Monday, October 27, 2014

ASK CERITAKU

KLIK LINK DI SINI



ASK Ceritaku
Featured, Peraduan

Kami mencari penulis seperti anda! Sertai peraduan ASK Ceritaku

Adakah anda peminat drama dan ingin melihat karya penulisan anda di realisasikan? Kini masanya telah tiba dan inilah peluang keemasan untuk melihat cerita anda di telefilem.

Kongsikan cerita pendek yang paling kreatif dan menarik tidak melebihi 300 patah perkataan.

10 cerita pendek terbaik akan dipamerkan di laman rasmi Anugerah Skrin dan anda berpeluang mendapat undangan khas menghadiri malam kemuncak Anugerah Skrin. Undian tertinggi dari pihak awam akan dinobat sebagai juara.

5 pemenang yang diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Skrin akan turut menerima undangan untuk membentangkan karya di sesi pembentangan idea Media Prima Berhad.

Mungkinkah cerita anda bakal menjadi sebuah drama terbitan Media Prima?



Cara-cara penyertaan

1. Karangkan sebuah cerita pendek dan anda berpeluang memenangi undangan ke malam kemuncak Anugerah Skrin serta sesi pembentangan idea bersama Media Prima Berhad
2. Tarikh penyertaan bermula dari 10 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014
3. Isikan borang penyertaan dengan lengkap
4. Isikan cerita pendek anda di ruang ‘sinopsis’
5. Cerita pendek anda tidak boleh melebihi 300 patah perkataan
6. Tekan butang ‘Hantar’
7. 10 cerita terbaik akan disiarkan untuk proses pengundian dari pihak awam bermula pada 2 November sehingga 7 November
8. 5 pemenang akan diumumkan di malam kegemilangan ASK

Terma dan syarat penyertaan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga Malaysia.
2. Tarikh penyertaan bermula dari 10 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014
3. Peserta boleh menghantar penyertaan lebih daripada 1 dengan menggunakan tajuk yang berlainan.
4. Cerita yang dihasilkan hendaklah karya asli yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana individu atau syarikat penerbitan.
5. Penyertaan adalah melalui borang dari laman web www.anugerahskrin.com
6. Hasil karya akan dinilai berdasarkan kepada keaslian, kreativiti, kredibiliti serta rasional peserta. Sebarang karya yang menyinggung sensitiviti individu, kaum dan agama akan dibatalkan.
7. Panjang sinopsis mestilah tidak lebih daripada 300 patah perkataan.
8. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 1 November 2014

Hadiah ASK Ceritaku:

10 cerita pendek terbaik akan diberi tiket ke malam kegemilangan Anugerah Skrin 2014 dan 5 pemenang akan diumumkan pada malam kegemilang ASK. Pemenang akan memenangi undangan ke sesi pembentangan idea bersama Media Prima.





Wednesday, September 17, 2014

USAH BERSEDIH





1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat..

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK RENUNGAN BERSAMA

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir..)

Tuesday, September 2, 2014

RINDUKU BERBISIK -[EPILOG]-



[EPILOG]

Azri memandang wajah yang suram itu dengan perasaan membuak-buak. Dia tidak akan menuruti permintaan isterinya itu. Bukan mereka tidak pernah bergaduh selama ini. Mereka selalu bergaduh tapi tidak sehebat hari ini. Entah hantu apa yang merasuk fikiran isterinya itu? Selalunya apabila dipujuk Ainnur akan beralah tapi tidak kali ini. Ainnur nampak nekad hari ini.

Ainnur merenung tajam. “Saya sudah tidak tahan tinggal di rumah ini.” Jeritnya kepada Azri sambil menghentak kaki. Beg baju segera dicapai lalu meninggalkan Azri seorang di bilik. Pantas Azri mengekori daripada belakang.

Azri hanya membiarkan keadaan Ainnur seperti orang histeria itu. Dada berombak kencang melihat perangai isterinya seperti hilang kawalan. Sekejap membentak-bentak dan terjerit-jerit. Hilang sudahkah pertimbangan Ainnur?

Azri menarik nafas lalu berkata dengan lembut, “Ain isteri Az... dan selamanya menjadi isteri kepada Az. Meninggalkan rumah ini bererti Ain meninggalkan Maira dan Az. Apa Az harus terangkan kepada Maira? Lagipun perkara ini sudah kita bincangkan. Az sayangkan Ain.” Sayup-sayup kedengaran suara Azri mengungkapkan ayat itu.

Ainnur mengelang. Ayat-ayat lembut itu mengena di hati tapi dia tidak boleh lemah. Sungguh dia sendiri menderita dengan tindakan sendiri tapi ini semua adalah demi kebahagian lelaki yang amat dikasihinya.

Melihatkan isterinya berdiri kaku pantas Azri menarik beg di tangan. Namun pantas Ainnur menarik semula, malah tangan lelaki itu ditepis kasar. Ainnur memandang Azri dengan pandangan mata berkaca-kaca. Hatinya merintih kerana telah menderhaka kepada suami.

“Ain... jangan pergi,” ucap Azri lirih.

“Ain inginkan kebebasan bukannya terperuk di rumah memandang siling dan dinding. Menanti suami dan anak setiap hari di depan pintu. Ain ada keinginan, cita-cita dan inginkan kebebasan.” Ucap Ainnur keras. Azri meraup wajahnya. Dia tahu isterinya itu berbohong. Kalau sungguh Ainnur inginkan kebebasan dan ingin mengejar cita-cita, sudah tentu daripada dulu lagi isterinya berbuat demikian.

Karut!!!

Sejak disahkan mengandung isterinya mengambil keputusan untuk berheti kerja. Ainnur ingin menumpukan sepenuh perhatian rumahtangga yang mereka bina dan menjaga sendiri anak yang bakal lahir. Dia tahu isterinya sengaja mencipta alasan.

“Az terlalu sayangkan Ain. Mana mungkin Az melepaskan Ain macam tu saja,” kata Azri sambil berdoa di dalam hati agar hati isterinya itu lembut. Esak Ainnur kedengaran dan menambah pilu di hati apabila mendengarkan kata-kata Azri.

Azri menyambung bicara dengan lembut. Dia berkata,“Ain masalah yang ada kita tempuhi bersama. Zalim Az membiarkan sayang hidup keseorangan. Az amat sayangkan Ain.” Itulah ayat yang dilafazkan semasa melamar Dianne Riley sebagai isterinya. Bermacam-macam dugaan dihadapinya sebelum dia berjaya memiliki si gadis bermata biru itu.

Ainnur berhenti di tepi tangga. Satu pandangan tertancap ke wajah lelaki yang telah membahagiakannya selama ini. Lelaki yang sentiasa membuatkan dia berada di awangan. Cintanya tidak pernah pudar. Biarlah dia pergi agar suaminya mendapatkan pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia tidak akan termakan pujuk rayu lelaki itu, cukuplah tujuh tahun dia membuatkan suaminya menderita. Keputusannya itu muktamad walaupun kedua orang tuanya tidak bersetuju.

Ainnur menyeka butiran jernih yang mengalir perlahan di pipi.

“Maafkan Ain, Az. Ain nekad, lepaskanlah Ain demi kebahagian kita bersama.”

Melayang jiwa Azri apabila mendengar ayat permintaan Ainnur yang kesekian kali. Bagaikan ada batu yang sedang menghentam di dada. Sangat sakit rasanya. Apakah Ainnur tidak kasihan kepadanya?

Azri menyentuh bahu isterinya lalu berkata lembut, “Jangan pergi Ain....”

“Lepaskan!!!” Ainnur menepis tangan Azri lalu berlari menuruni anak tangga.

“Ainnur!!!”

“Mama!!!”

Azri dan Ainun Khumaira berlari menghampiri tubuh Ainnur yang jatuh dari tangga. Tidak lama kemudian kedengaran tangisan anak kecil memecah kesunyian.


Tuesday, August 26, 2014

RINDUKU BERBISIK

Assalamualaikum Wbt....

Rasanya sudah bertahun hajat hendak menyempurnakan E-Novel Rinduku Berbisik belum terlaksana. Minta maaf dan ampun banyak2 kepada yang menanti menjelmanya E-Novel Rinduku Berbisik. Sangat berterima kasih dengan kesudian semua yang sudi menunggu. Dalam beberapa hari lagi NH akan post ke blog.

Mood kembali hendak berkarya sudah datang jeng jeng jeng. Harap semangat itu jalan terus tidak ada yang salah belok atau menemui jalan buntu. Terima kasih sangat atas sokongan anda semua. NH sangat menghargainya.

Sayang Semua

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W



MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati~



LOVE IS CINTA






Sunday, August 10, 2014

HANTAR MANUSKRIP

Assalamualaikum WBT,


Kpd yang berbakat, kami di Anaasa Publication mengalu-alukan kehadiran anda semua!!!



Cikpuan/Tuan yang membunyai bakat dan berminat bolehlah menghantar manuskrip anda ke Anaasa Publication. Semoga karya anda diterbitkan. Insya-Allah

Thursday, August 7, 2014

JANGAN MINUM AIR PANAS ATAU AIR SEJUK SEMASA DAN SELEPAS MAKAN

SERANGAN JANTUNG & AIR PANAS:
Sabuah artikel yang sangat baik dan hanya mengambil masa dua minit untuk anda membaca.
sila share and like halaman jeritan hati yang sepi
Serangan Jantung dan Minum Air Panas.
dari:iril koto



Tidak hanya sekadar air panas selepas makan, tetapi berkenaan Serangan Jantung. Minuman teh panas Cina atau Jepun selepas makanan dan bukannya minum air sejuk,(air dingin) mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa atau selepas makan.

Bagi mereka yang suka minum air batu,(air es/air dingin) fakta ini sangat bermakna kepada anda. Minum air batu (air es/air dingin)selepas makan memang menyegarkan. Walaubagaimanapun, air batu akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Akibatnya akan berlaku 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Dalam masa yang singkat, ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada berlakunya kanser.(kangker) Langkah yang terbaik adalah minum sup panas atau air suam selepas makan.

Gejala Biasa Daripada Serangan Jantung ...

Nota penting tentang serangan jantung – Awas! Anda perlu tahu bahawa tidak semua simptom serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati dengan kesakitan yang teramat sangat pada bahagian atas dada.

Anda mungkin tidak mempunyai sakit dada semasa serangan jantung. Loya dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. 60% daripada orang-orang yang mempunyai serangan jantung ketika mereka sedang tidur tidak bangun. Kesakitan pada rahang boleh bangunkan anda dari tidur yang lena. Marilah kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup ...

Kardiologi A berkata, jika semua orang yang membaca pos ini berkongsi kepada 10 orang rakan, anda yakinlah bahawa kita akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Baca & Hantar kepada rakan. Ia boleh menyelamatkan nyawa... Jadi, sila menjadi rakan yang baik dan berkongsi artikel ini untuk semua kawan-kawan anda, anda mengambil berat tentang jantung anda.

Sumber:jeritan hati yang sepi

Monday, June 9, 2014

ANTOLOGI CERPEN 3: CINTA PERTAMA





CEPAT! HANTARKAN HASIL KARYA ANDA.

LOVE,
NH

PERTANDINGAN MENULIS CERPEN I LOVE NOVEL







SEMOGA BERJAYA MENGHASILKAN KARYA YANG BERMUTU.

LOVE,
NH

Saturday, May 17, 2014

TENTANG KITA



BETUL!


LOVE,
NH

SEMOGA SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA


ASSALAMUALAIKUM WBT,

RASANYA SUDAH LAMA TIDAK MENCORET DI BLOG INI. BANYAK PERKARA YANG DILALUI SEPANJANG BULAN - JANUARI INI. BERMULA PADA BULAN FEBRUARI, PAKCIK (ABANG KEPADA MAMA) TELAH PERGI BUAT SELAMANYA. SEBELUM INI BELIAU SERING KELUAR MASUK KE HOSPITAL KERANA DIABETES YANG DIHADAPINYA. MELAKUKAN DIALISIS SENDIRI DI RUMAH MEMANDANGKAN BELIAU BUKAN PESARA KERAJAAN. REDA DENGAN PEMERGIANNYA KERANA KASIHAN MELIHAT KEPAYAHAN BELIAU YANG SERINGKALI KELUAR MASUK HOSPITAL.

BULAN MAC PULA ADIK KEPADA NENEK, KIRA DATUK @ NGIAN MENINGGAL DUNIA ( 'NGIAN' KALO PANGGILAN KETURUNAN ORANG BERUNAI - PANGIRAN. SEDIH MEMANG SEDIH SEKALI. SATU-SATUNYA NGIAN YANG KAMI ADA TELAH KEMBALI KEPADA PENCIPTA-NYA.

PAKCIK (ADIK ARWAH BAPA ) AWAL APRIL MASUK KE HOSPITAL SEHINGGA HARI INI. SEMASA HENDAK TURUN DARI KAPAL TERBANG MEMBACA WHATSAPP, GROUP KELUARGA BELIAU DIMASUKKAN KE DALAM ICU. SEPANJANG PERJALANAN MENUJU KE HOTEL HATI TIDAK KERUAN. INGIN BERPATAH BALIK TAPI ADIK CAKAP JANGAN DULU DAN APABILA PETANG ADIK MEMAKLUMKAN BAHAWA PAKCIK DALAM KEDAAAN STABIL. TIGA HARI BERADA DI BENGKEL PENGURUSAN HATI TIDAK KERUAN DAN SEBAIK SAJA TURUN DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU TERUS MENGAJAK ADIK KE HOSPITAL UNTUK MELIHAT PAKCIK YANG MASIH DALAM ICU. SEMASA SAMPAI WAKTU MELAWAT SUDAH PUN HABIS, MEMINTA SIMPATI KEPADA PENGAWAL UNTUK MASUK TAPI HAMPA, MEMANG TIDAK DIBENARKAN. SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA PENGAWAL BERKENAAN KENA MAHU MEMBUKA PINTU. BERDIRI DI PINTU SAMBIL MELAMBAI-LAMBAI PAKCIK AGAR DIA MELIHAT AKU YANG BERADA DI MUKA PINTU.

AWAL BULAN MEI INI, ADIK NO. 2 PULA YANG MASUK HOSPITAL. KAKI BENGKAK DAN TANDA RUAM DI KAKI PADA MULANYA DAN BEBERAPA HARI KEMUDIAN DI TANGAN PULA PENUH. SELEPAS LAPAN HARI BERADA DI WAD DAN DIA PUN DIBENARKAN PULANG.

SEMOGA ORANG-ORANG YANG KITA KASIHI DAN SAYANGI SENTIASA SIHAT WALAFIAT DENGAN KHENDAK-NYA. AMIN



LOVE,
NAZRINA HUSSIN

Saturday, April 5, 2014

NOVEL KELUARAN EMP


MESEJ DARIPADA ELEE MARDIANA

Assalamualaikum wbh adik-adikku sayang, semoga sihat, bahagia, ceria dan diberkati Allah selalu. Sebelum akak teruskan bicara dan menukilkan kata-kata di status ini, izinkan akak bagi tahu kat adik-adik semua bahawasanya akak sayangkan korang semua. Saaaaaayang sangat-sangat. Ingat tu.

OK, ini akak nak bagi tahu alkisahnya. Akak sebenarnya sudah diberi kata dua dan akak tidak punya pilihan lain kecuali meminta tolong daripada adik-adik untuk membantu akak agar akak tidak dipinggirkan. Jika sudi, bantulah. Jika tak sudi, tak apalah.

Ceritanya begini, akak akan kehilangan kerja kalau akak gagal menjual 2000 buah novel sebulan. Itu kata dua yang bos EMP berikan kat akak tadi. Jadi, adik-adik... jika kasihankan akak, belilah novel-novel EMP daripada akak. Tolonglah akak yang berhempas pulas mencari nafkah zahir dan batin... errr... terover pulak... tolonglah akak mencari nafkah untuk menyara hidup kami suami isteri. Akak ni dah tua. Suami akak lagilah dah ganyut. Kasihanilah kami. Kasihanilah kami... sob sob sob...

OK, ini novel-novel yang akak jual. Jangan cakap kat orang lain tapi akak bagi free postage kalau adik-adik beli novel-novel ni. Akak guna poslaju, tau. Yang Kabus Rindu tu RM18.00 aje harganya. Yang lain-lain RM25.00. Tolong, ya. Kalau tak nak beli, tolong promote kat kengkawan, boleh? Bolehlah... demi akak yang dah tua bangka ni. Boleh, ya. Orait, I lap u tau... mwah mwah mwah.


P/S: SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MSG FB: ELEE MARDIANA


Thursday, March 27, 2014

Thursday, March 6, 2014

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2014









Cuba mencari-cari masa untuk pergi ke Pesta Buku Antarabangsa 2014.
Dapat berjumpa dan bergambar dengan novelis kesayangan/kegemaran.

Berharap sangat tiket kapal terbang murah :)

p/s: Boleh soping2 sekali.

Tuesday, February 18, 2014

CUPCAKES

Merajinkan diri untuk membuat cupcakes sempena Majlis Resepi Sepupu pada 16 Februari 2014 di Wisma Wanita Kota Kinabalu. Perisa oren - perisa kegemaran nenek dan cokelat tentunya ramai menyukainya.



Selamat Menjamu mata.

Wednesday, January 29, 2014

BENGKEL PENULISAN NOVEL CINTA








BENGKEL PENULISAN NOVEL CINTA
8-9 FEBRUARI 2014
AUDITORIUM KARANGKRAF
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol