Wednesday, March 13, 2013

MEMORI

Tatkala mengemas barang-barang lama terjumpa pula puisi masa muda2 dulu.  Bila baca semula meleret-leret senyuman membacanya.  Tersangatlah jiwangnya.  Hahahaha untuk santapan otak siapa yang hendak mendalami makna di sebalik puisi ini sila-silakan.


 Memori
Tercalar di ingatan
Tidak dapat ku bayangkan 
Memori silam yang tidak padam
Mengapa ini harus menghantui?

Saat bersama 
Dua Jiwa Bersatu Hati
Dimanjai dan Disayangi
Oh...Indahnya Dunia

Ku relakan kau pergi
Tidak akan kesali
Cinta yang tidak sejati
Biarlah jauh pergi

Lenyapkanlah memori duka
Semangat diri
Terus Melangkah
Tabah...menongkah kehidupan

Cintaku
Kasihkah kau padaku?
Andai kau tidak pernah ada di sini
Hanya bicara rindumu ku dengar
Jiwa resah gelisah
Hati berkata tidak pasti
Mungkinkah kita hanya bercinta di dalam mimpi

Bercinta  
Biarlah di alam realiti\
Sukan hanya setakat melafaz kata rindu
Melayangkan khabar di kejauhan 

Aku rindukan 
Pertemuan kita  berdua
Biarpun hanya sesaat cuma
pertemuan itu.

-Kala Merindu-
16/07/03
lsns

Thursday, March 7, 2013

PRAY FOR SABAH


Marilah kita semua mendoakan negeri Sabah kembali aman dan makmur seperti sediakala.  Kepada wira-wira  negara yang terkorban - Al Fatihah, yang cedera dan masih bertugas 'Jasamu tuan akan dikenang hingga akhir hayat.'

KOLEGEN RUMPAI LAUT DIPELBAGAIKAN

Penggunaan kolegen marine semakin mendapat tempat di hati mereka yang mementingkan kecantikan dan ianya juga baik untuk kesihatan.
  Kolegen Gred AAA yang sudah diproses dan dikisar disejukkan kalo mau makan ambil saja.
 Atas permintaan mama yg mau makan kerabu rumpai laut yang ringkas dan versi malas.  Rumpai laut + taugeh, limau kasturi + bawang besar + bawang merah + secukup rasa.

 Kolegen diletakkan di dalam yogurt dan dikisar.  Mmg sedap dan kami sekeluarga menyukainya, terutamanya mama yang selalu mengadu sakit sendi2.  Sejak rajin minum dan makan kolegen rumpai laut sakit sendi2 berkurangan.
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol