Sunday, November 29, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Coret-coret kali ni semasa ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 pada 17-26 April 2009 di PWTC...Ngam2 masa tu mmg oustation d KL jua lah jadi apa lagi ndalah melepaskan peluang meliat2 di sana...nda byk buku dibeli setakat beberapa buah pasal kebaratan mengangkat hahahahha...!!



Pintu Masuk




Melawat Arah Pengedar Buku dari Brunei...Nasib ah Kamus a2 nganya tinggal sebuting




Bersama Penulis Aina Emir..Sempat Posing & Minta Sign Lagi tu
Inda penyupan Hahahahah!! Antam Shj Tah ;)




Ramai Ihhh Jelama



Batah ku mengunjar Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Brunei, Akhirnya di PWTC ku Kejumpahan
Iski plang hati :)



Novel Yang Dibeli

Friday, November 27, 2009

Petua CuCi Hati YanG Hitam

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.


1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah
jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar
orang mengumpat.

"sampaikanlah pesanan ini walaupun 1" ~Renung-renungkanlah

Friday, November 20, 2009

Cerpen 3~Setia Pada Yang Satu

Resah, bingung dan jadi tidak menentu fikiranku jadinya. Bagaimana hendak aku menyelesaikan masalah yang sebegini besar? Sudah sedari awal lagi aku mengatakan yang aku belum bersedia untuk bercinta. Aku tidak berminat sama sekali untuk terjebak ke alam percintaan. Aku masih mentah lagi, lagipun aku masih muda belia lagi. Sekarang baru padan muka engkau, siapa suruh engkau jatuh cinta pada aku? Minta maaf, aku bukan orang yang cair dek mendengar pujuk rayu dan tutur kata yanbg indah-indah. Tidak kuasa aku! Itu masalah engkau aku tidak tahu menahu. Peduli apa aku! Aku tidak pernah meluahkan bahawa aku pun sayang atau jatuh cinta pada engkau. Kalau kau hendak menanti, nantilah. Telah pun diberitahu siang-siang lagi tapi tidak juga faham-faham. Siapa yang rugi. diri sendiri juga yang tersiksa jiwa.

Penyakit apa yang datang menyerang diriku ini? Tidak pernah aku mengutuk orang sebegini hebat. Berdosa besar aku. Sukarnya untuk membuat penyelesaiannya. Peduli! Biarkanlah dia ternantikan aku. Alahai! Jika aku berada di alam persekolahan alangkah indahnya. Pastinya aku tidaklah merasa segelisah dan segusar ini. Wahai, teman-teman aku dilanda kesusahan, di saat ini aku memerlukan kalian. Di manakah kalian berada? Mereka bertigalah teman ketawa dan menangis bersama. Amat sukar mencari sahabat yang sebaik itu. Jika aku dilanda masalah merekalah tempat aku mengadu. Sayangnya kami berada di negeri yang berbeza.

*****
Peperiksaan SRP hanya tinggal beberapa hari lagi. Malam itu adalah malam terakhir aku dan teman-teman tuisyen matematik. Malam itu seperti biasa kami belajar tetapi setelah Cikgu Mad keluar hendak melawat isterinya di hospital kami mula membuat bising. Winnie memasang HiFi yang terletak tidak jauh dari kami. Sofia tergelak-gelak ketika menonton TV. Lucu agaknya kalau tidak masakan dia ketawa sendiri. Cikgu tiada kamilah raja. Rumah orang pun seperti sendiri. Konon-kononnya kamilah permaisuri rumah itu. Alah! bukannya selalu baru inilah kali pertama.

"Hey, tadi aku ternampak budak barulah. Handsome!" Winnie memulakan perbualan. Dia mengenyitkan matanya ke arahku. Di antara kami semua dialah yang nakal.

"Aku tidak tahu," sahut Ann.

"Engkau tu katak bawah tempurung," ejek Winnie.

"Aku tahu sebab jejaka itu tersalah masuk kelas. Bapanya pun ada," aku memberitahu.

"Anak panglima. Smartlah bapanya pakai pakaiaan seragam tu," sampuk Rozah yang kebetulan sekelas denganku.

"Wow! Anak panglima. Dia tu sudah berpunyakah?" tanya Winnie nakal.

"Asyik hendak mengurat anak orang saja tapi satu pun tidak mengena. Mengurat pun kena tengok orangnya juga,"nasihat Ann. Sudah bosan dia mendengar topik perbincangan teman-temannya itu.

"Kalau tidak suka dengar sajalah. Kalau katak tu katak juga," sindir Winnie. Memang perempuan seorang ini celupar kalau hendak bercakap hendak cirect saja tidaklah hendak berlapik-lapik lagi.

"Kelas mana!" soalku ingin tahu.

"Kelas empat perdaganganlah!" Sofia memberitahu. Ingatkan dia tidak mendengar apa yang kami bualkan. Rupa-rupanya pasang telinga juga anak itu.

"Sekelas dengan sepupu kau Ann," Rozah terpekik kerana bukunya diambil oleh Winnie. Winnie hendak meniru jawapan dari bukunya. Rozah mengelengkan kepalanya melihat telatah temannya itu.

"Salah jawapan kau ni. Macamana hendak lulus ni kalau yang senang ini pun kau tidak tahu buat. Ann, kau tolonglah korek-korekkan rahsia tentang jejaka itu daripada sepupu kau. Bila dia diberanakkan ke dunia ini, nombor phonennya dan berasal dari mana. Kalau kau tolong aku, kaulah temanku dunia dan akhirat. Tolonglah!," Winnie memeluk bahu Ann dengan gaya manjanya.

"Baiklah!" Sahut Ann bagaikan hendak tergelak melihat gaya Winnie tersebut. Dia tidak pernah ambil hati dengan itu semua.

"Alahai! Tiada faedahnya kita hendak berkenalan dengan budak tu. Temberanglah!" kataku. Angin tiada ribut tiada tapi puting beliung yang melanda.

"Tiba-tiba kau marahkan dia ni kenapa? Insan tu tiada pun cari dosa pada kau. Sudah buang tebiat agaknya kau ni. Jangan-jangan engkau jatuh hati pada dia. Kalau engkau sukakan dia cakap awal-awal sebelum aku yang dapat," kata Ann sengaja hendak menduga hati temannya itu.

"Yak....puii,kursemangat...minta maaflah saudari-saudari sekalian. Aku tidak teringin hendak berkenalan dengannya. Tidak tergamak aku menjadikan dia boyfriend aku," kataku takbur.

"Jangan takbur sangat Lia. Manalah tahu satu hari nanti engkau tergilakannya kalau engkau bertepuk sebelah tangan meranalah diri. Nanti diserang sakit pula kau," Dahlia adalah nama sebenarku dan Lia adalah panggilan nama manjaku. Glamour bukan namaku itu.

"Never...," aku tidak mahu kalah.

"Just wait and see. Mudah-mudahan mulut aku main." Ego benar anak seorang ini. Aku minta satu hari nanti kau syok sangat pada anak panglima itu, detik hati Winnie.

"Sudahlah tu. Cikgu sudah nak pulang tapi latihan belum siap lagi. Kalau kau pandai kau buatlah semua latihan ini. Tadi kau cakap jawapan aku salah," Rozah memulangkan paku buah keras kepada Winnie. Winnie buat-buat tidak dengar saja.

"Jangan risaulah kita tiru jawapan dari buku cikgu itu. Aku tahu dia ambil soalan dari situ," Winnie menudingkan jarinya ke arah buku yang terletak di atas almari rumah itu. Bukan sekali dia melakukan perkara seperti itu malah telah berkali-kali. Cikgu pun tidak pernah berasa syak. Pantas tangan Winnie mencapai buku itu. Rakan-rakan pun turut serta menyalin.

*****
Dengan perasaan yang berkobar-kobar aku ke sekolah. Almaklumlah aku telah lulus dengan cemerlang begitu juga dengan teman-teman seperjuangan yang lain tapi malangnya Winnie telah berpindah ke Kuala Lumpur. Aku dan Ann ditempat di kelas aliran sastera walaupun kami berdua berkelayakkan masuk ke aliran sains tapi aku dan Ann lebih berminat dengan cerpen, drama dan puisi. Kami berdua berjiwa seni. Manalah tahu bakal pengganti Adibah Amin.

Rakan-rakan yang baru ini nakal-nakal kesemuanya. Oleh itu kelas kami terkenal berbanding dengan kelas-kelas yang lain dengan nama 'kelas nakal'. Aku dan Ann adalah salah seorangnya. Terpaksalah kami berdua dipisahkan daripada duduk bersama tapi tidaklah sejauh yang disangkakan. Ann dan teman barunya bernama Eanna itu duduk dihadapanku. Manakala aku pula duduk bersama teman baru yang bernama Zie. Eanna dan Zie merupakan pelajar baru sekolah ini.

"Okey kelas, sekarang buka buku muka surat dua," kata Puan Puan Gopal guru kelas kami.

"Buku yang mana satu cikgu?," tanya satu suara di hujung sana. Sengaja tu.

"Kelmarin sudah belajar Geografi Kemanusiaan. Hari ini fizikal," kata Puan Gopal.

"Kamu ada bawa buku?" tanyaku kepada jiran baruku itu.

"Ada!" Apalah budak ni, mentang-mentang aku budak baru di sekolah ini dia boleh buat apa yang dia suka, Dia belum kenal manusia bernama Zie ni. Adakah patut buku tidak dibawa. Sia-sia saja kerajaan memberikan bantuan buku, detik hati Zie.

Ann yang mendengar kata-kata temannyua itu hanya mampu tersenyum sendiri. Kalau sudah tabiat memang sebegitu tidak mungkin akan hilang. Ann melirik memandang temannya yang duduk di sebelahnya. Macam hindustan pulak main jeling-jeling. Nampak macam alim, pendiam dan ayu serta pemalu orangya. Sepatah di tanya sepatahlah yang dijawab.

"Kelas mengapa bising sangat? Kalau hendak berniaga pergilah ke pasar," pelbagai karenah yang dilihat oleh cikgu itu. Penat saja dia terpekik dari tadi. Tiada seorang murid pun mendengar akan kata-katanya itu. Kasihan! memang malanglah nasib cikgu yang mengajar kelas kami dengan wajah yang masam dia meninggalkan kelas kami. Sepeninggalannya kelas yang tadi bising, bertambahlah lagi bisingnya.

"Kamu sekolah agamakan? Kenal dengan Nazrin?" soal Ann.

"Jadi kamu inilah gilfriendnya," sahut Eanna spontan. Baik juga IQ perempuan seorang ni, belum lagi hendak menjelaskan dengan selebar-lebarnya dia sudah tahu. Eanna mencubit pipi Ann yang halus bak sutera itu.

"Ex-girlfriend," ucap Ann menjelaskan kedudukan yang sebenar. Amboi! Beraninya perempuan seorang ini mencubit-cubit orang. Baru dua saat berkenalan tapi peramahnya bukan main lagi.

"Lia,nama anak panglima tu Azman dan berasal dari Kelantan," kata Ann sebaik saja terlihat akelibat lelaki itu di depan kelas.

"Peduli apa aku dengan namanya itu," sahutku dengan jelingan. Jelingan yang ada tafsiran tersendiri dan hanya aku seorang yang memahaminya.

"Kalau engkau hendak nombor telefonnya aku boleh berikan. Janganlah engkau berpura-pura," Ann mengiat temannya itu.

Tahun ini merupakan tahun HONEYMOON bagi kami seisi kelas. Almaklum sajalah SRP sudah ditempuhi dengan segala usaha dan kepayahan. Tahun depan barulah kami belajar berhempas-pulas lagi. Baik pelajar perempuannya atau pun lelaki tidak pernah menumpukan pelajaran yang sepenuhnya ketika cikgu mengajar di hadapan. Bukannya berbincang tapi hanyalah sekadar cerita kampung atau mengingati nostalgia masa lampau. Pendek kata, kelas kamilah yang mempunyai reputasi yang buruk jika dibandingkan kelas yang lain. Cikgu Bahasa Melayu kami telah bertukar tiga kali kerana tidak sanggup melihat perangai kami yang sama seperti budak tadika.

Bagi hero-hero kelas kami,masuk ke bilik pengetua adalah perkara biasa. Hobilah katakan. Kalau lelaki ada geng tersendiri jadi apa salahnya kalau yang perempuan ada kuncu-kuncunya. Aku, Ann, Eanna dan Zie adalah orang yang terkenal di sekolah kami. Ramah, berkarisma dan suka menyakat orang. Apa yang menyebabkan kami terkenal di kalangan guru-guru adalah kerana kerajinan kami menjadi penyokong bola sepak. Kalau kami tidak datang pastinya pasukan sekolah akan kalah. Begitulah kami sebagai pelajar sekolah ini.

Di antara kami bertiga. Eannalah yang amat meminati permainan itu. Dia terkenal dengan nama 'tukang sorak' di sekolah kami. Siapa yang melihatnya terkejut melihat seorang gadis yang bertudung terjerit-jerit memberikan sokongan ketika pemain sedang beraksi di padang. Hidup Eanna!

"Ann, aku ada hal yang hendak diberitahu kepada kau," kataku.

"Cakaplah!" Balas Ann. Selagi aku tidak meluahkan apa yang terbuku di hati. Hati tidak akan tenteram jika tidak diluahkan. Harap-haraplah temannya itu tidak sawan mendengarnya.

"Kami!" Eanna dan Zie menyibuk.

"Aku malulah...," balasku malu-malu kucing.

"Apalah yang kau hendak malukan? Manalah tahu kami boleh menyumbangkan tenaga atau khidmat nasihat," jawab Eanna. Kalau ada masalah yang datang menimpa apa salahnya kalau teman yang cuba membantu, detik hati Zie. Menjadi sahabat biarlah teman menangis dan ketawa bersama.

"Aku jatuh hati dengan anak panglima itulah Ann," aku mengaku dengan hati yang tulus ikhlas dan tenang. Serentak dengan itu Ann ketawa terkekeh-kekeh mendengar pengakuan sahabatnya itu. Celaka punya kawan! Memang inilah yang telah diduganya sedari awal tadi. Engkau ketawakan aku pula! Eanna dan Zie melihat temannya yang ketawa secara tiba-tiba itu pun berasa hairan. Gilakah anak seorang ini?

"Kalau Winnie tahu pastinya dia ketawa terguling-guling. Dulu tersangatlah takbur. Never konon. Sekarang baru padan muka engkau tapi walau bagaimanapun aku mengucapkan selamat berjuang," perli Ann mengenakan aku.

"Engkau hinalah aku, kutuklah aku," aku memandang wajah Ann. Menyesal aku beritahu pada perempuan ini. Menyesal aku! Tidak boleh diharap langsung.

"Kalau kau hendak sangat aku boleh tolong contact Azman tu untuk kau," ucap Zie.

"Jangalah pula kamu memandai-mandai. Pantang keturunan aku mengejar lelaki. Aku gadis pemalu manalah aku berani," kataku pura-pura marah.

"Kau ni sangatlah penakutnya. Sekarang ini zaman moden, apa salahnya kalau perempuan yang mengatur strategi terlebih dahulu. Apa salahkah? Kena tangkap poliskah kalau perempuan yang mengurat?" Itulah falsafah Eanna. Ann hanya mendiamkan diri apabila mendengar kata-kata temannya itu. Dia tidak berapa berminat untuk bercakap pasal lelaki. Belum lagi sampai seruannya untuk dia bercinta lagi.

*****
Hari demi berlalu aku cuma mengikutinya dari jauh. Segala perkembangannya hanya didengar tanpa banyak bicara. Yelah siapalaj diriku ini hanyalah sekadar gagak di zoo tapi sejak akhir-akhir ini ingatanku terhadapnya semakin kuat. Surat sudah dilayangkan, salam sayang sudah dikirimkan tapi tiada balasan. Hampa aku! Khabar angin ada mengatakan dia telah mempunyai teman istemewa di tempat kelahirannya. Apalah malangnya nasibku ini? Entahkan sudi entahkan tidak aku seorang saja yang ternanti-nanti. Mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ewah! berkias-kias pula aku. Janganlah sampai gila aku khendaknya.

"Kenapa dengan kau ni Zie?" tanyaku kepadanya. Dia tidak seceria seperti selalu, dari wajahnya yang suram itu menjelaskan dia dilanda masalah.

"Boyfriend aku...," dia tidak dapat menahan perasaan hibanya.

"Mengapa dengan boyfriend kau?" sampuk Eanna yang secara tidak sengaja terdengar perbualan kedua orang temannya itu.

"Sahabat aku kebas boyfriend aku," terangnya disulami dengan sedu-sedan yang kecil. Kalau jantan itu ada di hadapannya di saat itu mahu saja dicekiknya.

"Lupakan saja dia tu. Malaysia yang indah dan permai ini masih lagi ada terdapat ramai pemuda yang tampan dan segak bergaya. Biarlah boyfriend kau yang tolol itu dengan duniannya sendiri. Engkau pun tolol kalau menangis kerana lelaki yang tidak setia itu," nasihat Ann.

"Lelaki tetap lelaki kalau sudah naga memang naga jua. Begitu senang dia hendak memperkotak-katikkan aku. Lihatlah nanti pasti dia menyesal seumur hidup,"katanya marah teramat sangat.

*****
14 Februari atau dikenali dengan hari 'Berkasih Sayang' adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta. Bagiku tarikh itu sama dengan hari-hari biasa. Tiada apa-apa rancangan pada hari tersebut.

"Lia!" panggil Norizan.

"Ada apa?" sahutku kasar sedikit. Orang asyik melayan perasaan dia pula yang mengacau.

"Ada orang hendak jumpa engkau di luar," katanya. Serentak dengan itu Ann, Eanna dan Zie memandang tajam tepat ke arah mataku. Kelihatan seorang lelaki yang tidak dikenali berada di luar sana. Alangkah indahnya dan bahagia kalau Azman yang berada di luar itu. Datang dengan sejambak bunga di tangan.

"Nampaknya aku seorang saja yang tiada date hari ni," kata Ann berlucu. Entah jejaka malang mana yang ingin berjumpa dengan aku hari ini tapi tidak mengapalah sekurang-kurangnya aku ada peminat.

"Saya hendak berikan kad ini kepada saudari," katanya lalu pergi. Terkebil-kebil mataku melihat dia pergi. Sepatah perkataan pun tidak sempat keluar dari mulutku yang comel ini. Tergaman aku dibuatnya.

Entah, aku sendiri tidak mengenali pemuda itu. Belum pun sempat aku membuka kad tersebut Zie telah merampasnya terlebih dahulu. Apalah mereka ni, tuan punya kad belum pun sempat membaca tapi mereka bertiga datang menyerbu. Riuh-rendah dengan gelak-tawa oleh kami berempat.

"Nampaknya aku seolah yang belajar hari ini. Semua pun dengan boyfriend masing-masing. Tinggallah aku seorang," kata Ann tiba-tiba. Kasihan! Begitulah nasib orang yang suka memilih.

"Jangan kau hendak mengada-gada. Kita sudah berjanji hendak ke library petang ni," sahutku menghidar daripada terus digosip oleh mereka. Main tetap main tapi belajar jangan dilupa kerana esok ada ujian Sejarah. Siapa gagal didenda. Menggerunkan juga bunyinya, ingatkan budak darjah satu saja yang didenda tapi kami yang sudaj tua ni pun kena juga.

"Esok kami berdua tiru kamu berdua. Kamu belajarlah dengan tekun untuk hari esok," kata Eanna. Tiru-meniru telah menjadi lumrah di kelas kami. Awas! Jangan sampai diketahui oleh cikgu. Pandai makan pandailah simpan.

Petang itu aku dan Ann pergi belajar di library seperti yang telah dijanjikan. Suasana pada petang itu tenang jika dibandingkan dengan suasana kelas kami yang sentiasa seperti pasar ikan. Tidak ramai yang datang belajar hari tu.

"Belajar?" sapa satu suara.

"Alamak!" Gugur jantung aku ketika itu. Ann, tolonglah aku terasa longlai kakiku ketika itu. Hendak tahu siapa di hadapanku ketika itu. Azman! Dengan senyuman semanis gula sedang berdiri di hadapanku tika ini.

"aku pergi ke tandas sekejap," Ann bersiap sedia hendak meninggalkan temannya itu. Lia memandang ke arah Ann yang tersengih. Janganlah tinggalkan aku seorang. Nanti ada gosip liar yang melanda.

"Kau temankanlah aku..." Aku berbisik pada Ann namun tidak dipedulikannya. Mengelabah aku dibuatnya. Apa hajatnya berjumpa aku?

"Sebenarnya saya ada hal hendak beritahu pada Lia. Bukan saya tidak suka pada kamu tapi biarlah kita berkawan saja. Saya tahu Lia baik tapi sekarang ni saya hendak belajar dulu," itulah pengakuan yang memalukan, yang pernah aku dengar. Sungguh memalukan! Dimanakah hendak aku letak muka aku yang lawa dan cute ini. Sudah jelas memang dia tidak sukakan aku.

"Saya harap Lia faham,"entah dari mana dia tahu nama glamour aku itu. Popular rupanya aku di sekolah ini.

"Sabarlah Lia bukan jodoh kau dengannya. Kita masih muda lagi dan perjalanan masih jauh lagi. Banyak pilihan! Jadikan ini sebagai satu pengajaran. Hati orang kalau tidak suka, kau tidak boleh memaksa. Kau harus faham itu. Jangalah asyik mengingatinya. Lupakan semua itu, buang masa mengingati orang yang tidak suka pada kau tu...," nasihat Ann itu menyejukkan hatiku. Aku bernasib baik kerana ada orang sudi berkongsi masalah yang sedang aku hadapi ini.

Calar-balar hatiku setelah mendengar penjelasan anak panglima tadi. Tergamak dia berkata demikian kepada aku. Tergamak dia berkata demikian kepada aku. Selama ini apa yang aku mahu mesti dapat dan semuanya pasti dapat. Hanya lelaki seorang ini sajalah yang berani menghampakan hatiku. Berani dia! Mentang-mentanglah tersenarai dalam carta sepuluh lelaki yang handsome di sekolah ini.

*****
Dua hari aku tidak ke sekolah. Cuti istemewa daripada diriku sendiri. Entah mengapa hati ini berat untuk melangkahkan kaki ke sekolah. Kecewakah aku? Tidak! Aku tidak kecewa. Aku hanya sekadar hendak menenangkan fikiran yang sedang berserabut. Aku tidak menyedari air mataku mengalir. Memang, memang aku kecewa dan rasanya bagaikan hendak demam panas.

"Kau tahu Azman bergaduh dengan lelaki yang memberi kau kad tempoh hari. Gaduh pasal kau lah Lia," kata Eanna memberitahu sebaik saja aku melabuhkan punggung di kerusi. Kalau sudah berempat berjumpa pasti ada saja cerita yang hendak dibualkan. Pagi-pagi sudah ada 'radio non stop'.

"Sebabnya?" Aku bertanya. Seronok juga kalau ada yang bergaduh kerana aku.

"Apa nama lelaki itu Zie? Aku lupalah," tanya Eanna.

"Wahid, dia ada datang ke kelas mencari kau. Kami cakap kau tidak ada di sekolah ni lagi, sudah pindah. Dia pun tanyalah apa sebabnya. Kami pun cakap yang kau kecewa sebab Azman tu tolak cinta kau. Kami main-main tapi dia betul-betul dan teruslah bertumbuk dengan si Azman tu. Kau marah kamikah?" tanya Zie kalau kerana tidak terlepas cakap tentunya tidak berlaku.

"Buat apa aku hendak marah. Malah seronok kerana ada orang bergaduh untuk aku." Aku memandang Zie menanti cerita selanjutnya daripadanya.

"Dia pun ke kelas Azman dan bertumbuk macam pelakon Hindi dalam filem. Apa lagi dua-dua lepas tu mengadap pengetua. Bertuahlah kau ada orang yang sanggup berkelahi kerana kau," Eanna menyudahkan cerita Zie yang belum habis itu

"Buat malu aku saja budak tu. Patut pun ramai yang berbisik-bisik sebaik saja aku sampai ke kelas tadi. Mengalahkan artis lagi aku ni," katanya kesal dengan tindakan yang di ambil oleh Wahid itu.

"Kau hendak tahu cerita Lia? Kelmarin si Azman tu terlanggar minuman aku di kantin. Kesian, habis bajunya basah. Sudahlah lebam di mata, baju pun habis basah," kata Ann disusuli dengan ketawa kecil.

"Bukan terlanggar tapi dilanggar. Siapa suruh mengecewakan anak orang," Zie memberitahu. Aku terkejut dengan kenyataan temanku itu. Janganlah diapa-apakan anak itu oleh mereka bertiga.

*****
Dua bulan telah berlalu dan apa yang aku dengar Azman telah berpindah ke tempat lain. Dia balik ke negeri kelahirannya. Kata orang walaupun jauh dari pandangan mata namun di hati tetap diingati. Agaknya cinta sejati? Mungkin tidak zaman remaja percintaan lebih dikenali dengan cinta monyet.

"Maafkan aku Wahid kerana tidak dapat menerima kau. Kita berkawan sajalah. Lupakan hajat kau yang inginkan aku menjadi 'special girlfriend' kau itu. Aku tidak boleh menerima kau." Aku telah menjelaskan dengan bahasa yang senang difahami. Lainlah kalau aku bersajak, berpantun-pantun ataupun berkias-kias, tentulah dia tidak faham. Sekiranya dia tidak paham itu dia punya pasal.

"Kau sebut nama dia lagi, tanggal gigi kau tu..." Aku memberi amaran tanpa menjawab soalannya itu tadi. Jika aku mengaku sekalipun apa faedah yang dia dapat. Silap hari bulan aku terpaksa mendengar ceramahnya.

"Buat apa kau mendera hati sendiri. Hilang di mata, lenyaplah di hati. Apa aku tidak sehebat si Azman tu?" ucap Wahid tidak puas hati. Aku tidak suka macamana hendak dipaksa-paksa biar pun Brad Pit datang merayu.

"Maafkan aku kalau aku tidak mahu buat apa kau paksa!"

"Aku maafkan." Jawab Wahid. Agaknya dia sudah putus asa hendak memujuk aku menerimanya. Akhirnya dia berlalu meninggalkan aku.

Kenangan lama memang payah hendak dilupakan. Semua yang berlaku membuatkan aku semakin matang dan bijak dalam membuat keputusan. Aku akan terus melangkah dan terus melangkah dan kisah percintaan zaman sekolah ini akan terus aku ingati sebagai satu kenangan yang terindah.


~TAMAT~

Tuesday, November 17, 2009

Kuala Lumpur International Book Fair 2010 * Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010*


Kuala Lumpur International Book Fair 2010 * Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010*


"For more information, please contact:
Secretariat of the National Book Council of Malaysia (MBKM),
Level 14, Block E12, Government Complex Parcel E, Federal Government Administrative Centre,
62604 Putrajaya, Malaysia
Tel: +603 8884 7019; Fax: +603 8888 6296
E-mail: mbkm@mbk.moe.gov.my


Kepada rakan2 dan teman2 bolehlah kumpul duit sekarang ni ada promosi Air Asia dan MAS. Kita jumpa di SANA! SANA! Rakan2 dan teman2 yg ada d KK ni ada yg mau sama2 ke sana gtau ah. Ramai2 kitani menyerbu Pesta Buku Antarabangsa 2010 lagi siuk tu kan!!

Cerpen 2~Di Ambang Maut

Hanya seminggu sekali saja bertemu yang selebihnya sibuk dengan urusan perniagaan masing-masing. Sekali bertemu tidak sah kalau tidak bertengkar dan barang-barang di rumah ini habis lali dengan keadaan seperti ini. Sudah tiga tahun ini berlaku. Prangg! Entah apa lagi yang pecah? Tidak lama kemudian kedengaran suara tangisan emaknya.

“Macam anjing dengan kucing” Dari petang hinggalah malam belum lagi selesai pertengkaran mereka itu. Dia tidak tahu siapakah yang memulakan pertengkaran dan dia tidak tahu siapa yang sebenarnya bersalah. Kata emaknya, ayahnya ada perempuan lain tapi kata ayah pula emak yang berlaku curang. Kalut! Kalut! Dia tidak tahu siapa yang harus dipercayai? Kedengaran deruman kereta ayahnya. Tentunya dia pergi lagi. Pergi entah ke mana? Pantas dia menuruni anak tangga untuk melihat keadaan emaknya. Kelihatan emaknya duduk di sofa dan di sekelilinginya bertaburan pecahan pasu-pasu antik koleksi ayahnya.

“Kenapa emak menangis?” soalnya lalu duduk di sebelah emakya. Apabila melihat anaknya itu bertambah menjadi-jadi tangisannya. Pantas dia memeluk anak tunggalnya itu.

“Ayahmu telah menceraikan emak,nak,” terangnya dan menyebabkan nafas Azwa turun naik dengan cepat. Cerai! Perkataan itulah yang tidak suka didengarnya. Tiada jalan penyelesaian lainkah hinggakan jalan itu yang dipilih. Tergamak ayah melafazkan perkataan itu kepada emaknya. Mentang-mentanglah talak itu letak di tangan suami maka dengan sewenangnya mereka menggunakannya.

“Hendak ke mana Azwa?’ soal Datin Melissa apabila melihat anak gadisnya itu menyarungkan kasut.

“Keluar sekejap mak. Azwa bawa kereta emak ya?” katanya. Berada di rumah ini apa yang ada? Lebih elok lagi kalau dia berjalan-jalan menenangkan fikiran yang kusut sambil menyedut udara segar.

“Baiklah tapi jangan lewat pulang,” pesan emaknya.

Apalah gunanya harta yang banyak jika dia tidak pernah mendapat belaian kasih sayang daripada kedua orang tuanya? Dia tidak seperti orang lain yang sentiasa ditemani oleh emak dan ayah setiap hari. Apalah ertinya rumah besar seperti istana jika hanya dia saja menghuni rumah itu? Hanya orang gaji yang sentiasa menemaninya sedangkan ayah dan emak sibuk dengan perniagaan mereka. Anak seorang pun tidak terjaga. Zaman modenlah katakan. Zaman di mana orang sibuk mencari harta kekayaan.

*****
Sambil duduk di tepi tangga dia memerhatikan orang yang lalu lalang di hadapannya. Kononnya negara mengalami inflasi tapi orang ramai mengangkut pakaiaan dan barang-barang lain hinggakan ada yang tidak cukup tangan hendak membawa. Aku! Tidak perlukan itu semua. Baju yang dibelikan oleh ayah dari Paris minggu lalu belum lagi disentuh, alat solek berjenama dibelikan oleh emak ada sekotak belum dipakai. Sudah berpuluh kali dia meronda di kompleks membeli belah ini sampaikan lutut menjadi longgar. Kalau dia menunaikan fardhu haji tentu sudah selesai tawafnya. Hendak berborak-borak tiada berteman. Tentunya teman-teman sekolahnya yang lain sedang tekun belajar di rumah kerana tidak lama lagi akan peperiksaan.

“Seorang saja Azwa?” sapa seorang pemuda. Macamana dia tahu nama aku? Rasa-rasanya macam biasa nampak tapi di mana? Azwa mengaru-garukan kepalanya yang tidak gatal itu. Pening kepalanya meneka.

“Saya Joe satu sekolah dengan Azwa. Memanglah Azwa tidak kenal dengan saya maklumlah orang tidak ‘glamour’. Azwa terkenal di sekolah sebab itulah saya kenal,” katanya menggoda.

Mata bundar itu merenung lelaki yang berada di hadapannya itu. Aku terkenal? Memanglah aku terkenal di sekolah sebab aku adalah salah seorang pelajar yang cemerlang. Kalau dia tidak kenal pun apa salahnya jika dia berkenal-kenalan dengan pemuda itu.

“Maaf terlupa hendak perkenalkan. Kawan saya Mike,” Joe memberitahu.

“Mike ke Mail?” sindir Azwa. Geli hati dia saat itu. Muka mencerminkan Melayu, memang orang Melayu pun tapi nama mengalahkan orang putih. Aku hendak tukar nama Sharon Stone atau Shannen Doherty tiada salahnya bukannya polis tangkap pun. Tersipu-sipu lelaki itu apabila disindir oleh Azwa itu. Liar mata Mike meneliti Azwa dari atas ke bawah.

“Joe tengok Azwa ni macam bermasalah?” katanya ramah. Itulah caranya kalau hendak memikat perempuan. Azwa mengeleng-gelengkan kepalanya. Masalah aku biarlah aku yang tanggung seorang buat apa ceritakan pada orang yang baru dua minit aku kenal, desis hati kecilnya.

“Saya dan teman-teman yang lain hendak ke disko. Apa Azwa hendak ikut? Asyik duduk di sini apa yang Azwa dapat?” kata Mike menudingkan jarinya kea rah sekelompok muda-mudi. Serba salah dia ketika itu. Senakal-nakalnya belum pernah dia menjejakan kaki ke tempat itu. Kalaulah diketahui oleh emaknya pastinya dia akan mendengar ceramah motivasi.

“Baiklah!” Azwa bersetuju. Manalah tahu kalau ada yang menyeronokkan.

*****
Lagu sedang rancak berkumandang. Ramai yang menari mengikut rentak irama tersebut. Ada yang asyik bergurau senda dan ada juga drama swasta. Pantas dia keluar tapi dihalang oleh Joe.

“Baru datang sudah hendak balik,” ejek Joe. Mike hanya memerhatikan adegan itu.

“Joe, mangsa barukah?” satu suara bertanya. Pantas tangan Joe memeluk pinggang Azwa. Azwa menepis tangan Joe. Semakin erat Joe memeluknya.

“Engkau ni memang tidak boleh tengok orang senang. Ini lain daripada yang selalu. Kau memang selalu kacau masa aku sedang bermesralah Jack,” jawab Joe. Bangga kerana ditemani oleh seorang gadis yang jelita tapi yang penting temannya itu adalah anak Dato’. Joe mengenyitkan mata ke arah Azwa, Seram sejuk Azwa dibuatnya.

“Cubalah…” Rita teman yang baru dikenalinya itu menghulurkan sebatang rokok kepadanya. Terkebil-kebil matanya memandang rokok di tangan Rita. Selama ini hendak mencium bau rokok pun dia tidak suka apatah lagi hendak merokok. Dia menolak tangan Rita tanda tidak mahu. Pandangan mata Rita yang sinis itu menyebab Azwa mengambil jua akhirnya rokok itu.

“Mula-mula memanglah tidak biasa tapi lama-lama nanti lagi biasa. Perlahan-lahan,” kata Rita apabila melihat Azwa terbatuk-batuk.

“Esok ikut kami lagikah?” soal Rita kepada Azwa.

“Esok kena sekolah,”balas Azwa dengan manja dan boleh mengetarkan jiwa para pemuda yang mendengarkannya.

“Joe pun kena pergi sekolah juga tapi dia ponteng. Esok Azwa bawa baju dalam beg sekolah dan tunggu di luar pagar. Kita tidak perlu ke sekolah kita bersiar-siar,” ajar Joe.

“Pagi-pagi kita hendak ke mana?” tanya Azwa bodoh.

*****
Sebaik saja dia turun dari kereta Joe sudah pun menanti. Setelah kereta kepunyaan emaknya itu pergi dia dan Joe pun meninggalkan sekolah. Mereka mencari tandas awam dan segera menukar pakaiaan. Macam orang bodoh saja dia mengikut setiap jejak langkah Joe.

“Hendak ke mana ni Joe? Pagi-pagi begini mana ada kedai yang buka.”

“Bodohlah kau ni. Sudah tahu kedai tidak buka ditanya lagi. Kita pergi rumah Rita,”katanya marah. Pelajar cemerlang harapan sekolah tapi bertanya soalan-soalan yang bodoh.

Azwa menuruti Joe masuk ke dalam rumah itu. Ramainya orang! Azwa terkejut melihat keadaan rumah itu dipenuhi dengan insan-insan yang sedang tidur.

“Melamun?” sapa Mike yang melihat Azwa duduk berseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Azwa menganggukan kepalanya. Mana perginya Joe? Bayangnya pun sudah tidak kelihatan lagi.

“Mari!” ajak Mike lalu menarik tangannya dan berjalan menuju ke bilik. Azwa akur daripada menunggu Joe yang bersikap kasar itu lebih baik lagi dia mengikut Mike. Lagipun jika dibandingkan dengan Joe, Mike lebih tampan.

*****
Mundar-mandir Datin Melissa menanti anak gadisnya itu pulang. Perasaannya ketika itu bagaikan gunung berapi yang akan mengeluarkan laharnya. Anak itu sudah pandai menipu. Hidup-hidup aku ditipunya.

"Anak datin sudah sebulan tidak hadir ke sekolah. Apa dia sakit? Dulu seminggu dia tidak datang ke sekolah katanya sakit tapi sekarang dia tidak datang sudah sebulan lamanya. Ada yang tidak kena!" kata-kata pengetua itu membuatkan dia tersentak. Malah dia sendiri pun tidak tahu ke mana anaknya itu pergi. Anak kau telah mendustai emak!

"Pak Mat tidak tahu ke mana dia pergi? Kata pengetua sekolahnya sebulan dia tidak pergi ke sekolah. Mustahil Pak Mat tidak tahu, kan Pak Mat menghantarnya ke sekolah setipa hari."

"Saya hantar dan ambil dia dari sekolah setiap hari datin. Saya tidak tahu dia ponteng sekolah pasal dia pergi dan pulang lengkap dengan sekolahnya tapi selepas balik dari sekolah memang dia selalu keluar," balas Pak Mat. Tugasnya hanya menghantar dan mengambil anak itu bukannya mengawasi anak itu setiap hari.

Anak gadis sendiri buat hal aku tidak tahu? Agaknya ke mana anaknya itu pergi? Aku sendiri baru balik ke rumah ini kalau tidak kerana hal anaknya itu jangan haraplah dia pulang. Kerja di pejabat berlambak belum siap.

Pada ketika itu Azwa bergembira bersama-sama temannya. Ditemani oleh Mike ataupun Joe, setia menemani walau ke mana sekalipun. Muzik yang mengalun dengan perlahan itu menyebabkan Azwa tenggelam dalam pelukan Jack yang menjadi pasangannya pada malam itu. Dia tidak sedar apa yang bakal terjadi setibanya dia sampai di rumah.

Datin Melissa membaca surat khabar yang terletak di atas meja hadapannya. Risau hatinya memikirkan anaknya yang belum sampai lagi. Risau hatinya memikirkan gejala yang kurang sihat yang berlaku di kalangan anak-anak muda. Simpang malaikat empat puluh empat, janganlah anaknya itu terlibat sama.

"Emak belum tidur lagi!" Terkejut dia kerana melihat emaknya itu masih belum tidur lagi.

"Azwa ke mana tadi?"

"Azwa jumpa kawan tadi." Nada suara emaknya itu lain daripada selalunya. Tentu emak marah tapi apa puncanya?

"Jumpa kawan hinggakan ponteng sekolah. Azwa janglah hendak berlakon depan emak ni. Berlagak jadi anak baik konon. Pagi-pagi ke sekolah lengkap dengan pakaiaan dan beg sekolah. Balik tepat pada masanya. Tadi emak jumpa pengetua sekolah Azwa dan katanya sudah sebulan Azwa tidak pergi ke sekolah. Cakap! ke mana kau pergi?" bergema suara emaknya di dalam rumah itu. Azwa hanya membatukan dirinya. Dia tahu dia bersalah. Tiada gunanya kalau dia membela diri.

"Azwa tidak mahu belajar lagi mak. Azwa bosan," jawabnya berani. Otaknya sudah tidak dapat menerima pelajaran lagi. Ilmu yang telah diperolehnya setakat ini dirasakannya sudah mencukupi.

"Kau ingat harta yang banyak kalau digunakan tidak akan pandai habis? Ilmu di dada tidak akan pandai habis dengan adanya ilmu ke mana-mana kita boleh pergi," nasihat emaknya.

"Habis tu mengapa emak berhempas pulas mencari harta kalau bukan untuk Azwa?" Datin Melissa terkejut mendengar anaknya melawan cakapnya. Selama ini anak itu tidak pernah melawan apatah lagi hendak meninggikan suara. Anak! Tahukah engkau menderhaka kepada emak besar besar?

"Emak! Azwa tidak perlukan itu semua. Azwa tidak perlukan rumah sebesar ini. Azwa tidak perlukan kad kredit berpuluh-puluh banyaknya. Azwa inginkan emak dan ayah sentiasa berada di sisi. Seminggu sekalipun ada di rumah tapi asyik-asyik bertengkar. Azwah sedih mak tahu. Terasa diri ini tidak diperlukan." Terduduk Datin Melissa mendengar kata-kata anaknya itu. Benarkah aku yang bersalah? Benar kata anak itu. Selama ini aku hanya mementingkan perniagaan tanpa memperdulikan anak yang tinggal keseorangan di rumah. Setiap bulan aku hanya tahu memberikan wang kepadanya dan selepas itu dia berlepas tangan. Aku tidak pernah menjalankan tuga sebagai seorang isteri dan ibu.

Lusa aku akan ke Jakarta selama seminggu dan selepas urusan di sana selesai aku akan meluangkan masa untuk menemani anak itu. Urusan perniagaan akan aku serahkan kepada pembantuku agar aku tidaklah sesibuk seperti selalu. Aku ingin memperbaiki kesalahan yang telah aku lakukan. Itulah tekad dan azam Datin Melissa.

*****
Pagi itu Azwa pergi ke sekolah dihantar oleh emaknya. Teman-teman sekeluarganya sibuk bertanya itu dan ini kepadanya. Dia hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh cikgu kelasnya. Rasa tidak tenteram ketika berada di sekolah. Alahai! Bosannya aku, jerit hati Azwa. Sepanjang pelajaran yang diajar dia tidak menumpukan pelajaran dengan sepenuhnya. Apabila disoal mengejut dia tidak tahu apa yang perlu dijawab. Perubahannya itu dirasakan oleh teman-temannya. Selalunya dialah orang yang tahu setiap jawapan yang disoal oleh cikgu.

Pulang dari sekolah pun diambil oleh emaknya. Melepas peluang hendak bersuka ria dengan rakan-rakannya. Rindu rasanya sehari tidak bertemu dengan Mike. Senyuman yang semanis gula itu terbayang-bayang di ruang matanya.

"Seronok belajar tadi?" soal emaknya sebaik saja dia menghempaskan diri di sofa. Menyindir tu.

"Mulai minggu depan emak akan menghantar dan menjemput Azwa dari sekolah setiap hari. Urusan perniagaan emak akan emak serahkan kepada pembantu emak. Dapatlah emak menemani Azwa selalu. Azwa suka?" dia mengusap rambut anaknya itu dengan perasaan kasih-sayang. Hanya itu seorang sajalah anaknya.

"Suka!" Tapi di hatinya terkejut bukan main lagi. Tidaklah aku dapat berjumpa dengan mereka semua. Jangan haraplah emaknya akan membenarkan dia keluar malam.

"Azwa telefon!"teriak emaknya. Entah apa yang dilamunkan anak itu sampai tekak pun hendak putus uratnya kerana terpekik-pekik dia memanggil nama anak itu.

"Kenapa tidak datang?" kedengaran suara Rita di hujung sana. Azwa memerhatikan emaknya, takut-takut kalau emaknya itu sedang memasang telinga mendengar perbualannya itu.

"Emak aku suruh pergi sekolah. Dia tahu aku ponteng sekolah," Azwa bercakap dengan perlahan takut diketahui oleh emaknya.

"Mike rindukan kau. Macamana ni?"

"Esok emak aku hendak ke Jakarta. Kita jumpa esoklah." Azwa mengatur rancangan. Minggu inilah dia berseronok habis-habisan kerana tentunya dia dikurung daripada berjalan minggu depan.

"Macamana kalau kita buat parti di rumah kau malam esok. Denda sebab kau tidak datang tadi."

"Okeylah, tepat pukul sepuluh malam esok kamu datang. Sampaikan salam aku pada Mike. Jumpalah nanti," Azwa tersenyum puas mengingatkan rancangan yang dibuatnya.

Datin Melissa memerhatikan tingkahlaku anaknya itu. Macam ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya itu. Apa tidaknya sejak dari sekolah tadi tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut anaknya itu tapi setelah mendapat panggilan tadi bukan main lagi lebar senyumannya. Tentu kawan-kawan anaknya yang tidak senonoh itu menelefon. Masakan muka yang muram boleh cerah dalam masa sesaat.

*****
Hari itu dia tidak pergi ke sekolah. Katanya kepada emaknya dia tidak sihat dengan wajah yang ceria dia menghantar emaknya ke muka pintu. Emaknya akan meninggalkan rumah selama seminggu. Bermacam-macam aktiviti boleh dibuat.Becok mulutnya mengarahkan itu dan ini kepada orang gajinya. Azwa mengarahkan orang gajinya agar memasak makanan yang sedap-sedap, membersihkan rumah dan menyiapkan segala apa yang telah diarahkannya. Riang ria dia hari itu. Berjam-jam dia memilih pakaiaan yang sesuai untuk digayakan malam nanti.

Rumah yang selama ini sunyiu-sepi rumah besar itu tapi tidak malam itu. Suasana malam itu berlainan sekali dengan malam-malam yang sebelumnya. Muzik bergema memecah kesunyian malam, lampu-lampu neon bergemerlapan, senda gurau dan hilian ketawa pada malam itu boleh merimaskan kepada mereka yang tidak biasa dengan keadaan seperti itu.

Di sana-sini muda-mudi dengan pasangan masing-masing. Ada yang merokok, menari, minum dan ada juga yang lemas dalam dakapan teman masing-masing. Mereka tidak tahu, kelakuan mereka itu bercanggah dengan nilai dan tatasusila orang Islam. Malah Azwa sendiri tenggelam dalam nikmat mencari keseronokan yang dicarinya.

Kemeriahan dan keseronokan yang dirasakan hanya semalam itu dirasakan tidak berbaloi. Setiap malam Azwa mengadakan 'parti' bersama-sama temannya. Sebelum emaknya balik apa salahnya jika dia berpesta seperti hendak mengadakan majlis perkahwinan. Azwa telah terpesong jauh daripada landasan yang sebenar. Malah dia telah hanyut dalam pelukan lelaki daripada satu lelaki ke satu lelaki yang lain.

"Masya-Allah," terkejut dia melihat seorang pemuda yang sedang tidur di sebelah anaknya itu. Bagaikan disambar petir Azwa ketika itu. Katanya seminggu tapi ini baru tiga hari. Matilah aku! Apakah tindakan emak setelah melihat perangai anaknya yang 'kotor' itu.

"Engkau keluar dari rumah ini," halaunya kepada pemuda itu. Mahu saja ditembak anak gadisnya itu. Malu! Malu! aku kalau diketahui oleh orang anak aku perangainya seperti ini. Patutlah hatinya tergerak hendak pulang dengan cepat kalau tidak sampai mati pun dia tidak tahu perangai anaknya itu.


"Maafkan Azwa, mak," pintanya dengan penuh kekesalan.

"Minta maaflah pada Allah. Kau sudah jauh tersesat nak. Bertaubatlah!"

Hati Datin Melissa rapuh dengan perlakuan anaknya itu selama ini. Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Kini harga diri anaknya itu sudah hilang. Apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur.

Semenjak kejadian itu Azwa telah berubah, kini dia tidak lagi keluar sebebas dahulu lagi. Dia tidak lagi bercampur-campur dengan teman-temannya itu. Malah dia sendiri berasa kesal dengan apa yang terjadi. Dirinya tidak bernilai lagi. Dia sudah insaf dan bertaubat bagi meneruskan hidup dalam keredaan Allah SWT.

Tapi dia takut apabila mengingatkan bengkak-bengkak di badannya. Dia berasa kecut dan sejak akhir-akhir ini dia sering dihantui oleh mimpi yang mengerikan. Akhirnya terjawab juga apabila dia disahkan oleh doktor adalah pembawa 'HIV'dirasakannya dunia ini tiada lagi ruang bagi orang sepertinya. Tentunya tiada orang yang berani mendekatinya. Dia pasrah mendengar kenyataan itu. Disaat itu hanya emaknya seorang sajalah yang memberikan sokongan dan harapan bagi meneruskan perjuangan hidup di dunia ini.

"Sebarkanlah dirimu bersama-sama yakni berteman dengan orang yang menyembah Tuhannya pada waktu pagi dan petang. Sedang mereka menghendaki keredaan-Nya dan janganlah engkau palingkan kedua matamu, yakni pandanganmu dari mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia. Jangan-janganlah kamu mengikut orang yang telah kami lupakan hatinya dari pada berzikir kepada Kami. Dan dia mengikut hawa nafsunya dan perkara itu adalah melampaui batas" (surah Al-Kafhi)

Azwa menangis sendirian setelah membaca tafsiran ayat suci Al-Quran. Itulah akibatnya berkawan dengan mereka yang berkelakuan bodoh, buruk, jahat, bebas, kufur dan tidak berilmu. Kekesalan yang tidak terhingga. Itulah akibat lemas dalam keseronokan dunia hinggakan bala menimpa diri. Mengikut hawa nafsu. Bilakah masanya akan tiba? Sebulan, setahun ataupun dua tahun lagi aku menghirup udara di dunia ini. Ketentuan masa itu tidaklah dapat ditetapkan tapi yang pasti akan tetap akan pergi jua.


TAMAT


*Sila beri komen dan pandangan anda.
Setiap komen dan pandangan amat dihargai bagi menghasilkan yang lebih baik.

Monday, November 9, 2009

Cerpen 1~Kasih Siti Maryam

Siti Maryam mempercepatkan langkahnya. Dia takut sekiranya ayah dan emaknya perasan ketiadaanya di rumah. Dia harus membuat menyelesaikan masalah yang bersarang di kepalanya beberapa hari ini.

“Apasal jalan macam kena kejar ni? Cuba tarik nafas dulu baru jawab soalan saya tu,”ucap Syukri apabila melihat Siti Maryam hendak bercakap. Dia terkejut apabila petang tadi gadis itu menghantar sms dengan mengatakan ada hal penting yang perlu dibincangkan.

“Saya takut ayah dan emak perasan saya tidak ada di rumah.” Balasnya sambil matanya melilau ke kanan dan kiri. Takut sekiranya ada orang lain berada di sekitar kawasan tempat mereka berdua bertemu.

“Duduklah. Apa yang mustahak sangat ni? Selalunya kalau ajak ‘dating’ waktu siang, hari ini waktu malam pula, sudah tu ‘dating’ dekat ‘bus stop’ hujung kampung,” Syukri mengusik gadis yang benar-benar mencuri hatinya. Sejak tingkatan satu lagi mereka sudah berkawan, daripada menjadi kawan baik akhirnya menjadi pasangan berkasih. Walau bagaimanapun hubungan mereka dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain lantaran mereka masih lagi belajar.

“Mustahaklah ni. Waktu macam ni bas sudah tidak masuk ke kampung ni. Lagipun esok hari isnin, orang semua dah lepak di rumah berehat,”jawab Siti Maryam geram. Melihat wajah gadis kesayangannya itu masam Syukri memberhentikan hajatnya hendak mengusik lagi.

“Usik sikit pun marah.”

“Bukan marah cuma geram. Sudahlah kepala otak saya ini sudah berfikir. Ingat dapat jumpa ni dapatlah tolong ringankan. Menambah kusut fikiran adalah” marah Siti Maryam. Agaknya masalah yang dihadapinya membuatkan dia mudah marah.

“Yam tarik nafas nafas dulu. Bila sudah lega barulah Yam ceritakan apa masalah negara yang Yam hadapi itu?” pujuk Syukri. Siti Maryam tersenyum mendengarkan ayat daripada lelaki itu. Sifat lelaki itu yang ‘cool’ itulah membuatkan dia senang berkawan dengan Syukri. Hampir tujuh tahun sudah hubungan mereka tidak pernah Syukri meninggikan suara kepadanya. Dia yang selalu naik angin tanpa sebab dan lelaki itulah yang jadi mangsa kemarahannya.

“Ayah suruh Yam kawin dengan sepupu Yam yang baru balik belajar luar negara,”ucapnya dengan nada yang sedih. Syukri tersengih mendengarkannya. Bertambah geram dia melihat reaksi teman lelakinya itu.

“Yam serius, dia pula sengih-sengih.”

“Habis tu Yam hendak Syu buat apa?”

“YA-Allah lembatnya Syu ni. Yam tidak akan ajak jumpa malam ni kalau Yam sendiri boleh selesaikan masalah ini,” Siti Maryam mendengus. Boleh dia tanya hendak buat apa? Dia sebenarnya sayangkan aku atau tidak? Tengok tu orang kutuk dia lembab dia boleh buat bodoh saja. Nasib-nasib dapat ‘boyfriend’ lembab.

“Yam bagitaulah ayah dan emak hendak ambil STPM semula. Pandai-pandailah Yam bagi alasan pada orangtua Yam tu. Umur Yam masih muda kalau hendak kawin sekarang ni. Itulah Yam suka sangat berangan kalau keputusan STPM bagus mesti tidak kena paksa kahwin,” usik Syukri.

“Sakit hati tau bercakap dengan Syu ni. Heee geramnya. Ayah tidak beri Yam pilihan dan keputusannya adalah muktamad kecuali Syu datang meminang. Mungkin ayah akan pertimbangkannya.” Dia sendiri tidak yakin dengan cadangan yang dikemukakannya. Syukri belum pun kerja malah sedang menunggu kemasukkan ke universiti. Siti Maryam tahu cita-cita besar Syukri yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

“Yam, Syu ni belajar pun belum habis belajar. Setakat STPM ayah dan emak Yam tu tidak akan pandang. Tunggu lepas Syu dapat kerja barulah masuk meminang Yam. Lainlah kalau Yam sudah tidak sanggup tunggu Syu habis belajar.” Syukri sendiri bingung dengan masalah yang dihadapi oleh mereka berdua. Fikirannya buntu. Dia tidak tahu macamana hendak menyelesaikannya.

“Habis tu macamana?”

“Yam kahwin sajalah kan senang,” ucap Syukri tanpa diduga. Hati Siti Maryam remuk mendengar jawapan lelaki yang disayanginya itu. Sampai hatimu Syu.
“Syu memang tidak sayangkan Yam. Baiklah Yam akan terima pinangan sepupu Yam tu. Jangan menyesal Syu...,” ucap Siti Maryam menahan tangisnya. Dia berlari meninggalkan Syukri terpinga-pinga. Berlari dengan airmata yang bercucuran.

******
“Eh, apa ni?” Syukri mengosok kepalanya lalu memandang gadis yang berada di sebelahnya.

“Ingat bahu aku ni bantal. Sedap-sedap dia saja tidur atas bahu orang.” Marah gadis itu. Oh, patutlah perempuan itu marah rupanya dia tertidur di bahunya tapi jangan sampailah menolak kasar kepala otaknya.

“Maafkanlah saya cik. Saya tidak sengaja,”ucap Syukri mengharap. Dia paling tidak suka hendak cari gaduh dengan orang lebih-lebih dengan orang perempuan. Berkawan biar beribu berkasih biar setia pada yang satu.

Syukri memandang jam di tangannya menunjukkan pukul sepuluh malam, dalam dua jam lagi dia akan sampai ke kampung halamannya. Enam tahun dia belajar di luar negara dan kembalinya ke kampung dengan membawa ijazah yang membawa gelaran sebagai doktor. Dr. Syukri Bin Ahmad. Dia sengaja hendak memberi kejutan kepada orangtuanya. Apa khabar Siti Maryam? Nama itu mengusik jiwanya.

“Agaknya kau ni tidak betul. Sekejap aku tengok muka serius sekejap tersengih-sengih. Hish, seramlah,” serentak dengan kata-kata gadis itu Syukri ketawa besar.

“Hey, tolonglah bukannya kau seorang di dalam bas ini.” Gadis itu memasamkan mukanya. Betul-betul lelaki itu menganggu ketenteraman awam yang ada di dalam bas itu. Kedengaran suara yang menyuruh diam.

“Kau ni mesti teringatkan kekasih lama,”serkap gadis itu lagi.

“Macam ahli nujumlah kau ni. Tahu pula saya teringatkan kekasih lama. Nama saya Syukri dan cik pula?” tanya Syukri ramah. Gadis itu pun menggunakan ‘kau’ dan ‘aku’. Aku pun belasahlah turut serta. Tiga jam di dalam bas membuatkan dia mula berasa bosan. Nasib baiklah gadis di sebelahnya itu ramah berbual dengannya.

“Nur Qathryna.”balasnya lalu tersenyum manis.

“Sedih aku mendengar cerita kau ni. Membawa hati bertahun-tahun belajar keluar negara sebab kekasih kawin dengan orang lain. Kau pun silap juga sebab cakap macam tu dengan dia. Aku pun akan buat perkara yang sama bila teman lelaki suruh aku terima pinangan sepupu sendiri. Betullah kau ni lembab....” ucap Nur Qathryna dengan gelak kecilnya apabila sebaik saja mendengar cerita Syukri itu.

“Sesuka hati kau mengata aku ni lembab.” Syukri teringatkan Siti Maryam selalu mengutuk dia lembab sekiranya dia tidak memberikan pandangan atau cadangan kepada gadis itu. Lembab-lembab pun keputusan STPM cemerlang dan sekarang ini bergelar doktor. Bangga beb! Nur Qathryna tersenyum mendengar bebelan lelaki di sebelahnya itu. Senyuman itulah yang membuatkan Syukri semakin teringatkan Siti Maryam. Agaknya sekarang ni kau bahagia dengan suami dan anak-anak kau Yam?
*****
Syukri menyumpah seranah pemandu bas di dalam hati. Tengah malam macam ni pemandu bas tidak mahu masuk ke dalam kampung. Bas itu cuma menurunkan penumpang di hujung jalan kampung. Terpaksalah dia berjalan kaki ke rumah.

“Syu…” satu suara menyapanya sebaik saja dia hendak melangkah meninggalkan ‘bus stop’. Suara itu amat dikenalinya. Syukri menoleh ke belakang. Dia terkejut melihat wanita di hadapannya itu. Berbaju kurung dan selendang putihnya. Wajahnya terlindung oleh selendang yang dipakainya.

“Ini Siti Maryam, Syu. Syu sudah lupakan Yam agaknya.”

“Apa Yam buat di sini, tengah malam macam ni?” tanya Syukri. Seharusnya wanita itu berada di rumah bersama dengan suami dan anak-anaknya.

“Yam, tunggu Syu. Yam tahu Syu balik hari ni. Hari-hari Yam tunggu Syu di sini ,” ucapnya lembut.

“Yam isteri orang. Yam harus ingat tu…” balas Syukri mengingatkan status Siti Maryam. Sekiranya orang lain nampak takut menimbulkan fitnah. Silap haribulan ada penumbuk sampai ke mukanya.

“Dia tidak sayangkan Yam,” kedengaran suara Siti Maryam sedih. Meremang bulu romanya bila tercium bau wangi. Macam bau bunga…hish bertambah seram dibuatnya. Syukri memandang wajah Siti Maryam yang terselindung disebalik selendang putih itu. Kenapa Siti Maryam asyik menundukkan kepalanya?

“Baliklah Yam…hari sudah lewat ni,”ucap Syukri.

“”Syu sayangkan Yam? Hari tu bila Yam tanya Syu tidak jawap soalan Yam,”Siti Maryam meminta kepastian. Selepas mendengar pengakuan dia berjanji tidak akan muncul dalam hidup Syukri lagi.

“Hari tu?” Syukri agak kebingungan dengan pertanyaan itu.

“Hari yang Syu suruh Yam kawin dengan sepupu Yam tu.”

“Oh, hari tu. Yam, memang Syu sayangkan Yam. Yamlah cinta pertama Syu, agak payah untuk Syu lupakan Yam tapi sekarang ni Yam sudah jadi isteri orang. Yam patut melupakan Syu….”

“Terima kasih Syu,” Siti Maryam mengangkat wajahnya sambil tersenyum memandang Syukri. Syukri terpana melihat keayuan Siti Maryam itu. Kelihatan cantik seperti kali terakhir mereka ‘dating’ di ‘bus stop’ ini.

Siti Maryam melangkah pergi tanpa sebarang kata.

“Tunggu Yam…” panggil Syukri tapi malang tidak berbau kakinya tersandung batu. “Aduh…!”

*****
“Alhamdulillah, sudah bangun pun anak ibu ni…” ucap ibunya. Syukri berasa hairan semalam dia belum pun sampai ke rumah. Ibunya sedang mengusap-usap kepalanya yang masih rasa berdenyut-denyut.

“Ibu…” Syukri memandang wajah ibunya inginkan penjelasan.

“Semalam orang kampung jumpa Syukri dekat pondok bas hujung jalan kampung. Syu pun satu balik tidak beritahu ibu dan ayah. Sekarang tengok ni, apa sudah jadi?” Dia tersengih mendengar bebelan ibunya. Suara itulah yang amat dirinduinya selama ini.

“Syu hendak beri ‘surprise’ ibu dan ayah,” Syukri terkekeh ketawa. ‘Surprise’ yang dirancangkan tidak menjadi.

“Ibu, semalam Syu jumpa Siti Maryam. Syu jatuh pun sebab kejar dia,” kata Syukri sebaik ketawanya reda. Ibunya terkejut mendengarkannya. Agaknya otak anaknya tergegar sebab terjatuh. Mustahil!

“Ibu, apa khabar Siti Maryam? Berapa ramai anaknya?”

“Yam sudah tiada nak. Hidupnya menderita sehingga ke akhir hayatnya. Dia meninggal sebab didera oleh suaminya.” Ibunya memberitahu. Jantung Syukri berdegup laju apabila mendengar berita yang disampaikan oleh ibunya itu.

Hatinya dipagut pilu apabila mengetahui perbuatan yang tidak berperikemanusiaan suami Siti Maryam. Itu. Habis tu siapa yang dijumpainya semalam? Syukri berteka-teki sendiri. Agaknya roh Siti Maryam selama ini menantinya. Menantinya untuk memberi jawapannya yang pernah ditanya oleh Siti Maryam saat kali terakhir pertemuan mereka di tempat yang sama semalam.

“Yam, maafkan Syu…” Bisiknya perlahan. Al-Fatihah, semoga kau tenang di sana Siti Maryam.

TAMAT


*Sila beri komen dan pandangan anda.
Setiap komen dan pandangan amat dihargai bagi menghasilkan yang lebih baik.
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol