SPM dia akan berpindah ke negara asal mamanya. Sebulan lagi SPM akan menjelang, dia mahu member tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Bolehlah dia keluar dari rumah itu.

“Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau, Maira. Sekalipun kau hendak tinggal selamanya, tiada masalah bagi keluarga aku. Tapi, kau mesti mendapat izin daripada ayah kau. Aku tidak mahu kau cabut lari dari rumah macam tu.” Nasyrah melihat ada senyuman terukir. Ainun Khumaira memeluk temannya itu.

Nas.... aku amat merinduimu, detik hatinya.

“Mari kita balik,” ucap Ainun Khumaira tanpa isyarat. Sudah setengah jam dia memerhatikan sekolah lama. Rindu akan kenangan silam dan kenakalan ketika bersama Nasyrah. Mengingati semula ketika dimarahi oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

**********

Azad Kamil memerhatikan tingkahlaku Ainun Khumaira dengan penuh tanda tanya. Baru sekejap tadi dia melihat keceriaan gadis itu dengan senyuman dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Alih-alih Ainun Khumaira memberikan alasan hendak berehat di bilik. Azad Kamil melangkah mengikut arah tuju Audra di belakang.

“Mama....” Perlahan Ainun Khumaira menyebut. Hatinya dipagut pilu apabila orang yang sangat dikasihi terlalu awal meninggalkannya. Andai pertengkaran itu tidak berlaku, sudah tentu ibunya tidak akan terjatuh dari tangga.

Azad Kamil semakin hairan melihat tingkahlaku Ainun Khumaira yang menyaka pipi. Sepatutnya orang akan gembira balik ke rumah. Ini tidak, sebaik saja melangkahkan kaki ke rumah ini tadi wajah berseri Ainun Khumaira bertukar menjadi muram.

“Ainun menangis?” tanyanya. Audra menoleh ke belakang tidak menyangka Azad Kamil berada di belakangnya.

“Mata masuk habuk. Jangan busy body. Letaklah beg tu di sana,” katanya garang. Sibuk betul la Azad Kamil ni. Baru berapa jam kenal, sibuk bertanya itu dan ini.

Azad Kamil terkejut mendengar bahasa indah Ainun Khumaira. Dia bukannya hendak sibuk tapi dia lemah semangat melihat kaum hawa menangis.

“Maafkan Maira. Maira tidak sengaja hendak marah Azad. Esok kalau Azad ada masa terluang Maira belanja makan.” Ainun Khumaira memujuk. Azad Kamil tergelak.

Hari-hari dimarahi oleh gadis itu pun tidak mengapa. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

“Saya maafkan. Ainun berehatlah dulu,” katanya meninggalkan Ainun Khumaira bersendirian. Sempat dia menjeling ke arah Audra yang sedang leka memandang segenap ruang bilik itu.

Ainun Khumaira menghempaskan diri di atas katil. Dia sendiri tidak bermimpi untuk balik ke rumah itu lagi. Selama ini ayahnya memujuk dan mengirimkan tiket, agar dia pulang pada cuti semester tapi dia enggan. Cuma sejak tamat belajar wajah mamanya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata. Bagaikan ada sesuatu yang menarik jiwanya untuk pulang. Dia menutup rapat matanya. Kenangan lama menjelma.

**********

Ainun Khumaira menghulurkan slip peperiksaan kepada ayahnya. Seperti yang dijangkakan dia tahu anak gadisnya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang.

“Maira bercadang hendak melanjutkan pelajaran ke tempat Grandma. Auntie Dianne sudah mencari-cari tempat yang sesuai untuk Maira di sana. Semuanya sudah diuruskan oleh Auntie Dianne. Maira boleh bertolak ke sana selewat-lewatnya minggu depan,” jelas Ainun Khumaira berbohong. Grandma dan Grandpa membawanya bercuti sebelum dia belajar amat mengembirakan hatinya. Jauh daripada ayah dan ibu tirinya.

Azri mengeluh. Dia tahu, bukan dia orang yang pertama mendapat tahu tentang kejayaannya. Dia sedar bahawa Ainun Khumaira lebih rapat dengan keluarga arwah isterinya.

Ainun Khumaira melirik.

Fuh! Fuh! Fuh! Mudah-mudahan ayahnya membenarkan dia pergi. Dia sabar menantikan jawapan.

Gadis itu terkilan dengan ayahnya yang tidak menemani dia mengambil keputusan tadi. Ayah orang lain pun sibuk. Teman-temannya oleh orang tua mereka untuk berkongsi kejayaan, sedangkan dia hanya dihantar oleh pemandu. Telefon ke rumah pun tidak, macamlah ayahnya itu tidak tahu yang keputusan SPM keluar hari ni.

Ainun Khumaira mengeluh.

“Universiti tempatan banyak. Kenapa hendak pergi jauh? Apa Maira suka meninggalkan ayah?” Ungkap Azri.
Muka Ainun Khumaira mencuka. Sedih mendengar keputusan itu. Jangan salahkan dirinya. Keputusan yang dibuatnya muktamad. Dia tekad!

Suhaidah tidak mahu masuk campur perbualan dua beranak. Matanya pura-pura khusyuk membaca suratkhabar. Dia duduk bersebelahan dengan suaminya.

Apakah dia perlu berterus terang? Memang pun dia tidak suka tinggal di dalam rumah ini. Kejayaan ini adalah merupakan tiket untuk dia keluar dari rumah itu untuk beberapa tahun, mungkin untuk selamanya. Dia sudah tidak betah tinggal di rumah itu lagi.

Jiwa kacau.

Terngiang-ngiang suara gembira Auntie Dianne di telefon tadi apabila dia mengkhabarkan kejayaan cemerlangnya. Andai ayahnya tidak mahu membiayai pelajarannya, Auntie Dianne bersedia untuk membantu. Soal kewangan tidak timbul, apa yang penting adalah keizinan daripada ayahnya.

Otak Ainun Khumaira ligat berfikir untuk mencipta alasan.

“Maira hendak mencari pengalaman baru di negeri orang. Lagi pun sejak arwah mama pergi, Maira tidak pernah balik ke sana. Ke mana-mana pun ayah tidak pernah ajak Maira. Ayah ada adik-adik, Maira pergi pun tentu tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Maira pun sesiapa pun di di rumah ni,” sindirnya pedas.

Wajah di hadapan ditatap. Sesekali menjeling ibu tirinya. Sudah tentu wanita itu gembira mendengar keputusannya. Bolehlah dia bermaharajalela di rumah.

Azri pijar mendengarkan ayat Ainun Khumaira.

Dia tahu hati anaknya itu keras. Begitulah kalau sudah kuah tumpah ke nasi. Perangai degil Ainun Khumaira menurun daripada arwah mamanya.

Azri merenung wajah Ainun Khumaira.

Teramat payah hendak membuat keputusan. Azri meraup wajahnya.

“Ainun Khumaira....”Azri berlembut.

Ainun Khumaira mengangkat wajahnya. Apabila mata mereka bertembung dia pun berkata, “Audra tetap akan pergi walaupun ayah tidak benarkan. Ini cita-cita Maira. Ayah tidak boleh menghalang. Maira rimas berada di dalam rumah ini,” ucapnya dengan tegas. Mata merenung ke arah ibu tiri yang berpura-pura tekun membaca suratkhabar.

Azri mengeleng.

Dia tidak pernah membuang Ainun Khumaira. Ainun Khumaira anak yang disayang. Azri berat hati hendak melepaskan anak daranya.

“Baiklah jika itu kemahuan Maira. Ayah tidak menghalang,” putusnya dengan berat hati.

“Yahoo!!!” Ainun Khumaira melonjak kegembiraan. Berlari keriangan naik ke atas. Dia tidak sabar hendak memberitahu kepada Grandma, Grandpa dan Auntie Dianne. Sedangkan hati Azri bagaikan disiat-siat melihat gelagat Ainun Khumaira.


Sunday, March 8, 2015

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel penulisan kreatif.



Maklumat lanjut silalah klik BENGKEL PENULISAN KREATIF - KHAIRY TAJUDIN

SIBUK MEMANJANG

Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi,

Agak lama membiarkan dinding kosong tanpa sebarang post. NH baru menyiapkan cerpenmuzikal yang akan dimuatkan di dalam Antalogi Cerpenmuzikal sebelum Pesta Buku 2015. Semoga semua urusan dipermudahkan-Nya.


Semoga hati sentiasa diterangi kata-kata indah dan fikiran diberikan idea yang sentiasa mengalir oleh-Nya untuk menghasilkan karya.

Selain itu, NH sedang menanti kemunculan Antalogi Projek 50-Grup Buku Tiga Lima dan Celik Huruf yang juga dijangka keluar sebelum Pesta Buku 2015.

Tahun ini berusaha untuk menghasilkan sebuah novel pula. Mohon doa kalian semua agar dapat menyiapkan manuskrip tersebut. Jalan terus tahun 2015 tanpa ada rasa ragu-ragu di hati ini.


Sekian.

Sunday, January 25, 2015

PROJEK SUKA-SUKA: SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERKIRIMKAN

Sinaganaga Lan Benhussain
22 January at 00:09 · Edited ·

Studio Anai-Anai menganjurkan sebuah projek suka-suka untuk diterbitkan sebagai sebuah buku berjudul SURAT-SURAT CINTA YANG TAK TERKIRIMKAN.

Kamu boleh mereka-reka sebuah warkah yang kelakar kepada kekasih kamu atau sebuah warkah yang mendesah-desah penuh sedu sedan atau warkah cinta tak kesampaian, atau... jika kamu pernah syok kepada seseorang tetapi tidak pernah dapat peluang untuk menyatakannya - nah! inilah peluang kamu untuk berbuat demikian.

Tuliskan sebuah warkah cinta. Emelkan kepada Jimi di jimimahmud@gmail.com dan pada ruang Perkara, tuliskan SURAT CINTA

Warkah cinta yang menarik perhatian kami - akan kami masukan ke dalam antologi ini. Kami mungkin tak ada duit nak bayar royalti kepada kamu tetapi kalau jadi buku ni nanti - kami akan hantar dua naskhah kepada kamu. Mungkin, 1 naskhah kamu simpan, dan 1 naskhah kamu berikan kepada pujaan hati.

Untuk setiap warkah cinta yang kamu hantarkan kepada Jimi - sertakan sekali 1. Nama kamu, 2. Nama Pena kamu, 3. Nombor telefon, 4. Alamat surat-menyurat.

Selamat menulis warkah-warkah cinta kamu. Nah! Kami tak sabar nak tunggu dan baca.

THE BRAIN OF STUDIO ANAI-ANAI

P/s: kepanjangan surat - 1 atau 2 helai A4. Times New Roman, font 12 pt. File - tolong save dlm words97 ya!

FB: SINANGANGAGA LAN BENHUSSAIN Sekiranya ingin mengetahui info lebih lanjut.

Selamat Berkarya!


Sunday, January 11, 2015

RINDUKU BERBISIK -[BAB 1]-



-BAB 1-

Ainun Khumaira menolak troli yang berisi penuh dengan beg. Matanya meliar memandang keadaan ketibaan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu yang dipenuhi dengan orang ramai. Selama tujuh tahun dia berada di luar negara baru kini dia menjejakkan kaki ke negeri kelahirannya.

Ainun Khumaira mengukir senyuman manis ke arah wanita yang boleh dipanggil nenek. Nenek itu mengangguk. Seorang lelaki melemparkan senyuman kepadanya tatkala mata mereka berdua bertembung. Ainun Khumaira membalasnya dengan rasa ikhlas di hati.

Gatal!!! Guman Ainun Khumaira di dalam hati sebaik saja lelaki itu mengenyitkan mata. Semakin laju dia menolak troli menuju ke pintu ketibaan. Matanya ke kiri dan kanan mencari orang yang akan menjemputnya. Ayahnya awal lagi memberitahu ada mesyuarat penting dan seseorang akan menjemput. Ainun Khumaira mengomel, “Sudah bertahun aku tidak balik pun, ayah tetap sibuk dengan kerja-kerjanya. Nampak sangat aku ni tidak penting .”

Seorang lelaki menghampiri Ainun Khumaira lalu menegur, “Cik Ainun....” Ainun Khumaira memandang pemuda yang lengkap memakai kemeja berwarna putih dan berseluar hitam persis seperti pakaiaan seorang pemandu. Handsome macam ni kerja jadi drebar? Raut wajah lelaki itu memang boleh tahan dan kulit hitam manis. Orang lelaki kalau gelap sedikit menawan juga sekiranya di pandang, asal jangan hitam legam sudahlah.

Pemuda itu tersengih apabila menyedari dirinya sedang diperhatikan.. Gadis itu lebih cantik daripada di dalam gambar yang pernah dilihatnya di atas meja majikannya. Nampak ranggi dengan jaket dan seluar kulit yang dipakai. Dia terpaku melihat anak mata kebiruan milik Ainun Khumaira.

“Cik Ainun, boleh saya tolong?” Lelaki itu bersuara. Ainun tersipu malu apabila disergah. Ketara sangatkah dia memerhatikan lelaki itu? Ainun melarikan pandangan dengan pantas. Bertuah Ainun hari ini kerana ada jejaka tampan membukakan pintu.

“Sudah lama bawa kereta?” soal Ainun mencari-cari ayat yang tidak mengecilkan hati pemandu ayahnya. Dia kagum melihat orang muda yang tidak malu menjadi pemandu. Pertanyaan Ainun dibiarkan saja.

Sunyi seketika Ainun bertanya lagi, “Apa nama?”

“Kamil....”

“Pendeknya nama?” Ucap Ainun tidak percaya.

“Azad Kamil....” Azad Kamil tersenyum.

“Jarang ada orang muda seperti kamu ni bekerja sebagai pemandu.” Ainun memandang cermin hadapan. Dia melihat Azad Kamil tersenyum simpul.

Perkataan ‘orang muda’ yang diucapkan sebentar tadi oleh anak majikannya mencuit hati Azad Kamil. Nasib baiklah raut wajah minah salleh celup kalau muka Melayu asli memang dia ketawa tanpa kawalan. Dia mendongak melihat cermin hadapan dan mata mereka berdua bertembung.

“Itu orang lain cik. Orang macam saya ni sudah memadailah kalau dapat kerja halal. Lagipun saya bukan belajar tinggi macam cik.”

Berbulu telinga Ainun apabila Azad Kamil asyik memanggilnya ‘cik’. Dia pun berkata, “Panggil saja Maira. Mudah, senang dan nama itulah yang orang gunakan memanggil saya.” Ainun Khumaira mengambil cermin mata hitam dari beg tangan lalu memakai. Sinaran matahari yang menerebos masuk membuatkan pandangan mata Ainun Khumaira menjadi silau. Ainun menekapkan tangannya ke pipi dan merasakan bahang panas di pipi.

“Kalau macam tu saya panggil Azad. Kamil macam pelik untuk disebut.” Ucap Ainun Khumaira perlahan tapi masih boleh didengari. Jantung Azad Kamil berdegup kencang apabila mendengar alunan suara Ainun Khumaira yang merdu itu. Apa-apalah Ainun Khumaira hendak panggil namanya. Panggil sayang juga boleh.


**********

Merenung ke luar, Ainun Khumaira terpesona melihat keindahan tempat kelahirannya yang banyak berubah. Sepanjang Jalan Pantai telah dihujani bangunan konkrit yang tumbuh bagaikan cendawan.

Tiba-tiba suara Ainun Khumaira memecah kesunyian,”Cantiknya....”

Mendengarkan suara yang lunak itu Azad Kamil bertanyakan soalan, “Apa yang cantik itu?” Memang cantik pun Ainun Khumaira. Itulah lama sangat berada di luar negara hinggakan perubahan yang berlaku tidak diketahui.

“Sebelah sana tu lagi cantik. Nama tempat tu Anjung Senja dan boleh kalau hendak tengok matahai terbenam. Gerai-gerai makan pun banyak. Ada pisang goreng cheese,” terang Azad Kamil bersungguh.Dia sendiri hairan kerana lancar berkata-kata dengan anak majikannya. Sedangkan selama ini dia amat segan dengan mereka yang bergelar kaum hawa tapi tidak termasuk emak, kakak dan adik perempuannya.

Ainun Khumaira hanya mendengarkan.

“Azad terangkan pun bukan Maira tahu. Ada masa nanti Azad belanja Maira,” katanya girang kerana dia sudah mempunyai seorang kawan yang boleh diajak berbual. Agaknya sudikah Azad Kamil membelanja pisang goreng cheese yang disebut tadi?

Dengan nada yang serius Ainun Khumaira berkata, “Azad,bolehkah bawa Maira ke satu tempat?”

“Boleh. Ke mana?”

“Maktab Sabah.”

Azad Kamil menepuk dahi. Nampaknya dia kena berpatah balik untuk pergi ke tempat Maira hendak pergi. Anak bos terpaksalah dia akur dengan permintaan Ainun Khumaira itu. Azad Kamil menekan minyak menuju ke destinasi seterusnya.

Thursday, January 8, 2015

BENGKEL PENULISAN NOVEL



Hai!... assalamualaikum. saya baru mendapat perkhabaran baru daripada Cikpuan Nor Liana Omar (peneraju bengkel ini & seorang yang berpengalaman melebihi 13 tahun dalam bidang penerbitan sebagai EDITOR). Kata beliau, jika peserta bengkel ramai ( 30 orang ke atas) beliau mahu menjemput beberapa orang yang HEBAT dalam bidang penulisan itu turut sama berkongsi ilmu & pengalaman mereka. saya rahsiakan dulu siapa "mereka" itu kerana mahu kumpul peserta dulu.

berminat... (sms/whasapp/call) saya NOOR ADEELIA (019-5054973)

*daftar diri anda SELEWAT2nya.... sebelum 12/01/2015. Yuran penyertaan hanya serendah RM 150/= (sijil + makan)


KLIK DI SINI UNTUK KETERANGAN LANJUT

Tuesday, January 6, 2015

HANTAR MANUSKRIP ANDA

HANTAR MANUSKRIP ANDA KE TERFAKTAB

Hantar Manuskrip

Kami membuka ruang untuk anda menulis novel atau novela dengan apa-apa genre sekalipun termasuklah cinta, pulp, urban, thriller, pengembaraan dan sebagainya. Bebas.

Hantarkan manuskrip novel anda berupa penulisan penuh dalam bentuk Microsoft Word yang mengandungi 40,000 hingga 60,000 patah perkataan.

Hantarkan manuskrip novela anda berupa penulisan penuh dalam bentuk Microsoft Word yang mengandungi 20,000 hingga 35,000 patah perkataan.

Bahasa Melayu kami ON. Bahasa Inggeris pun kami ON. Campur lagilah kami ON, apatah lagi dengan dialek negeri dan suku-kaum, memang kami ON. Bab bahasa kesat dan mencarut kami SO-SO (tak dimestikan).

Apa?
Anda bukan jenis menulis novel?

Usah risau, kerana kami juga menerima penulisan berbentuk antologi-himpunan atau koleksi cerpen. Jika anda dan rakan-rakan anda ingin bergabung tenaga menulis buku antologi cerpen atau anda mempunyai zine yang bagus untuk kami terbitkan menjadi buku.

Sila hantar 10 cerpen terbaik anda dengan jumlah patah perkataan sebanyak 20,000 patah perkataan.

Selamat menulis dan berkarya.


http://terfaktab.com/manuskrip/

SEMBANG PETANG

Petang-petang punya cerita.

Setiap petang adakalanya 2 atau 3 beg mesti di bawa ke pejabat dan pulang.
1. Sling Beg
2. Beg sikut isi laptop
3. Beg yang berisi buku-buku yang sepatutnya.

Jika orang melihat tentu akan berkata,"Banyaknya beg perempuan itu."

Hari ini melewati pintu hadapan untuk menuju ke parkir kereta ditegur oleh seorang wanita yang tidak dikenali, "Banyak jua begmu dayang?"

Tersengih sekejap.

"Awu, banyak." Angguk kepala lalu berlalu pergi.

Sebelum masuk ke rumah. Angkut 3 beg itu dan ditambah 2 plastik.

3 beg + plastik berisi 3 buah buku + plastik berisi bun dan roti.

Gagah nda gagah ka tu?

#versi brunei

Monday, January 5, 2015

JERUK KEDONDONG ASAMBOI

Projek jeruk kedondong la lagi.

Jika disuruh pilih mangga atau kedondong, rasaku nyaman plang lagi kedondong.

Tahankan kajap supaya masuk rasa.

Tais liur kan makan.

Bukan untuk dijual

\O_0/


p/s: Baru2 ini projek epal hijau asamboi dan rasanya pun sedap dimakan.

Friday, January 2, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Lupakan kenangan/perkara pahit-pahit yang berlaku di tahun 2014.

Semoga tahun 2015 memberi yang indah-indah untuk dikenang.

Teruskan cita-cita yang masih belum dicapai.



 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol