Saturday, May 22, 2010

SEPENUH HATI SEPENUH JIWA






ESOK aku terpaksa beri keputusan kepada mama dan abah. Eh! Sukarnya hendak membuat keputusan, rengeknya.
“Risa mesti kahwin dengan Hisyam,” terngiang-ngiang suara abahnya. Umurnya baru hendak masuk 20 tahun hujung tahun ini, terlalu muda untuk berkahwin. Lagipun zaman sekarang, perempuan kahwin lambat. Apalah abah, zaman sekarang mana ada kahwin dengan pilihan keluarga. Tambahan lagi sekarang ini zaman orang berkejar-kejar mencari ilmu pengetahuan.
Karier penting!!
Kepala ini bagaikan hendak pecah memarah otak ketika belajar. Kalau tahu hendak kahwin, tidak payahlah aku bersusah payah hendak mendapatkan 5P STPM lalu. Best student pula. Lecehlah kalau macam ini. Sudahlah hasrat hendak belajar ke luar negeri dibantah. Rimaslah. Lari dari rumah baru padan muka. Hendak lari ke mana? Ok ke tidak kalau lari ke Jolo.
“Abah...umur Risa belum pun 20 tahun. Kenapa abah nak sangat Risa kahwin ni? Risa hendak masuk U lah, abah. Buat apa nak kawin? Risa tak boleh buat semua tu dalam masa yang sama,” Ariesa mencari alasan yang boleh diterima oleh mama dan abahnya.
“Sebab Risa nak masuk U tulah abah nak Risa kawin. Biar Hisyam tolong tengok-tengokkan Risa di sana. Senanglah hati abah sebab ada orang nak jaga Risa,” ulas Encik Izhan.
“Bukannya jauh sangat rumah kita dengan tempat Risa hendak belajar tu. Sejam dah sampai. Kalau hendak bertunang tu bolehlah tapi kahwin ni tak hendaklah. Mama...Risa tak mau masuk U kalau kena kahwin. Lebih baik duduk rumah lagi seronok,” Ariesa memandang Puan Aida memohon simpati. Ariesa mengaru kepalanya yang tidak gatal.

Apa lagi alasan yang patut aku beri? Ah! Kenapa abah terlalu mendesak aku agar kahwin? Special sangatkah budak Hisyam itu? Hebat sangatkah dia itu?
“Mama kahwin dengan abah kamu umur mama 18 tahun. Lepas kahwin barulah mama sambung belajar. Tak salah belajar lepas kahwin. Masa lahirkan Risa pun mama masih belajar lagi.”
Kalau itulah kata mama, siapa lagi yang boleh membantunya untuk lari daripada beban ini.
Idea!! Ariesa tersenyum sendirian. Moga kali ini berjaya.
“Risa nak tanya abang dulu. Kalau abang kata ok, Risa setuju kalau tidak...”Harap-harap abang aku seorang itu dapat menolong.
“Kenapa mesti tanya abang? Kalau dia tu jangan harap nak dengar cakap. Suka sangatlah Risa ikut perangai dia tu. Budak Hisyam tu baik. Risa pun kenal dengan ayahnya.” Pujuk Encik Izhan.
Apalah abah ni. Risa kenal dengan ayahnya bukan anaknya. Kalau ayahnya tidak mengapa juga. Birpun sudah berumur tetapi masih handsome lagi.
“Jangan nak jadi anak derhaka, Risa,” sambung Puan Aida.
Nur Ariesa Azieyani sajalah anak yang diharapkannya mendengar cakap. Mohd Azrin Azman anak lelakinya itu amat mengecewakannya. Hantar belajar ke luar negeri tetapi akhirnya sangkut dengan minah salleh. Sudahnya, anaknya itu tidak mahu pulang ke tanahair. Pilu hati Encik Izhan mengenangkannya.

@};- @};- @};- @};- @};-

Ariesa termenung sepi. Arghh...kenapa aku mesti berhadapan dengan masalah seperti ini? Masalah yang tidak pernah aku duga akan terjadi. Tolonglahhh aku! Apa yang harus aku buat? Berilah hambaMu ini petunjuk ya Tuhanku.
Ariesa mengeluh panjang. Dia bangun dari buaian. Memandang awan yang sedang membiru di langit. Kalaulah aku boleh terbang, alangkah seronoknya!! Terbang bagaikan burung yang bebas hendak ke mana-mana.
Haruskah aku akur dengan permintaan mama dan abah? Eh! Pening kepala aku dibuatnya. Mengapa aku harus menghadapi situasi begini? Mengapa? Ariesa mengelilingi buaian itu. Penat mengelilingi buaian dia duduk mencakung. Diambilnya ranting kayu yang entah dari mana datangnya. Dikuis-kuisnya rumput. Penat duduk mencakung dia duduk di atas rumput.
“Maafkan abah...Risa, bukan niat abah hendak meletakkan beban ke atas bahumu nak. Apa yang abah hendak adalah melihat kebahagiaanmu untuk masa depan.” Perlahan-lahan Encik Izhan menapak masuk ke dalam rumah. Pada mulanya dia ingin berbual-bual dengan anaknya itu tetapi apabila melihat keresahan di wajah anaknya, dia pun berlalu pergi. Biarlah dia berfikir. Dia tahu anaknya itu tidak akan menghampakannya.
Kahwin!! Kahwin memanglah senang tetapi untuk membina sebuah perkahwinan itulah yang payah. Betul apa yang aku cakap ni. Kata-kata itu pun aku dengar daripada mama. Aku masih mentah lagi mentah hendak berkahwin. Ilmu di dada pun bukannya banyak mana. Masih lagi banyak yang perlu diperlengkapkan.
Kalau dapat suami yang boleh membimbing oklah tetapi kalau dua kali lima dengan aku, entah apalah yang akan jadi. Aku bukannya baik sangat tetapi tidaklah juga jahat. Melakukan perkara yang bertentangan agama, rasanya tidak pernahlah buat. Kalau boleh hendak juga cari calon suami yang memiliki cirri-ciri seorang ustaz.
Bukannya aku hendak menderhaka tetapi sekurang-kurangnya berilah masa setahun dua lagi. Lagipun aku belum bersedia zahir dan batin.
Kalau bab memasak lagilah aku usah hati. Macamana kalau mak mertua aku hendak merasa masakan aku? Mustahil aku hendak membeli makanan setiap hari di kedai. Sepatutnya mama cadangkanlah supaya aku memasuki kelas masakan. Yalah, buruk-buruk pun anak dia juga. Dikutuk oleh mak mertua akan ketidakbolehan aku dalam bidang memasak, jatuhlah air mukanya.
Seharusnya mama dan abah fikir semasak-masaknya apabila hendak mengahwinkan anak daranya seorang ini. Pastikan anaknya ini pandai dalam serba-serbi. Kalau setakat bab memasak, aku belum lagi arif. Bab mencuci kain pun mesti diambil kira. Seumur hidup sekali pun aku tidak pernah mencuci baju sendiri.
Parah jadinya bila suami aku minta tolong cuci kain nanti. Mustahil aku minta tolong dengan Mak Bedah. Percuma saja aku diketawakannya. Buatnya aku yang makan hati.
Uwaaaa, rasa hendak menangis saja aku kala ini. Kalau ada Nia eloklah juga. Bolehlah dia beri pendapat. Kawan oh kawan!! Di saat aku memerlukanmu, kau balik kampong pula. Sakitnya jiwa aku! Ya Tuhan, berilah aku pentunjuk. Kalau itu pilihanMu aku sedia.

@};- @};- @};- @};- @};-

“Abang...tolonglah adik. Tolong pujuk abahtu.” Rayu Ariesa manja. Kedengaran suara abangnya ketawa di hujung sana. Mustahil dia tidak faham bahasa aku. Susah juga bercakap dengan mat saleh celup ni. Aku letak gagang telefon baru padan muka dia.
“Adik ni masih budak-budak lagi, manalah layak kahwin. Malulah...nanti kawan-kawan kata adik gatal nak kahwin.”
“Abang hendak kata apa lagi kalau abah nak sangat adik kahwin dengan budak Hisyam tu. Terima sajalah dik. Mama pun dah kata, jangan derhaka. Dah diberi peluang kahwin, kahwin sajalah.” Agaknya dah panjang muncung adiknya ketika itu. Azrin tahu benar perangai manja adiknya itu.
Wajah cute adiknya itu sentiasa dalam ingatan walaupun sudah lima tahun dia tidak pulang ke bumi Malaysia. Sudahlah aku dicop anak derhaka, aku tidak mahu adik aku pula terpalit sama.
“Hello adik!” Tiba-tiba saja adiknya itu senyap. Apa kena pula? Tadi bukan main lagi mulutnya macam murai bercerita.
“Ada lagi ni?” kata Azrin sambil mengeluh.

“Dengar sini adik. Tentu ada sebabnya abah nak adik kahwin cepat. Adik ikut saja cakap abah tu. Lagipun kata mama, dia tu handsome. Anak orang kaya, bakal ahli ekonomi,” Azrin sengaja mengusik adiknya.
“Abang ingat adik gilakan itu semua? Adik boleh cari sendiri itu semua. Tak payah bergantung pada budak Hisyam tu,” jawab Ariesa pantas. Apalah abang, dia ingat aku jenis perempuan yang gilakan harta. Oh, tidak, harta mama dan abah sudah mencukupi untuk aku hidup senang-lenang. Tidak perlu mengharap harta orang lain. Orang lain yang dimaksudkan ialah bakal suami aku itu.
“Abang tahu tapi itukan kehendak abah dan mama. Ikut sajalah.”
“Payahlah abang ni, orang nak minta tolong. Sekarang ni lain pula ceritanya. Lari dari rumah baru tahu...” kata Ariesa bosan.
“Apa? Jangan nak memandai-mandai buat kerja memalukan tu.”
Memalukan konon. Habis, yang dia kahwin tanpa restu abah itu, elok sangatlah? Mana menangis sampai bengkak mata. Seminggu mama demam. Abah pula, pantang nama abang disebut di hadapannya. Sebutlah kalau berani, pasti diherdiknya. 
Ariesa mendengus. Hatinya geram tidak terkata.
“Abang tolong pujuk mama tu. Kalau dapat pujuk mama dapatlah pujuk abah. Abang kalau cakap mesti mama dengar tapi alasan tu mestilah logik. Abang...”Rayu Ariesa lagi.
“Buatnya diketahui oleh abah sampai ke tualah abah marahkan abang. Adik nak abang ni hidup terbuang selama-lamanya.”
Abah sememangnya degil. Payah sungguh dia hendak maafkan kesalahan orang kalau hatinya sudah dilukai. Padahal kesalahan aku bukannya sebesar mana. Kahwin dengan orang yang berlainan bangsa. Padahal itu digalakkan dalam agama kahwin dengan bangsa yang lain itu elok juga. Anak pun bijak dan cantik. Susahnya...rintih hati Azrin.
Aku pun sudah mati kutu memikirkan bagaimana caranya hendak memujuk. Nasib baiklah ada mama, sekurang-kurangnya ada tempat aku mencurah perasaan. Sesungguhnya mama sentiasa bersedia menghulur bantuan untuknya.
Azrin tahu mama tersepit antara kasih sayang suami dan anak. Walau apa pun mamanya itu tetap menghubunginya untuk bertanya khabar di luar pengetahuan abahnya.
“Nampaknya adik kena juga kahwin dengan si Hisyam tu.” Kahwin? Mimpi ngeri. Aiks, kenapa pula abang aku senyap. Ini mesti...
“Kalau pun nak tengok adik ni kahwin , boleh tapi abang mesti balik. Mesti balik jangan tidak balik pula.”
“Kalau adik kahwin, abang janji abang mesti balik dengan Kak Miera dan Sarah.” Cuma sekali saja dia dan isterinya balik ke Malaysia. Anak perempuannya Sarah belum berkesempatan lagi. Hendak balik janganlah harap. Buang duit aku saja kalau cuma berdiri di luar pagar tetapi kali ini apa hendak jadi, jadilah. Sekalipun abah hendak tembak aku, dia sanggup. Biarlah kepulanganku kali ini merubah perhubungan mereka yang keruh selama ini, tekad Azrin bergema di hatinya.
“Abah tu nampak saja keras tapi adik tahu dia pun rindukan abang. Inilah masanya abang balik dan pujuk dia. Adik jamin, dia takkan marah abang lagi,” macam ahli nujum pula aku.
“Oklah, sebab adik nak kahwin abang balik,” putus Azrin.
Biar betul. Berani dia!
“Selamat pengantin baru adik!” Usik Azrin sebelum menamatkan perbualan.
“Haaa...apa!!” pekiknya.

@};- @};- @};- @};- @};-

Sebaik saja tamat peperiksaan STPM, Ariesa bekerja di syarikat guaman abahnya jadi kerani saja, bukannya jawatan besar tetapi Ariesa tidak kisah semua itu asalkan dapat menimba pengalaman dan pengetahuan. Serba sedikit dapatlah dia duit poket untuk bekalan di U nanti.
Bulan depan dia akan masuk ke U dan dua minggu lagi dia akan kahwin. Arggghhh...pedulilah!! Semua urusan perkahwinan mamanya yang menguruskan. Ariesa cuma tahu bawa diri saja. Pandai-pandailah mama dan abah menguruskannya. Ariesa malas hendak masuk campur. Mereka yang seronok sangat hendak menerima menantu aku releks sajalah. 

Ariesa mengerling jam di tangannya. Masih awal lagi. Abah tak ke pejabat hari ini. Mama pula sudah dua hari tidak ke butiknya. Kurang sihat katanya.

Sportage itu meluncur laju dan tidak lama lagi akan sampai ke rumah. Sportage itu hadiah daripada mama dan abahnya sempena kejayaan cemerlangnya dalam STPM lalu. Sejak ada Sportage ini, semakin panjang langkahnya. Semakin panjang langkah, semakin selalulah mama membebel. Kalau sudah suka sangat membebel, baik hadiahkan yang lain.
Sportage itu membelok ke arah kiri. Siapa pula yang datang ke rumah? Gerutu hati Ariesa. Baik aku masuk ikut dapur, tidak perlulah dia beramah mesra dengan tetamu itu.
“Kenapa balik lambat ni? Tu...ha, mama Risa daripada tadi tunggu Risa.” Belum pun kaki Ariesa mencecah masuk Mak Bedah sudah membebel. Kalau pun hendak membebel, tunggulah aku duduk dulu. Ini tidak.
“Buat apalah tunggu, Risa. Nak jumpa boyfriend pun tak boleh,” katanya bergurau sambil mengigit karipap yang baru digoreng oleh pembantu rumah kesayangan mamanya itu.
Boyfriend? Jangan pula tidak tahu, aku sebenarnya tidak pernah ada teman lelaki yang istemewa. Bukannya tidak ada yang mengurat tetapi aku saja malas ambil peduli. Pernah sekali aku minat pada seorang lelaki. Masa itu aku dalam tingkatan 3 tetapi malangnya dia samseng sekolah. Mula-mula ingatkan budak baik. Muka pun putih bersih. Bila sebulan bersekolah dialah raja kaki ponteng dan kaki rokok di sekolah. Serta-merta minat terhadapnya hilang. Boleh jalalah, lelaki macam itu sekali-kali tidak layak jadi teman lelaki aku.
“Di luar tu mama, bapa mertua dan Hisyam datang.” Uhuk uhuk tersedak Ariesa mendengarnya. Sepantas kilat dia meneguk segelas air. Mak Bedah tergelak melihat telatah anak gadis itu. Padan muka!! Entah kali ini apa alasannya? Kerap sangat mengelak kalau mamanya mengajak ke rumah bakal mertuanya itu. Mak Bedah tersenyum sumbing. Anak nakal!! Sejak kecil lagi Mak Bedah yang menjaga Ariesa. Segala tingkahlaku Ariesa dia sudah lali. Adakalanya bila dia marah berapi-api tapi bila mood nya baik manjanya tidak terkata. 

Ariesa jugalah jadi buah hati pengarang jantungnya. Mama dan abah Ariesa sudah dianggap seperti adik beradik Mak Bedah sendiri. Hidup menumpang kasih orang, lagipun Mak Bedah tidak mempunyai anak. Sejak kematian suaminya terpaksalah Mak Bedah membawa haluan hidupnya sendiri.
Pada gadis manja itulah dia menumpang kasih. Terbayang-bayang di matanya akan anak kecil yang selalu dimandikannya setiap hari. Dipakaikan baju dan dibuatkan susu. Pantang dimarah, berhari-hari rajuknya. Pernah sekali mamanya terlupa mengambilnya dari sekolah. Apalagi Ariesa melancarkan mogok lapar. Selepas tiga hari barulah Ariesa makan. Itu pun setelah dipujuk oleh abanhnya. Kalau tidak jangan harap dia hendak makan.
“Mama telefon ke office, Risa sudah balik. Keluar awalm baliknya lambat. Ke mana merayap ni?” Ariesa menekap telinganya. Malas hendaj dengar leteran mamanya itu. Mama dan Mak Bedah kalau berleter dan membebel nombor satu.
“Jalan sesak,”jawabnya jujur. Mama tidak percayakan aku pula? Selama ini aku manalah pandai membohonginya. Mama....mama sudah tidak percaya dengan anak sendiri.
“Hisyam nak jumpa!” Ariesa tidak makan saman langsung. Ada saja alasan yang diberi kalau disuruh keluar dengan Hisyam. Dihadiahkan banglo sekalipun jangan harap anaknya itu mahu. Macam-macam alasan diberi. Sakit perutlah, selsemalah, banyak kerjalah, ada temu janji dengan Nia. Macam-macam.
“Risa malaslah, mama. Eh, apa mama buat ni?” Ariesa terperanjat apabila mamanya tiba-tiba menarik lengan. Kalau putus tangan aku macamana? Menyusahkan abah nanti kena bayar bil rawatan. Ariesa menuruti langkah mamanya menuju ke ruang tamu. Berat terasa kakinya hendak melangkah.
“Apa khabar makcik, pakcik?” Amboi santunnya. Ariesa bersalaman dengan bakal bapa dan emak mertuanya. 
“Risa baru balik?” sapa Encik Izhan. Ariesa menganggukan kepalanya.
“Hisyam ada diluar,” beritahu Puan Aida kepada Ariesa. Biarlah dia di luar. Hendak diapakan pula budak tu? Rimaslah kalau macam ni. Asyik-asyik kena paksa.
“Maaflah kalau menganggu,” kata Ariesa nakal sambil melemparkan senyuman tidak ikhlas kepada jejaka yang berada di hadapannya itu. Hei! Aku bercakap dengan batu ke? Oi...saudara, tolonglah jaga kelakuan sikit. Aku ni tuan rumah. Aku halau dari rumah ni baru padan muka!
“Duduklah kalau hendak duduk,” balas Hisyam. Orang hendak menikmati alam sekeliling tiba-tiba dikacau pula. Perempuan ni, salam pun tidak diberi tetapi cantik dan ayu juga dia ni. Silap haribulan, boleh jadi model. Mata nakalnya memerhati wajah di hadapannya itu.

Eh! Aku silap rumah ke? Siapa yang punya rumah? Oi...tolonglah sedar sikit. Siapa tuan rumah sebenarnya? Aku hendak duduk, aku punya pasal, radang Ariesa di dalam hati. Emmm, macho juga dia ni. Silap haribulan boleh jadi model. Parah aku kalau dia jadi model. Aku yang makan hati jadinya.
“Betulkah awak nak kahwin dengan saya ni? Tak menyesal nanti. Baik awak fikir masak-masak,” merah padam muka gadis di hadapannya itu. Cantik walaupun tanpa make-up. Cantik semulajadi.
Haaaa, macam inilah raut wajah bakal isteri yang aku idam-idamkan selama ini. Tidak perlulah aku membazirkan wang untuk membeli alat dan perkakas make-up.
“Saya tidak mahu menghampakan harapan orang tua. Sebagai anak saya wajib mematuhinya.” Biar dia tahu aku kahwin kerana abah. Macamlah aku terhegeh-hegeh hendakkannya.
“Tidak rugi kahwin dapat isteri cantik macam awak ni,” balas Hisyam.
“Rugi? Ingat saya barangkah, main rugi-rugi?” Radangnya. Ariesa menarik muka masam. Semakin kelat wajahnya.
Alamak!! Dia marah. Marah-marah pun tetap cantik. Nampaknya mala mini aku tidak lena tidur. Mak...ayah, memang pandai memilih. Pilihan mereka menepati citarasaku. Terima kasih tidak terhingga.
“Saya tidak kata pun awak tu barang. Barang dengan manusia manalah sama. Awak saja yang terasa,” balas Hisyam.
Pandai juga dia hendak mengenakan aku. Aku bagi peluang hari ini. Esok lusa tahulah kau. Ariesa menggigit bibirnya menahan marah. Buang masa aku saja melayan dia ni, sakit hati aku dibuatnya.
“Teman lelaki awak macam mana, bila kita kahwin nanti? Serkap Hisyam memandang Ariesa yang duduk di hadapannya itu. Entah apa yang direnungnya sampai wajahnya tertunduk ke bawaj. Malu agaknya. Mustahil orang yang cantik macam dia ini tidak mempunyai teman istemewa.
“Saya tak ada teman lelaki. Lainlah kalau awak pula yang ada teman wanita?” Ariesa membuat serang balas. Kalau ada bukankah parah jadinya. Silap haribulan, aku dimadukan.
“Saya...saya tak ada.” Lain macam bunyinya. Apa,dia ingat aku sama dengan lelaki-lelaki yang tidak boleh diharap. Kalau boleh biarlah setia pada yang satu. Kalau dia sanggup bermadu, lainlah ceritanya.
“Benarkah awak ikhlas memperisterikan saya?”
Tersentak Hisyam mendengar pertanyaan Ariesa.
“Kahwin pilihan keluarga bukan bererti kita tidak bahagia, Ariesa. Saya berjanji perkahwinan ini menghadiahkan kebahagiaan kita berdua andai ada kepercayaan dan persefahaman. Percayalah...”

Thursday, May 20, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2011

Marilah kita bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2011:-

Tarikh: 22 April - 1 Mei 2011
Venue: PWTC

Sila Layari untuk Info selanjutnya:-

http://www.kualalumpurbookfair.com/


Jumpa di sana (",)

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan



Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...




Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL...

Ip Man:2



Wayang yang baru saja ditonton ahad lepas di Pavilion. Memang tidak menyesal menonton wayang ni, banyak nilai-nilai murni yang boleh kita ikuti dan jadikan contoh. Semangat kental dan juang yang tidak pernah putus asa demi mempertahankan maruah diri dan negara daripada ditindas oleh orang asing.

Pengorbanan seorang isteri sentiasa menyokong suami berlatih siang dan malam walaupun sedang sarat mengandung. Sanggup berpindah ke tempat lain dan melahirkan anak tanpa kehadiran suami di sisi.

Semangat setia kawan yang tidak pernah putus dan padam. Selebihnya kenalah menonton sendiri. Ada part yang boleh menitiskan airmata hehehehe. Selamat Menonton (,")

Wednesday, May 5, 2010

Isteri Minta Cerai

Satu petang yang hening...aku (selamat bin dol ) duduk berehat2 di depan umah sambil menghisap rokok jenama Thailand (murah skit) huhuhu..sementara itu anak ku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikir agaknyer...isteriku?ade kat dapur nun..memasak. bahagia kan famili ku ini...isteri ku mmg ckup rajin memasak, anak ku pulak petah berkata2 menghiburkan kami se famili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....

Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kt mulut..

Tetibe je dia nak minta pepisahan??? Aku ni bkn insan yang lemah,cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Umah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur

'YAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENDSOME LAGI KE SMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'

Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?

YAH! AWAK JGN UJI SAYA!

Iye lah..lau berani buat lah...

YAAHHHHH......AWAK MELAMPAU! Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....


si isteri pun berkata..:

Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni g lah ambik serai tu cepat..boboi tak cakap kat awak ke...

HAH SERAI??????? aku ingat kan cerai..Betuah punyer anak...pelat.... rupenya..hahahah..nasib baik mulut aku ne tak ringat sgt...alahai anak..

Ceyai Vs cerai...
B carefull ngan bahasa anak anda...
Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri....
Hihihihik hukhuk
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol