Thursday, March 19, 2015

Cinta: Demam 38°C


Salam

Post pertama di Ilham, Karangkraf.

“Dia tidak sengaja dan Rania sudah pun minta maaf.” Kacau hati Yusuf sekiranya misi memujuk malam ini tidak menjadi. Dia tidak boleh lambat bertindak.

'Ke mana dia pergi?' Soal Sophia di dalam hati apabila melihat Yusuf menghampiri meja di sudut rumah. Yusuf tunduk seperti hendak mengambil sesuatu. Melihat sesuatu di tangan lelaki itu, Sophia tersenyum mekar.

“Nah... lima puluh enam kuntum mawar merah.” Yusuf menyerahkan kepada Sophia.


Hendak tahu kisah selanjutnya, klik link ini Cinta: Demam 38°C

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2014




FB: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA

KELAS SWISS ROLL CAKE


Salam Semua,

Hari Ahad lepas NH masuk kelas swiss roll cake. Memang tahu cara membuat swiss roll sebelum ini tapi kali ini kelas swiss roll belajar buat berwarna-warni dan corak-corak ikut daya kreativiti sendiri.Ada perisa mangga, blueberry, kacang dan cokelat. Terkilan sikit! Menurut sifu, orang selalu menghantar durian pada hari itu ada masalah dan angan-angan hendak merasa swiss roll hanya tinggal kenangan.

Selain daripada belajar dapat menambah rakan-rakan baru.

Di bawah ini diperlihatkan hasil swiss roll NH dan rakan-rakan.


Enjoy!!!

Thursday, March 12, 2015

BERAPA BANYAK AIR YANG ANDA PERLU MINUM DALAM SATU HARI



Berapa banyak air yang anda perlu minum dalam satu hari mengikut berat badan?




FB KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

RINDUKU BERBISIK -[BAB 2]-



-BAB 2-

“Azad, ini sekolah menengah Maira. Lepas SPM Maira sambung belajar di luar negara hinggalah hari ini barulah Maira balik ke sini.” Ucapnya dengan nada sedih.

Zaman persekolahan Ainun Khumaira tidaklah seperti remaja yang lain. Dia lebih member tumpuan kepada pelajarannya. Dia tidak hiraukan benda yang remeh-temeh ini. Pagi dia ke sekolah, petang pula dia ada kelas tuisyen di sekolah.Hari Sabtu dia sibuk dengan kegiatan ko-kurikulum dan hari Ahad dia akan ke perpustakaan. Akhirnya usaha Ainun Khumaira tidak sia-sia,dia dapat belajar ke luar negeri dan pulang setelah bergelar sarjana.

Ainun Khumaira memerhatikan Azad Kamil yang asyik memerhatikan bangunan sekolah lamanya. Ucap Ainun Khumaira kepada Azad Kamil, “Azad, terkenangkan kekasih lamakah? Pandangan Azad tu boleh tembus bangunan sekolah ni.”

Azad Kamil memandang tajam Ainun Khumaira. Perlilah tu! Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain apabila gadis itu turut memberikan pandangan yang sama kepadanya. Datuk Azri ada memberitahu, Ainun Khumaira hasil perkahwinannya dengan wanita Irish. Memang cantik anak orang darah campuran ini. Azad Kamil terpesona melihat pipi Ainun Khumaira yang merah semulajadi itu. Jimat duit membeli blusher.

“Azad, soalan Maira tidak dijawab?” suara Ainun Khumaira meninggi. Layan perasaankah dia? Sah kekasih lama Azad bersekolah di sini juga.

“Saya orang kampung Maira. Sekolah kampung manalah gadis-gadis sekolah bandak hendak pandang saya ni,” jawabnya merendah diri. Azad Kamil tidak ada masa hendak bercinta-cinta semasa di bangku sekolah. Pelajaran yang diutamakan.

“Maira ni tidak ada kampung. Lahir Audra sampailah ke besar ni belum pernah pun tinggal di kampung. Ingin sangat hendak melihat kampung orang.” Ainun Khumaira melahirkan hasrat di hati.

Ainun Khumaira memandang sekolahnya dari kejauhan.

“Sejauh mana pun kau pergi Maira, kau jangan lupakan tempat lahirrmu. Aku tahu kau ni degil. Apa daya aku hendak melarang kemahuan kau Maira. Kau tetap tidak berganjak dengan keputusanmu itu. Bila rasa rindu mengamit di hatimu, pulanglah Maira. Aku sentiasa ada untukmu,” pesan Nasyarah teman baiknya. Maira mengesat linangan air jernih di pipi. Nasyrah seorang saja rakan yang rapat. Sememangnya dia terkenal dengan sikap sombongnya di sekolah walaupun dia sebenarnya seorang yang tidak memilih kawan.

Biarlah dia dituduh sombong dan tidak mahu berkawan dengan orang lain. Asalkan dia tidak menganggu kehidupan rakan-rakan lain. Apa yang penting dia cemerlang dalam pelajaran.

Ainun Khumaira mengeluh perlahan. Zalim sungguh dirinya kerana tidak member khabar berita kepada Nasyrah selama dia berada di luar negeri. Dia tahu, dia bersalah kepada temannya itu.

“Maafkan aku Nas kerana membisu tanpa khabar berita. Esok lusa pasti kita akan berjumpa.” Bagaikan terbayang Nasyrah berada di hadapan. Nasyrah tempat mengadu segala masalah yang dihadapi. Keakraban itulah menjadikan dia dan Nasyrah bagaikan kembar tidak seiras. Sentiasa berdua ke sana ke mari. Adakalanya Maira akan menghilangkan diri ke rumah Nasyrah, setiap kali dia terusik dengan tingkahlaku ayahnya.

Nasyrah memerhatikan Ainun Khumaira menongkat dagu. Dua tiga hari wajah yang cantik itu kelihatan masam semasam sambal mangga yang lupa dibubuh gula. Nasyrah memujuk sekali lagi,”Marilah makan. Kasihan nasi lemak sambal udang ni. Marilah.”

Ainun Khumaira mengeleng. Selalunya pantang terhidu bau nasi lemak sambal udang pasti gadis itu akan menyambar bekalan yang dibawanya.

Dia langsung tidak berminat dengan tawaran Nasyrah itu. Seleranya langsung tertutup. Beberapa hari ini dia malas hendak bercakap. Semuanya gara-gara perempuan itu. Hatinya semakin membengkak dan semakin mendendami ibu tirinya.
Nasyrah merenung teman di hadapan. Selalunya dia tidak macam ni. “Kau ada masalah?”

“Isteri ayah aku tu, meluat tengok dia tu. Macamlah cantik sangat. Depan ayah aku punyalah dia berlagak baik. Bila dengan aku, jangan cakaplah. Semalam dia ugut aku, dia hendak ayah kurangkan duit belanja.” Ainun Khumaira mendengus. Jika tombak ada di tangan ketika itu, mahu saja direjam ibu tirinya.

Nasyrah melopong. Kes berat ni kalau wang saku Ainun Khumaira pun perempuan itu hendak masuk campur. Memang dia tidak sukakan wanita itu, setiap kali dia bertembung dengan ibu tiri Audra pasti dia akan dihadiahkan dengan jelingan beracun dan senyuman sinis.

Ainun Khumaira menghela nafas.

“Nasib baiklah kadangkala ayah aku tidak pedulikan cakap perempuan itu. Kalau ayah aku pun sebelahkan bini dia tu, nampak gayalah aku kena pindah. Aku pindah ke rumah kau boleh Nas? Bila dapat keputusan SPM nanti aku pindah pula ke rumah Grandma aku.” Memang dia sudah tekad , sebaik saja mendapat keputusan SPM dia akan berpindah ke negara asal mamanya. Sebulan lagi SPM akan menjelang, dia mahu member tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang. Bolehlah dia keluar dari rumah itu.

“Rumah aku sentiasa terbuka untuk kau, Maira. Sekalipun kau hendak tinggal selamanya, tiada masalah bagi keluarga aku. Tapi, kau mesti mendapat izin daripada ayah kau. Aku tidak mahu kau cabut lari dari rumah macam tu.” Nasyrah melihat ada senyuman terukir. Ainun Khumaira memeluk temannya itu.

Nas.... aku amat merinduimu, detik hatinya.

“Mari kita balik,” ucap Ainun Khumaira tanpa isyarat. Sudah setengah jam dia memerhatikan sekolah lama. Rindu akan kenangan silam dan kenakalan ketika bersama Nasyrah. Mengingati semula ketika dimarahi oleh cikgu kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

**********

Azad Kamil memerhatikan tingkahlaku Ainun Khumaira dengan penuh tanda tanya. Baru sekejap tadi dia melihat keceriaan gadis itu dengan senyuman dan senyuman yang sentiasa terukir di bibir. Alih-alih Ainun Khumaira memberikan alasan hendak berehat di bilik. Azad Kamil melangkah mengikut arah tuju Audra di belakang.

“Mama....” Perlahan Ainun Khumaira menyebut. Hatinya dipagut pilu apabila orang yang sangat dikasihi terlalu awal meninggalkannya. Andai pertengkaran itu tidak berlaku, sudah tentu ibunya tidak akan terjatuh dari tangga.

Azad Kamil semakin hairan melihat tingkahlaku Ainun Khumaira yang menyaka pipi. Sepatutnya orang akan gembira balik ke rumah. Ini tidak, sebaik saja melangkahkan kaki ke rumah ini tadi wajah berseri Ainun Khumaira bertukar menjadi muram.

“Ainun menangis?” tanyanya. Audra menoleh ke belakang tidak menyangka Azad Kamil berada di belakangnya.

“Mata masuk habuk. Jangan busy body. Letaklah beg tu di sana,” katanya garang. Sibuk betul la Azad Kamil ni. Baru berapa jam kenal, sibuk bertanya itu dan ini.

Azad Kamil terkejut mendengar bahasa indah Ainun Khumaira. Dia bukannya hendak sibuk tapi dia lemah semangat melihat kaum hawa menangis.

“Maafkan Maira. Maira tidak sengaja hendak marah Azad. Esok kalau Azad ada masa terluang Maira belanja makan.” Ainun Khumaira memujuk. Azad Kamil tergelak.

Hari-hari dimarahi oleh gadis itu pun tidak mengapa. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

“Saya maafkan. Ainun berehatlah dulu,” katanya meninggalkan Ainun Khumaira bersendirian. Sempat dia menjeling ke arah Audra yang sedang leka memandang segenap ruang bilik itu.

Ainun Khumaira menghempaskan diri di atas katil. Dia sendiri tidak bermimpi untuk balik ke rumah itu lagi. Selama ini ayahnya memujuk dan mengirimkan tiket, agar dia pulang pada cuti semester tapi dia enggan. Cuma sejak tamat belajar wajah mamanya sentiasa terbayang-bayang di ruang mata. Bagaikan ada sesuatu yang menarik jiwanya untuk pulang. Dia menutup rapat matanya. Kenangan lama menjelma.

**********

Ainun Khumaira menghulurkan slip peperiksaan kepada ayahnya. Seperti yang dijangkakan dia tahu anak gadisnya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang.

“Maira bercadang hendak melanjutkan pelajaran ke tempat Grandma. Auntie Dianne sudah mencari-cari tempat yang sesuai untuk Maira di sana. Semuanya sudah diuruskan oleh Auntie Dianne. Maira boleh bertolak ke sana selewat-lewatnya minggu depan,” jelas Ainun Khumaira berbohong. Grandma dan Grandpa membawanya bercuti sebelum dia belajar amat mengembirakan hatinya. Jauh daripada ayah dan ibu tirinya.

Azri mengeluh. Dia tahu, bukan dia orang yang pertama mendapat tahu tentang kejayaannya. Dia sedar bahawa Ainun Khumaira lebih rapat dengan keluarga arwah isterinya.

Ainun Khumaira melirik.

Fuh! Fuh! Fuh! Mudah-mudahan ayahnya membenarkan dia pergi. Dia sabar menantikan jawapan.

Gadis itu terkilan dengan ayahnya yang tidak menemani dia mengambil keputusan tadi. Ayah orang lain pun sibuk. Teman-temannya oleh orang tua mereka untuk berkongsi kejayaan, sedangkan dia hanya dihantar oleh pemandu. Telefon ke rumah pun tidak, macamlah ayahnya itu tidak tahu yang keputusan SPM keluar hari ni.

Ainun Khumaira mengeluh.

“Universiti tempatan banyak. Kenapa hendak pergi jauh? Apa Maira suka meninggalkan ayah?” Ungkap Azri.
Muka Ainun Khumaira mencuka. Sedih mendengar keputusan itu. Jangan salahkan dirinya. Keputusan yang dibuatnya muktamad. Dia tekad!

Suhaidah tidak mahu masuk campur perbualan dua beranak. Matanya pura-pura khusyuk membaca suratkhabar. Dia duduk bersebelahan dengan suaminya.

Apakah dia perlu berterus terang? Memang pun dia tidak suka tinggal di dalam rumah ini. Kejayaan ini adalah merupakan tiket untuk dia keluar dari rumah itu untuk beberapa tahun, mungkin untuk selamanya. Dia sudah tidak betah tinggal di rumah itu lagi.

Jiwa kacau.

Terngiang-ngiang suara gembira Auntie Dianne di telefon tadi apabila dia mengkhabarkan kejayaan cemerlangnya. Andai ayahnya tidak mahu membiayai pelajarannya, Auntie Dianne bersedia untuk membantu. Soal kewangan tidak timbul, apa yang penting adalah keizinan daripada ayahnya.

Otak Ainun Khumaira ligat berfikir untuk mencipta alasan.

“Maira hendak mencari pengalaman baru di negeri orang. Lagi pun sejak arwah mama pergi, Maira tidak pernah balik ke sana. Ke mana-mana pun ayah tidak pernah ajak Maira. Ayah ada adik-adik, Maira pergi pun tentu tidak akan meninggalkan sebarang kesan. Maira pun sesiapa pun di di rumah ni,” sindirnya pedas.

Wajah di hadapan ditatap. Sesekali menjeling ibu tirinya. Sudah tentu wanita itu gembira mendengar keputusannya. Bolehlah dia bermaharajalela di rumah.

Azri pijar mendengarkan ayat Ainun Khumaira.

Dia tahu hati anaknya itu keras. Begitulah kalau sudah kuah tumpah ke nasi. Perangai degil Ainun Khumaira menurun daripada arwah mamanya.

Azri merenung wajah Ainun Khumaira.

Teramat payah hendak membuat keputusan. Azri meraup wajahnya.

“Ainun Khumaira....”Azri berlembut.

Ainun Khumaira mengangkat wajahnya. Apabila mata mereka bertembung dia pun berkata, “Audra tetap akan pergi walaupun ayah tidak benarkan. Ini cita-cita Maira. Ayah tidak boleh menghalang. Maira rimas berada di dalam rumah ini,” ucapnya dengan tegas. Mata merenung ke arah ibu tiri yang berpura-pura tekun membaca suratkhabar.

Azri mengeleng.

Dia tidak pernah membuang Ainun Khumaira. Ainun Khumaira anak yang disayang. Azri berat hati hendak melepaskan anak daranya.

“Baiklah jika itu kemahuan Maira. Ayah tidak menghalang,” putusnya dengan berat hati.

“Yahoo!!!” Ainun Khumaira melonjak kegembiraan. Berlari keriangan naik ke atas. Dia tidak sabar hendak memberitahu kepada Grandma, Grandpa dan Auntie Dianne. Sedangkan hati Azri bagaikan disiat-siat melihat gelagat Ainun Khumaira.


Sunday, March 8, 2015

BENGKEL PENULISAN KREATIF

Kepada yang berminat untuk menyertai bengkel penulisan kreatif.



Maklumat lanjut silalah klik BENGKEL PENULISAN KREATIF - KHAIRY TAJUDIN

SIBUK MEMANJANG

Assalamualaikum WBT dan Selamat Pagi,

Agak lama membiarkan dinding kosong tanpa sebarang post. NH baru menyiapkan cerpenmuzikal yang akan dimuatkan di dalam Antalogi Cerpenmuzikal sebelum Pesta Buku 2015. Semoga semua urusan dipermudahkan-Nya.


Semoga hati sentiasa diterangi kata-kata indah dan fikiran diberikan idea yang sentiasa mengalir oleh-Nya untuk menghasilkan karya.

Selain itu, NH sedang menanti kemunculan Antalogi Projek 50-Grup Buku Tiga Lima dan Celik Huruf yang juga dijangka keluar sebelum Pesta Buku 2015.

Tahun ini berusaha untuk menghasilkan sebuah novel pula. Mohon doa kalian semua agar dapat menyiapkan manuskrip tersebut. Jalan terus tahun 2015 tanpa ada rasa ragu-ragu di hati ini.


Sekian.

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol