Tuesday, November 30, 2010

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI




Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je.. sunnah nabi jarang nak ikut

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. The Truth Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Additional info Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari 1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari) dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan. p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn
Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut: لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن) Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.

wallahu a'lam

Monday, November 15, 2010

SALAM AIDILADHA


Saat Berderai Jatuh,
Titisan Airmata suci IBRAHIM,
Melihatkan Keteguhan iman,
Anaknya ISMAIL,
Di kala itu bermulanya,
Sejarah Agung...Erti Sebuah Pengorbanan.
"SALAM AIDILHADHA"

Sunday, November 14, 2010

Ayat-ayat power lepas kawin.. cam betul je..

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.

6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.

6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh

6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?

6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...

6 bulan: Trafik jam aah

6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.

6 bulan: Of course I love U.

6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...

6 bulan : I'm BACK!!

6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni

6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.

6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:

6 minggu: Baby, ada org call u nih..

6 bulan: Eh... Your call...

6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:

6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!

6 bulan: Kita makan apa malam ini??

6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?

6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..

6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:

6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..

6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?

6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:

6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?

6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...

6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:

6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?

6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.

6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

Thursday, October 7, 2010

HANTARAN AL QURAN

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saturday, September 25, 2010

BCN 09 - Dang Mengalai

oh kanak-kanak



Lagu Rakyat Negara Brunei...mmg best lagu ni untuk kanak-kanak hehehehe masih tercari2 kalau ada cdnya ada berjual...dulu ada kasetnya tapi bila berpindah entah ke mana hilangnya...akhirnya kejumpahan jua lagu ni...'Selamat Mendengar'

Friday, September 17, 2010

ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga?

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.


12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.


13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.


14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.

15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.


30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Monday, September 13, 2010

JUADAH 1 SYAWAL 1431H


Daging Masak Kicap dan Acar Timun. Masa puasa teringin sangat hendak makan Acar Timun ni. Terima kasih kepada Miming(babu/makcik) macam tau-tau saja keinginan itu. Tq.



Gambar atas ni kuah kacang tapi digorengkan daging yang dipotong kecil utk menambahkan lagi feel merasai keenakan makanan. Huh daging lagi!



Paceri nanas dan kelupis. Kelupis ni pulut yang dimasak bersama santan. Rasa macam lemang ah lebih kurang la tapi kelupis ni dibungkus dlm daun. Daun apa hmmm lupa namanya hehehehe :)

Sunday, August 22, 2010

MAN, AYAH TAK PANDAI

Aku masih ingat dan masa tu aku masih kecil lagi. Pada petang itu, dari pantai aku berlari pulang ke rumah.

"Assalamualaikum," aku memberi salam.

Aku lihat ayah baru pulang dari laut bersama sedikit hasil tangkapannya. Ayah menjawab salam dan hanya tersenyum melihat aku. Aku berlari mendapatkan ayah untuk memohon sesuatu.

"Ayah, boleh tak tolong buatkan Man satu layang-layang? Man nak main dengan kawan-kawan".

Ayah memegang dan menggosok kepala aku dan ayah berkata, "Ayah tak pandai Man". Lalu ayah pun naik ke rumah meninggalkan aku di bawah. Aku mencebik mulut dengan kecewa. "Ayah tu semua tak pandai. Dulu minta ayah ajarkan Man membaca pun ayah cakap ayah tak pandai. Nasib Kak Aida ada ajarkan". Aku membebel seorang diri. Ayah seorang nelayan dan aku hanya jumpanya sekejap-sekejap sahaja sebab ayah selalu turun ke laut berhari-hari. Pada malam itu aku tak mahu makan sebab merajuk dengan ayah.

Keesokkan paginya apabila bangun dari tidur aku turun ke laman rumah. Aku lihat ada beberapa batang buluh. Abang Madi datang pada aku bersama parang, segulung kertas dan benang. Dia menghulurkan pada aku sambil berkata, "ayah kita bukan tak pandai Man", sambil tersenyum padaku. Pada petang itu aku gembira sebab dapat bermain layang-layang dengan kawan-kawanku sampai lupa kerja rumah yang cikgu suruh siapkan. Aku jadi lalai sebentar.

Hari ini hari sabtu dan esok hari ahad hari persekolahan bagi negeri Kelantan. Aku jadi kalut pagi tu. Itu semua disebabkan layang-layang yang buat aku lalai untuk menyiapkan kerja rumah. Cikgu Rokiah cikgu matematik aku tersangatlah garang. Kak Aida tiada di rumah kerana ada kelas tambahan di sekolah. Aku jadi buntu kerana aku tak dapat selesaikan beberapa soalan yang aku rasakan tersangatlah susah. Yang ada dirumah pada masa tu Cuma aku, ayah dan abang Madi yang sibuk membantuayah membaiki pukat dan jala. Ibu dah lama meninggal sewaktu melahirkan aku. Lalu aku berkata pada ayah,

"Ayahhhh...tolonglah Man ni. Man tak tahu nak selesai soalan-soalan ni. Tolonglah Man Ayahhh...."

"Ayah tak pandai Man", sambil tersenyum. Abang Madi Cuma gelengkan kepala pada aku. Aku jadi memberontak dan mula mengeluarkan kata-kata kebudak-budakkan aku.

"Ayah semua tak pandai. Minta ajar membaca tak pandai, mengira tak pandai, buat layang-layang untuk Man pun tak pandai. Man tak suka ada ayah macam ni", sambil menangis dan berlari ke belakang rumah. Abangku tiba-tiba menjerit pada ku, "Mannnn!!!". Ayah Cuma tersenyum dan memegang tangan abang Madi. "Madi, adik tu kecik lagi".

Petang tu aku tengok Ayah menaiki basikal dan aku tak tahu Ayah ke mana. Aku tanya abang Madi dan dia cuma jawab Ayah ke Bandar. Tapi aku rasa hari tu terlalu lewat untuk ayah ke Bandar. Malam tu ketika hari makin lewat dan ketika aku masuk tidur ayah masih lagi belum pulang. Hanya abang Madi dan Kak Aida yang setia menunggu Ayah pulang.

Ayam mula berkokok dan azan Subuh sayup-sayup kedengaran. Aku bangun untuk ke sekolah. Kak Aida dan abang Madi sudah siap dengan pakaian seragam sekolah.

"Kak Aida mana ayah?", tanya ku pada Kak Aida yang sibuk siapkan sarapan.

"Ayah dah ke laut Man. Ni ayah berikan barang untuk Man".

Aku memeriksa plastik beg tu dan aku terkejut melihat barang dalam tu. "Yeayyy...Ayah belikan Man buku rujukan Matematik dengan kalkulator baru". Kak Aida senyum dan berkata padaku, "Ayah kita bukan tak pandai Man". Tiba-tiba rasa bersalah menyelubungi aku.

"Abang Madi, Ayah marah Man ke?"

"Ayah belikan Man kalkulator baru mestilah Ayah sayangkan Man. Abang pun tak pernah ada kalkulator tau". Abang Madi senyum padaku.

Sebelah tengahari kami bertiga pulang dari sekolah. Selepas itu, Abang Madi ke rumah Pak Lang Hussien sebab abang Madi ambil upah baiki pukat dan jala dengan bapa saudara kami tu. Kak Aida ke sekolah semula sebab ada kelas tambahan. Tinggallah aku seorang diri di rumah. Abang Madi dan Kak Aida dah pesan padaku jangan ke mana-mana sebab aku harus tunggu ayah baik dari laut. Lanjut ke malam ayah belum lagi pulang. Aku dan Kak Aida masuk tidur dan Abang Madi masih lagi menunggu ayah.

Keesokkan paginya ayah masih juga belum pulang. Kami bertiga jadi makin risau. Abang Madi ke pengkalan menunggu ayah sehingga larut malam, namun masih tiada khabar berita. Pagi-pagi esoknya Abang Madi pulang dari pengkalan dan membisikkan sesuatu ke telinga Kak Aida. Tiba-tiba Kak Aida rebah. Aku dan Abang Madi jadi kalut. Pada petangnya ketika ramai orang datang ke rumah aku baru aku tahu yang ayah sudah tiada. AYAHKU SUDAH TIADA!!! Aku meraung, menjerit, menangis sambil dipeluk oleh Kak Aida.

Ketika jasad ayah dibawa pulang, aku jadi sebak dan segala dosa aku pada ayah mula menyelubungi aku. Aku peluk ayah, aku cium dahi ayah. Kak Aida rebah lagi dan ini entah yang ke berapa. Arwah ayah dikebumikan disebelah kubur Ibu.

Sesudah selesai semuanya, Kak Aida dan Abang Madi datang padaku dan memeluk aku. Kak Aida berkata padaku, "Man, kita sudah tiada Ayah. Man kena tabah dan Ayah selalu sayangkan kita seperti mana tuhan sayangkan ayah".

Malam tu aku memegang buku rujukan yang dibeli Ayah padaku. Dengan sebak aku membukanya. Air mata sudah banyak membasahi buku itu. Mataku tertumpu pada sebuah tulisan tangan dan aku mula membacanya.

"Man, bila Man besar nanti Man mesti jadi orang yang Berjaya. Man belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam ayah. Man, ayah tak pernah bersekolah sebab itulah ayah tak pernah tahu membaca dan mengira. Man pasti tahu ini tulisan Kak Aida kerana Ayah jugak tak pandai menulis. Man, ayah bangga sebab Man pandai membuat layang-layang. Ayah tak pandai membuat layang-layang. Ayah sejak dari kecil sudah ke laut. Ayah nak anak-anak Ayah jadi orang yang berguna dan pandai supaya takjadi macam Ayah. Man, gunakan buku ini sebaik-baiknya kerana ini saja yang mampu ayah sediakan untuk anak-anak Ayah".

Aku menangis dan airmata ku sudah tak dapat ditahan lagi. Aku lihat Kak Aida di tepi pintu menangis sambil memandangku. Abang Madi di bawah bersama Pak Lang Hussien turut memandang aku dari luar tingkap.

"Man, Ayah sanggup ke hutan pada malam hari untuk carikan buluh untuk Man"

"Man, Ayah sanggup berbasikal ke Bandar untuk belikan buku rujukan untuk Man"

"Man, Ayah kita bukan tak pandai".

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ini penerbangan aku yang pertama selaku Co-Pilot. Kak Aida dan Abang Man yang berada di hujung Airport melambai-lambaikan tangan padaku. Selama ini Kak Aida telah berkorban demi adik-adiknya. Kak Aida sanggup berhenti belajar dan menjaga kami dan jasa Ayah pada kami adalah segala-galanya. AYAHKU SEORANG YANG PANDAI. AYAHKU SEORANG YANG BIJAK.Aku menggenggam buku rujukan yang dibeli ayah untuk terbang bersama impian Ayah. Setiap yang terjadi pada waktu itu akan aku ingat sampai aku mati. Ayah, ampunkan Man.



Monday, August 9, 2010

Hudson Prananjaya indonesia mencari bakat




Best Banget Video Ini

Isu BlackBerry: Malaysia kekal bebas, pendirian diumum esok





KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pengguna BlackBerry di Malaysia tidak perlu risau kerana negara akan “kekal bebas” walaupun beberapa negara lain termasuk Arab Saudi sudah mula mengambil langkah memantau penggunan peranti tersebut, kata Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Kementerian itu dijangka mengumumkan pendirian rasmi negara mengenai isu BlackBerry yang menjadi tumpuan global, esok.

Ketika memberikan jaminan “kekal bebas”, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang anak Gandum berkata, kerajaan berharap pengguna di Malaysia akan menggunakan kemudahan ini dengan bertanggungjawab.

“Setiap negara ada keperluan kebudayaan masing-masing.

“Malaysia kekal bebas dan berharap pengguna tidak menyalahgunakan sistem ini,” kata beliau dalam respons ringkas menerusi SMS kepada The Malaysian Insider malam tadi.

Menteri Penerangan, Telekomunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim dijangka menjawab kebimbangan pengguna di negara ini esok.

Laporan Telegraph semalam menyebut Arab Saudi telah memutuskan untuk menggugurkan rancangan melarang komponen BlackBerry Messenger ekoran persetujuan dicapai oleh kerajaan itu dan pengeluarnya Research In Motion (RIM) semalam.

Persetujuan itu melibatkan langkah menempatkan server BlackBerry di Arab Saudi, yang akan membolehkan kerajaan memantau mesej para pengguna, sekali gus menghilangkan kebimbangan pihak berkuasa bahawa perkhidmatan itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan “jenayah”.

Kini servernya terletak di Kanada.

Seorang pegawai kawal sedia Arab Saudi berkata, ujian sedang dijalankan untuk menentukan bagaimana server BlackBerry akan ditempatkan di negara itu.

Penganalisis pula melihat keputusan itu akan membawa implikasi besar ke atas beberapa negara lain termasuk India dan Emiriah Arab Bersatu yang turut mempertimbangkan langkah yang sama.

Pengawal selia industri telekomunikasi Arab Saudi mengarahkan perkhidmatan BlackBerry digantung mulai kelmarin kerana pengeluar peranti tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang dikenakan.

Bagaimanapun itu disambung selepas empat jam terganggu sementara perbincangan diteruskan membabitkan kedua-dua kerajaan dan syarikat pengeluar BlackBerry.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) dalam kenyataannya sebelum ini berkata, penyediaan perkhidmatan BlackBerry tidak memenuhi kriteria kawal selia dan syarat pelesenan yang ditetapkan oleh suruhanjaya itu.

Awal minggu ini, RIM menekankan bahawa perkhidmatan BlackBerry Messenger tidak akan menjejaskan keselamatan.

BlackBerry mempunyai lebih 700,000 pelanggan di Arab Saudi dan 500,000 di UAE, sebuah negara yang kini menjadi hab perniagaan terutama sekali di Dubai.

Indonesia juga sedang mengkaji soal penggunaan BlackBerry.

RIM menguasai pasaran 1.7 peratus penggunaan telefon bimbit di rantau Asia-Pasifik berbanding 48 peratus di Amerika Utara dan 20 peratus di peringkat global.

Sumber:The Malaysian Insider

Wednesday, July 21, 2010

Sheila Majid - Dengarkanlah



Saya amat menyukai nyanyian dan lagu2 beliau bermula dengan Pengemis Muda dan sekarang ini Dengarkanlah.

Dengarkanlah sama2 kita membuai rasa dengan mendengarkannya (",)

Monday, July 5, 2010

Afgan - PadaMu Kubersujud

Sangat suka mendengarkan Lagu Ini...EnjoY ;)

Saturday, July 3, 2010

ERTI KEHIDUPAN

Email yang diterima daripada seorang teman utk renungan kita semua.Tq


Assalamualaikum. ...bacalah cerita dibawah untuk pengajaran kita
bersama...INSYA ALLAH.


Erti Kehidupan


Hari itu saya nak K.Lumpur, ada hal sikit.
Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri
laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas
ialah
Teluk Intan.



Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah
restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan
makanan, seorang kanak-kanak lelaki ;berusia
lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.
Tangannya segera menyelak daun pisang yang
menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap
saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba,
saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit
kemudian saya nampak kanak-kanak t! adi
menghampiri pelanggan lain, sepasang suami
isteri
agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu
begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.
Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih
sarat. Setiap yang lalu ditanya... "Tak nak beli
kuih saya bang..Pakcik. ..kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia
keluar
masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil
memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan
dihati
saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.

Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa
dalam
dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan
membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan
dan minuman, saya terus beredar ke kereta.
Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di
deretan kedai yang sama. Saya buka pintu,
membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum
sempat
saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi
berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah
senyuman. Saya turunkan cermin, membalas
senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12
tahun.

"abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan
kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah
abang. katanya petah sekali sambil tersenyum.
Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul
dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.
Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya
buka dompet, dan menghulurkan sekeping not
merah
RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah..! . tak payah
abang
beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana
perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak
itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan
terima kasih terus berjalan kembali ke kaki
lima
deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya
mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat
kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10
pemberian
saya itu kepada seorang pengemis yang buta
kedua-
dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula
kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang
nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik
berikan
duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi
adik!" kata saya tanpa menjawap
pertanyaannya. "Bang saya tak boleh ambil duit
tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya
mengemis.
Kata mak kita mesti bekerja me! ncari nafkah
kerana Allah berikan tulang empat kerat pada
saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak
itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak
pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang
tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya
begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan
hidup kanak-kanak itu. Tanpa
banyak soal saya terus bertanya berapa semua
harga kuih dalam bakul itu.

Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya
cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak
berkata. "RM25 saja bang.....!
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke
dalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia
mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya
perhatikan dia sehingga hilang daripada
pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru
saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak
yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang
melahirkannya? ? Terus terang saya katakan, saya
beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian,
tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang
dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak
itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita
sebenarnya!! !

~~~``"@iMaN" ``~~~

Thursday, June 3, 2010

Pengalaman Seorang Tukang Mandi Jenazah

Kisah yang saya perolehi daripada seorang teman yg telah foward ke email saya. Sekadar untuk berkongsi cerita.

Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian.

Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar

Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat
terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital
untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya,
kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah
mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari
bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan
pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M.
Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran
rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
“Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M.
“Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya.
“Ya, ustaz M bercakap”.
“Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta
kepastian.
“Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “,
ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
“Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas.
“Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “, balas ustaz M.
Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’.
Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam
tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar.
Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh?
Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan
“ALLAH”! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku.
Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut.Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan?….
Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan
jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa
kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan
bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah.
Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Saturday, May 22, 2010

SEPENUH HATI SEPENUH JIWA






ESOK aku terpaksa beri keputusan kepada mama dan abah. Eh! Sukarnya hendak membuat keputusan, rengeknya.
“Risa mesti kahwin dengan Hisyam,” terngiang-ngiang suara abahnya. Umurnya baru hendak masuk 20 tahun hujung tahun ini, terlalu muda untuk berkahwin. Lagipun zaman sekarang, perempuan kahwin lambat. Apalah abah, zaman sekarang mana ada kahwin dengan pilihan keluarga. Tambahan lagi sekarang ini zaman orang berkejar-kejar mencari ilmu pengetahuan.
Karier penting!!
Kepala ini bagaikan hendak pecah memarah otak ketika belajar. Kalau tahu hendak kahwin, tidak payahlah aku bersusah payah hendak mendapatkan 5P STPM lalu. Best student pula. Lecehlah kalau macam ini. Sudahlah hasrat hendak belajar ke luar negeri dibantah. Rimaslah. Lari dari rumah baru padan muka. Hendak lari ke mana? Ok ke tidak kalau lari ke Jolo.
“Abah...umur Risa belum pun 20 tahun. Kenapa abah nak sangat Risa kahwin ni? Risa hendak masuk U lah, abah. Buat apa nak kawin? Risa tak boleh buat semua tu dalam masa yang sama,” Ariesa mencari alasan yang boleh diterima oleh mama dan abahnya.
“Sebab Risa nak masuk U tulah abah nak Risa kawin. Biar Hisyam tolong tengok-tengokkan Risa di sana. Senanglah hati abah sebab ada orang nak jaga Risa,” ulas Encik Izhan.
“Bukannya jauh sangat rumah kita dengan tempat Risa hendak belajar tu. Sejam dah sampai. Kalau hendak bertunang tu bolehlah tapi kahwin ni tak hendaklah. Mama...Risa tak mau masuk U kalau kena kahwin. Lebih baik duduk rumah lagi seronok,” Ariesa memandang Puan Aida memohon simpati. Ariesa mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Apa lagi alasan yang patut aku beri? Ah! Kenapa abah terlalu mendesak aku agar kahwin? Special sangatkah budak Hisyam itu? Hebat sangatkah dia itu?
“Mama kahwin dengan abah kamu umur mama 18 tahun. Lepas kahwin barulah mama sambung belajar. Tak salah belajar lepas kahwin. Masa lahirkan Risa pun mama masih belajar lagi.”
Kalau itulah kata mama, siapa lagi yang boleh membantunya untuk lari daripada beban ini.
Idea!! Ariesa tersenyum sendirian. Moga kali ini berjaya.
“Risa nak tanya abang dulu. Kalau abang kata ok, Risa setuju kalau tidak...”Harap-harap abang aku seorang itu dapat menolong.
“Kenapa mesti tanya abang? Kalau dia tu jangan harap nak dengar cakap. Suka sangatlah Risa ikut perangai dia tu. Budak Hisyam tu baik. Risa pun kenal dengan ayahnya.” Pujuk Encik Izhan.
Apalah abah ni. Risa kenal dengan ayahnya bukan anaknya. Kalau ayahnya tidak mengapa juga. Birpun sudah berumur tetapi masih handsome lagi.
“Jangan nak jadi anak derhaka, Risa,” sambung Puan Aida.
Nur Ariesa Azieyani sajalah anak yang diharapkannya mendengar cakap. Mohd Azrin Azman anak lelakinya itu amat mengecewakannya. Hantar belajar ke luar negeri tetapi akhirnya sangkut dengan minah salleh. Sudahnya, anaknya itu tidak mahu pulang ke tanahair. Pilu hati Encik Izhan mengenangkannya.

@};- @};- @};- @};- @};-

Ariesa termenung sepi. Arghh...kenapa aku mesti berhadapan dengan masalah seperti ini? Masalah yang tidak pernah aku duga akan terjadi. Tolonglahhh aku! Apa yang harus aku buat? Berilah hambaMu ini petunjuk ya Tuhanku.
Ariesa mengeluh panjang. Dia bangun dari buaian. Memandang awan yang sedang membiru di langit. Kalaulah aku boleh terbang, alangkah seronoknya!! Terbang bagaikan burung yang bebas hendak ke mana-mana.
Haruskah aku akur dengan permintaan mama dan abah? Eh! Pening kepala aku dibuatnya. Mengapa aku harus menghadapi situasi begini? Mengapa? Ariesa mengelilingi buaian itu. Penat mengelilingi buaian dia duduk mencakung. Diambilnya ranting kayu yang entah dari mana datangnya. Dikuis-kuisnya rumput. Penat duduk mencakung dia duduk di atas rumput.
“Maafkan abah...Risa, bukan niat abah hendak meletakkan beban ke atas bahumu nak. Apa yang abah hendak adalah melihat kebahagiaanmu untuk masa depan.” Perlahan-lahan Encik Izhan menapak masuk ke dalam rumah. Pada mulanya dia ingin berbual-bual dengan anaknya itu tetapi apabila melihat keresahan di wajah anaknya, dia pun berlalu pergi. Biarlah dia berfikir. Dia tahu anaknya itu tidak akan menghampakannya.
Kahwin!! Kahwin memanglah senang tetapi untuk membina sebuah perkahwinan itulah yang payah. Betul apa yang aku cakap ni. Kata-kata itu pun aku dengar daripada mama. Aku masih mentah lagi mentah hendak berkahwin. Ilmu di dada pun bukannya banyak mana. Masih lagi banyak yang perlu diperlengkapkan.
Kalau dapat suami yang boleh membimbing oklah tetapi kalau dua kali lima dengan aku, entah apalah yang akan jadi. Aku bukannya baik sangat tetapi tidaklah juga jahat. Melakukan perkara yang bertentangan agama, rasanya tidak pernahlah buat. Kalau boleh hendak juga cari calon suami yang memiliki cirri-ciri seorang ustaz.
Bukannya aku hendak menderhaka tetapi sekurang-kurangnya berilah masa setahun dua lagi. Lagipun aku belum bersedia zahir dan batin.
Kalau bab memasak lagilah aku usah hati. Macamana kalau mak mertua aku hendak merasa masakan aku? Mustahil aku hendak membeli makanan setiap hari di kedai. Sepatutnya mama cadangkanlah supaya aku memasuki kelas masakan. Yalah, buruk-buruk pun anak dia juga. Dikutuk oleh mak mertua akan ketidakbolehan aku dalam bidang memasak, jatuhlah air mukanya.
Seharusnya mama dan abah fikir semasak-masaknya apabila hendak mengahwinkan anak daranya seorang ini. Pastikan anaknya ini pandai dalam serba-serbi. Kalau setakat bab memasak, aku belum lagi arif. Bab mencuci kain pun mesti diambil kira. Seumur hidup sekali pun aku tidak pernah mencuci baju sendiri.
Parah jadinya bila suami aku minta tolong cuci kain nanti. Mustahil aku minta tolong dengan Mak Bedah. Percuma saja aku diketawakannya. Buatnya aku yang makan hati.
Uwaaaa, rasa hendak menangis saja aku kala ini. Kalau ada Nia eloklah juga. Bolehlah dia beri pendapat. Kawan oh kawan!! Di saat aku memerlukanmu, kau balik kampong pula. Sakitnya jiwa aku! Ya Tuhan, berilah aku pentunjuk. Kalau itu pilihanMu aku sedia.

@};- @};- @};- @};- @};-

“Abang...tolonglah adik. Tolong pujuk abahtu.” Rayu Ariesa manja. Kedengaran suara abangnya ketawa di hujung sana. Mustahil dia tidak faham bahasa aku. Susah juga bercakap dengan mat saleh celup ni. Aku letak gagang telefon baru padan muka dia.
“Adik ni masih budak-budak lagi, manalah layak kahwin. Malulah...nanti kawan-kawan kata adik gatal nak kahwin.”
“Abang hendak kata apa lagi kalau abah nak sangat adik kahwin dengan budak Hisyam tu. Terima sajalah dik. Mama pun dah kata, jangan derhaka. Dah diberi peluang kahwin, kahwin sajalah.” Agaknya dah panjang muncung adiknya ketika itu. Azrin tahu benar perangai manja adiknya itu.
Wajah cute adiknya itu sentiasa dalam ingatan walaupun sudah lima tahun dia tidak pulang ke bumi Malaysia. Sudahlah aku dicop anak derhaka, aku tidak mahu adik aku pula terpalit sama.
“Hello adik!” Tiba-tiba saja adiknya itu senyap. Apa kena pula? Tadi bukan main lagi mulutnya macam murai bercerita.
“Ada lagi ni?” kata Azrin sambil mengeluh.

“Dengar sini adik. Tentu ada sebabnya abah nak adik kahwin cepat. Adik ikut saja cakap abah tu. Lagipun kata mama, dia tu handsome. Anak orang kaya, bakal ahli ekonomi,” Azrin sengaja mengusik adiknya.
“Abang ingat adik gilakan itu semua? Adik boleh cari sendiri itu semua. Tak payah bergantung pada budak Hisyam tu,” jawab Ariesa pantas. Apalah abang, dia ingat aku jenis perempuan yang gilakan harta. Oh, tidak, harta mama dan abah sudah mencukupi untuk aku hidup senang-lenang. Tidak perlu mengharap harta orang lain. Orang lain yang dimaksudkan ialah bakal suami aku itu.
“Abang tahu tapi itukan kehendak abah dan mama. Ikut sajalah.”
“Payahlah abang ni, orang nak minta tolong. Sekarang ni lain pula ceritanya. Lari dari rumah baru tahu...” kata Ariesa bosan.
“Apa? Jangan nak memandai-mandai buat kerja memalukan tu.”
Memalukan konon. Habis, yang dia kahwin tanpa restu abah itu, elok sangatlah? Mana menangis sampai bengkak mata. Seminggu mama demam. Abah pula, pantang nama abang disebut di hadapannya. Sebutlah kalau berani, pasti diherdiknya. 
Ariesa mendengus. Hatinya geram tidak terkata.
“Abang tolong pujuk mama tu. Kalau dapat pujuk mama dapatlah pujuk abah. Abang kalau cakap mesti mama dengar tapi alasan tu mestilah logik. Abang...”Rayu Ariesa lagi.
“Buatnya diketahui oleh abah sampai ke tualah abah marahkan abang. Adik nak abang ni hidup terbuang selama-lamanya.”
Abah sememangnya degil. Payah sungguh dia hendak maafkan kesalahan orang kalau hatinya sudah dilukai. Padahal kesalahan aku bukannya sebesar mana. Kahwin dengan orang yang berlainan bangsa. Padahal itu digalakkan dalam agama kahwin dengan bangsa yang lain itu elok juga. Anak pun bijak dan cantik. Susahnya...rintih hati Azrin.
Aku pun sudah mati kutu memikirkan bagaimana caranya hendak memujuk. Nasib baiklah ada mama, sekurang-kurangnya ada tempat aku mencurah perasaan. Sesungguhnya mama sentiasa bersedia menghulur bantuan untuknya.
Azrin tahu mama tersepit antara kasih sayang suami dan anak. Walau apa pun mamanya itu tetap menghubunginya untuk bertanya khabar di luar pengetahuan abahnya.
“Nampaknya adik kena juga kahwin dengan si Hisyam tu.” Kahwin? Mimpi ngeri. Aiks, kenapa pula abang aku senyap. Ini mesti...
“Kalau pun nak tengok adik ni kahwin , boleh tapi abang mesti balik. Mesti balik jangan tidak balik pula.”
“Kalau adik kahwin, abang janji abang mesti balik dengan Kak Miera dan Sarah.” Cuma sekali saja dia dan isterinya balik ke Malaysia. Anak perempuannya Sarah belum berkesempatan lagi. Hendak balik janganlah harap. Buang duit aku saja kalau cuma berdiri di luar pagar tetapi kali ini apa hendak jadi, jadilah. Sekalipun abah hendak tembak aku, dia sanggup. Biarlah kepulanganku kali ini merubah perhubungan mereka yang keruh selama ini, tekad Azrin bergema di hatinya.
“Abah tu nampak saja keras tapi adik tahu dia pun rindukan abang. Inilah masanya abang balik dan pujuk dia. Adik jamin, dia takkan marah abang lagi,” macam ahli nujum pula aku.
“Oklah, sebab adik nak kahwin abang balik,” putus Azrin.
Biar betul. Berani dia!
“Selamat pengantin baru adik!” Usik Azrin sebelum menamatkan perbualan.
“Haaa...apa!!” pekiknya.

@};- @};- @};- @};- @};-

Sebaik saja tamat peperiksaan STPM, Ariesa bekerja di syarikat guaman abahnya jadi kerani saja, bukannya jawatan besar tetapi Ariesa tidak kisah semua itu asalkan dapat menimba pengalaman dan pengetahuan. Serba sedikit dapatlah dia duit poket untuk bekalan di U nanti.
Bulan depan dia akan masuk ke U dan dua minggu lagi dia akan kahwin. Arggghhh...pedulilah!! Semua urusan perkahwinan mamanya yang menguruskan. Ariesa cuma tahu bawa diri saja. Pandai-pandailah mama dan abah menguruskannya. Ariesa malas hendak masuk campur. Mereka yang seronok sangat hendak menerima menantu aku releks sajalah. 

Ariesa mengerling jam di tangannya. Masih awal lagi. Abah tak ke pejabat hari ini. Mama pula sudah dua hari tidak ke butiknya. Kurang sihat katanya.

Sportage itu meluncur laju dan tidak lama lagi akan sampai ke rumah. Sportage itu hadiah daripada mama dan abahnya sempena kejayaan cemerlangnya dalam STPM lalu. Sejak ada Sportage ini, semakin panjang langkahnya. Semakin panjang langkah, semakin selalulah mama membebel. Kalau sudah suka sangat membebel, baik hadiahkan yang lain.
Sportage itu membelok ke arah kiri. Siapa pula yang datang ke rumah? Gerutu hati Ariesa. Baik aku masuk ikut dapur, tidak perlulah dia beramah mesra dengan tetamu itu.
“Kenapa balik lambat ni? Tu...ha, mama Risa daripada tadi tunggu Risa.” Belum pun kaki Ariesa mencecah masuk Mak Bedah sudah membebel. Kalau pun hendak membebel, tunggulah aku duduk dulu. Ini tidak.
“Buat apalah tunggu, Risa. Nak jumpa boyfriend pun tak boleh,” katanya bergurau sambil mengigit karipap yang baru digoreng oleh pembantu rumah kesayangan mamanya itu.
Boyfriend? Jangan pula tidak tahu, aku sebenarnya tidak pernah ada teman lelaki yang istemewa. Bukannya tidak ada yang mengurat tetapi aku saja malas ambil peduli. Pernah sekali aku minat pada seorang lelaki. Masa itu aku dalam tingkatan 3 tetapi malangnya dia samseng sekolah. Mula-mula ingatkan budak baik. Muka pun putih bersih. Bila sebulan bersekolah dialah raja kaki ponteng dan kaki rokok di sekolah. Serta-merta minat terhadapnya hilang. Boleh jalalah, lelaki macam itu sekali-kali tidak layak jadi teman lelaki aku.
“Di luar tu mama, bapa mertua dan Hisyam datang.” Uhuk uhuk tersedak Ariesa mendengarnya. Sepantas kilat dia meneguk segelas air. Mak Bedah tergelak melihat telatah anak gadis itu. Padan muka!! Entah kali ini apa alasannya? Kerap sangat mengelak kalau mamanya mengajak ke rumah bakal mertuanya itu. Mak Bedah tersenyum sumbing. Anak nakal!! Sejak kecil lagi Mak Bedah yang menjaga Ariesa. Segala tingkahlaku Ariesa dia sudah lali. Adakalanya bila dia marah berapi-api tapi bila mood nya baik manjanya tidak terkata. 

Ariesa jugalah jadi buah hati pengarang jantungnya. Mama dan abah Ariesa sudah dianggap seperti adik beradik Mak Bedah sendiri. Hidup menumpang kasih orang, lagipun Mak Bedah tidak mempunyai anak. Sejak kematian suaminya terpaksalah Mak Bedah membawa haluan hidupnya sendiri.
Pada gadis manja itulah dia menumpang kasih. Terbayang-bayang di matanya akan anak kecil yang selalu dimandikannya setiap hari. Dipakaikan baju dan dibuatkan susu. Pantang dimarah, berhari-hari rajuknya. Pernah sekali mamanya terlupa mengambilnya dari sekolah. Apalagi Ariesa melancarkan mogok lapar. Selepas tiga hari barulah Ariesa makan. Itu pun setelah dipujuk oleh abanhnya. Kalau tidak jangan harap dia hendak makan.
“Mama telefon ke office, Risa sudah balik. Keluar awalm baliknya lambat. Ke mana merayap ni?” Ariesa menekap telinganya. Malas hendaj dengar leteran mamanya itu. Mama dan Mak Bedah kalau berleter dan membebel nombor satu.
“Jalan sesak,”jawabnya jujur. Mama tidak percayakan aku pula? Selama ini aku manalah pandai membohonginya. Mama....mama sudah tidak percaya dengan anak sendiri.
“Hisyam nak jumpa!” Ariesa tidak makan saman langsung. Ada saja alasan yang diberi kalau disuruh keluar dengan Hisyam. Dihadiahkan banglo sekalipun jangan harap anaknya itu mahu. Macam-macam alasan diberi. Sakit perutlah, selsemalah, banyak kerjalah, ada temu janji dengan Nia. Macam-macam.
“Risa malaslah, mama. Eh, apa mama buat ni?” Ariesa terperanjat apabila mamanya tiba-tiba menarik lengan. Kalau putus tangan aku macamana? Menyusahkan abah nanti kena bayar bil rawatan. Ariesa menuruti langkah mamanya menuju ke ruang tamu. Berat terasa kakinya hendak melangkah.
“Apa khabar makcik, pakcik?” Amboi santunnya. Ariesa bersalaman dengan bakal bapa dan emak mertuanya. 
“Risa baru balik?” sapa Encik Izhan. Ariesa menganggukan kepalanya.
“Hisyam ada diluar,” beritahu Puan Aida kepada Ariesa. Biarlah dia di luar. Hendak diapakan pula budak tu? Rimaslah kalau macam ni. Asyik-asyik kena paksa.
“Maaflah kalau menganggu,” kata Ariesa nakal sambil melemparkan senyuman tidak ikhlas kepada jejaka yang berada di hadapannya itu. Hei! Aku bercakap dengan batu ke? Oi...saudara, tolonglah jaga kelakuan sikit. Aku ni tuan rumah. Aku halau dari rumah ni baru padan muka!
“Duduklah kalau hendak duduk,” balas Hisyam. Orang hendak menikmati alam sekeliling tiba-tiba dikacau pula. Perempuan ni, salam pun tidak diberi tetapi cantik dan ayu juga dia ni. Silap haribulan, boleh jadi model. Mata nakalnya memerhati wajah di hadapannya itu.

Eh! Aku silap rumah ke? Siapa yang punya rumah? Oi...tolonglah sedar sikit. Siapa tuan rumah sebenarnya? Aku hendak duduk, aku punya pasal, radang Ariesa di dalam hati. Emmm, macho juga dia ni. Silap haribulan boleh jadi model. Parah aku kalau dia jadi model. Aku yang makan hati jadinya.
“Betulkah awak nak kahwin dengan saya ni? Tak menyesal nanti. Baik awak fikir masak-masak,” merah padam muka gadis di hadapannya itu. Cantik walaupun tanpa make-up. Cantik semulajadi.
Haaaa, macam inilah raut wajah bakal isteri yang aku idam-idamkan selama ini. Tidak perlulah aku membazirkan wang untuk membeli alat dan perkakas make-up.
“Saya tidak mahu menghampakan harapan orang tua. Sebagai anak saya wajib mematuhinya.” Biar dia tahu aku kahwin kerana abah. Macamlah aku terhegeh-hegeh hendakkannya.
“Tidak rugi kahwin dapat isteri cantik macam awak ni,” balas Hisyam.
“Rugi? Ingat saya barangkah, main rugi-rugi?” Radangnya. Ariesa menarik muka masam. Semakin kelat wajahnya.
Alamak!! Dia marah. Marah-marah pun tetap cantik. Nampaknya mala mini aku tidak lena tidur. Mak...ayah, memang pandai memilih. Pilihan mereka menepati citarasaku. Terima kasih tidak terhingga.
“Saya tidak kata pun awak tu barang. Barang dengan manusia manalah sama. Awak saja yang terasa,” balas Hisyam.
Pandai juga dia hendak mengenakan aku. Aku bagi peluang hari ini. Esok lusa tahulah kau. Ariesa menggigit bibirnya menahan marah. Buang masa aku saja melayan dia ni, sakit hati aku dibuatnya.
“Teman lelaki awak macam mana, bila kita kahwin nanti? Serkap Hisyam memandang Ariesa yang duduk di hadapannya itu. Entah apa yang direnungnya sampai wajahnya tertunduk ke bawaj. Malu agaknya. Mustahil orang yang cantik macam dia ini tidak mempunyai teman istemewa.
“Saya tak ada teman lelaki. Lainlah kalau awak pula yang ada teman wanita?” Ariesa membuat serang balas. Kalau ada bukankah parah jadinya. Silap haribulan, aku dimadukan.
“Saya...saya tak ada.” Lain macam bunyinya. Apa,dia ingat aku sama dengan lelaki-lelaki yang tidak boleh diharap. Kalau boleh biarlah setia pada yang satu. Kalau dia sanggup bermadu, lainlah ceritanya.
“Benarkah awak ikhlas memperisterikan saya?”
Tersentak Hisyam mendengar pertanyaan Ariesa.
“Kahwin pilihan keluarga bukan bererti kita tidak bahagia, Ariesa. Saya berjanji perkahwinan ini menghadiahkan kebahagiaan kita berdua andai ada kepercayaan dan persefahaman. Percayalah...”

Thursday, May 20, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Marilah kita bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2011:-

Tarikh: 22 April - 1 Mei 2011
Venue: PWTC

Sila Layari untuk Info selanjutnya:-

http://www.kualalumpurbookfair.com/


Jumpa di sana (",)

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...




Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol