Monday, October 26, 2009

NOVEL YANG TELAH DITERBITKAN




|Novel Pertama|

Title :
Sepenuh Hati Sepenuh Jiwa
Author :
Nazrina Hussin
Book Code :
BNZW-T2136


Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya bahagia. Sebelum menutup mata, mereka ingin melihat anaknya ada payung tempat berteduh dari hujan dan panas nasib. Jodoh Nur Ariesa Arieyani dengan Hisyam ditetapkan oleh keluarga biarpun ketika itu mereka masih menuntut di IPT. Perkahwinan mereka pada mulanya bahagia goyah bila hadir in
san ketiga menggoda Hisyam. Nur Ariesa Arieyani merajuk panjang lalu membawa diri ke luar negara. Kembalikah dia ke pangkuan Hisyam semula? Setiakah Hisyam menanti isterinya? 




|Novel KeDua|

Title :
Mencintaimu
Author :
Nazrina Hussin
Book Code :
BNZW-T2174



Hubungan Rima dan Zakuan dingin disebabkan satu kemalangan sewaktu kecil. Kebencian terhadap Zakuan semakin bertambah setelah Zakuan bertindak melamarnya. Segala keresahan di hati dicurahkan kepada Mie. Ternyata Mie juga menyimpan perasaan terhadap Rima. Namun hasrat mereka terhalang disebabkan satu perhubungan. Antara ragu dan kasihan Rima terpaksa menerima Zakuan sebagai tunangnya setelah Zakuan ditimpa kemalangan. Hubungan yang disangka berakhir di jinjang pelamin ternyata tidak kesampaian setelah Zakuan berallih kasih. Zahim yang mengetahui derita yang ditanggung Rima berusaha mengubati luka di hati Rima. Namun belum pun sempat diijabkabulkan, Zahim pula ditimpa kemalangan. Mampukah Rima menerima kenyataan ini atau kembali ke pangkuan Zakuan yang masih menyintainya?





Tajuk:-
Janjimu Kepadaku
Penulis: NAZRINA HUSSIN
KOD BUKU: BNZW-T2247
HARGA: RM14.90 Semenanjung Malaysia | RM15.90 Sabah/Sarawak

Akhirnya, jiwa Nurul Hanna yang selama ini dingin terhadap alam percintaan dapat dileburkan oleh Haikal, rakan sekolejnya. Namun, percintaan itu ditentang oleh keluarga Haikal lantaran perbezaan taraf dan gaya hidup. Hanna mengambil keputusan untuk mengundur diri apabila menyedari yang dia tidak seharusnya memasang angan-angan tinggi untuk mendampingi Haikal. Hatinya diubati apabila pada masa yang sama dia men-dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saat pemergiannya, Hanna dikejutkan oleh pengakuan Ilyasa, teman baik Haikal yang selama ini menaruh hati kepadanya dalam diam. Malah, Ilyasa tegar menanti kepulangannya. Ternyata Ilyasa begitu setia dengan janjinya. Kala Hanna cuba menerima kehadiran Ilyasa, Haikal kembali menagih kasih Hanna semula. Ternyata, ketulusan dan keikhlasan Ilyasa, menyebabkan Hanna menerima Ilyasa sebagai suaminya. Namun, bahagia yang dikecapinya hanya seketika. Kehidupan Hanna berubah apabila suaminya berubah sikap. Ilyasa begitu cemburu dan terlalu mengongkong hidup Hanna. Sikap baran Ilyasa yang tidak boleh dibendung itu menyebabkan Hanna menjadi mangsa deraan fizikal dan mental suaminya. Lantas, mampukah Hanna mempertahankan maruahnya sebagai seorang isteri yang setia?

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol