Wednesday, August 28, 2013

FB FANPAGE

   اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

NH baru buat FB FanPage. Jom LIKE beramai -ramai






FanPage

Belum pandai hendak Link FB Fanpage ke Blog ini.
Akan berusaha untuk Link kan nanti  FanPage  Buat masa ini guna macam ni saja dulu.  Budak baru belajar.  Siapa hendak beri tunjuk ajar amat dialu-alukan.

Bila sudah dapat Link kan FanPage update di Blog kat FanPage pun kawan di FB boleh baca.  Senang update sekali saja.  Jimat tenaga dan masa.

Wednesday, August 21, 2013

BERITA MERUNTUN JIWA



  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini membaca berita di Berita Halian Online membuatkan hati ini sedih, air mata bergenang.  Mengenangkan saudara-saudara di Mesir setiap hari ada yang meninggal, cedera parah.  Belum habis rasa dup dap dup dap jantung selepas mendengar berita bas jatuh gaung di Genting. Berita gas beracun di Syria meruntun jiwa.  Allah Allah Allah sesungguhNya kau maha mengetahui.




Marilah kita mendoakan keamanan di Mesir dan negara-negara yang lain.  Semoga roh saudara -saudara kita ini ditempatkan bersama orang-orang yang beriman Al- Fatihah.

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa nahas bas jatuh di Genting. 

Monday, August 5, 2013

RAMADHAN YANG AKAN PERGI

  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari ini masuk Ramadhan ke-28, Dipanjangkan umur akan bertemu lagi pada tahun hadapan In Sha Allah.

Bagi yang hendak dalam perjalanan balik kampung ataupun hendak balik kampung, pandu kereta dengan berhati-hati.  Ingatlah yang tersayang.

Sepanjang dikampung hargai saat-saat bersama dengan keluarga.  Lupakan FB, Lupakan Blog, Lupakan Twitter.  Lupakan....lupakan.  Kunjung-mengunjungi sanak-saudara, rakan-taulan dan jiran tetangga. Masa beraya jari-jemari tu lupakan WhatsApp, BBM, WeChat dan rakan-rakan seangkatannya.  Nikmatilah makanan yang terhidang dan berbual-bual dengan rasa gembira.

Jangan lupa melawat pusara.  WAJIB bagi  kak Nazrina menziarah arwah bapa.  Setiap kali raya menjelang pasti rindu semakin merinduinya.  Semoga arwah bapa ditempatkan dikalangan orang yang beriman.  Al-Fatihah.

Kad raya akan dipost di Blog ini, setelah http://dayangdeno.blogspot.com/ akan menyiapkannya.  Thanks adik, semoga sentiasa sihat khendak-Nya.  Take care.

Setakat ini saja coretan hari ni. 
-Sayang kamu semua-






#MoodBalikKampungEsok

Friday, August 2, 2013

CABARAN CERTOT - PERANG ULAT BULU


-PERANG ULAT BULU-



Halimah  memerhatikan telatah kedua anak daranya sambil menjahit jelujur di hujung lengan baju kurung raya tempahan Cik Ameera .   Zubaidah dan Khadijah ketawa, sekejap bergaduh-gaduh manja dan sekejap pula bertolak-tolak bahu. 
Zubaidah melihat kertas di tangan yang akan dijadikan ‘broucher’ mempromosi biskut yang dijual pada ramadhan akan datang.  Zubaidah tersenyum puas. Dia menepuk-nepuk bahu si adik, lalu berkata “Wah, kau memang hebat dik.  Tengok gambar pun hati tertarik hendak beli biskut ulat bulu kau ini.”
Mendengarkan pujian itu Khadijah tersengih.  Kata Khadijah kepada Zubaidah, “Tengok oranglah.  Lepas ni, adik edarkan risalah ni kepada cikgu-cikgu sekolah.  Kakak jangan malas, nanti kita ronda satu taman, letak risalah ni dalam peti surat.” 
Khadijah memainkan pensil di jari sambil berfikir cara hendak mencari pelanggan.
Sasaran pertama, cikgu-cikgu  dan rakan-rakan sekolah. Kedua rumah-rumah yang berdekatan.   Ketiga , facebook dan blog , merupakan media sosial  yang paling efektif untuk menghebahkan produk dijual.   Dia  juga boleh mempromosi biskut ulat bulu yang comel itu kepada makcik-makcik dan kakak-kakak lepas sembahyang terawih nanti.
“Kakak sudah kira dik.  Kalau jual RM45.00 seratus biji pun untung.  Bolehlah beli sekayu kain warna merah jambu nanti, pakej sekali dengan langsir dan sarung kusyen.”
 Meledak tawa Khadijah mendengar lawak kakaknya.
Zubaidah memandang adiknya, lalu berkata,“Permulaan ni ambil tempahan dua ribu biji. Tahun depan kalau permintaan melebihi daripada penawaran boleh tambah jumlah lagi.  Esok, bolehlah buat biskut untuk pelanggan rasa nanti.”
Khadijah mengangguk.
OOOOOO
Bila mentega bersatu dengan gula dan tepung, kemudiannya dibakar maka terhasil bau yang amat menyelerakan.  Zubaidah tekun membentuk doh berwarna hijau dan membuat garisan.  Khadijah lincah meletak kismis yang dipotong kecil, dijadikan mata.
Zubaidah menguit lengan adiknya, lalu menyoal, “Kenapa emak bising di luar tu?” Khadijah cuma menjungkitkan bahu.  Dia terlalu khusyuk dengan kerjanya sampaikan dia langsung tidak mendengar bunyi bising.
Zubaidah menarik tangan adiknya.  Kedengaran emaknya seperti marahkan seseorang.  Mereka berdua bersembunyi di belakang pintu. Zubaidah dan Khadijah mengintip melihat. 
“Apa yang makcik Timah tu kecohkan, kak?” 
“Entahlah, makcik sebelah rumah ni”
Halimah menyinsing baju di lengannya ke siku.  Mukanya memang merona merah.  Dia masih boleh bersabar mendengar kata-kata kasar perempuan itu.
Sudah penat bertegang urat, Halimah berkata,“ Sampai hati kak Timah, menuduh anak saya menabur pasir di periuk nasi kakak.  Sudahlah kak Timah. Bulan puasa ni kak, nanti pahala puasa kakak tu percuma saya yang dapat.  Rezeki masing-masing ditentukan oleh-Nya”
Timah bercekak pinggang kerana tidak puas hati.  Katanya kepada Halimah, “Kau beritahu anak-anak perempuan kau tu, cukup-cukuplah ambil tempahan.  Ingat, tahu!”
OOOOOO
Berat hendak menuturkan perkataan azimat itu.  Namun di hari baik, bulan baik ini dia ingin membuka lembaran baru.  Timah menghulurkan tangan, lalu berkata, “Limah, aku datang ni hendak minta maaf dengan kau.  Minta maaf juga dengan anak-anak kau.”
“Aku maafkan...” Balas Halimah seraya menyambut huluran.
Serentak Zubaidah dan Khadijah berkata, “Kami pun maafkan.”
“Tapi makcik Timah kenalah rasa biskut ulat bulu kami.” Khadijah mempelawa. 
“Sedap kuih ni.  Patutlah ramai yang tempah daripada Zubaidah dan Khadijah.  Ada rasa lain tapi memang sedap.” Puji Timah ikhlas.
‘Memang ada rasa lain.  Ulat bulu kami, menggunakan tepung ros. Itulah resepi yang diubahsuai oleh emak.  Emak memang yang terbaik.  Terima kasih emak’ Hati Zubaidah berbisik riang.


Gambar di atas - biskut ulat bulu lupa letak mata










 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol