Monday, October 27, 2014

ASK CERITAKU

KLIK LINK DI SINI



ASK Ceritaku
Featured, Peraduan

Kami mencari penulis seperti anda! Sertai peraduan ASK Ceritaku

Adakah anda peminat drama dan ingin melihat karya penulisan anda di realisasikan? Kini masanya telah tiba dan inilah peluang keemasan untuk melihat cerita anda di telefilem.

Kongsikan cerita pendek yang paling kreatif dan menarik tidak melebihi 300 patah perkataan.

10 cerita pendek terbaik akan dipamerkan di laman rasmi Anugerah Skrin dan anda berpeluang mendapat undangan khas menghadiri malam kemuncak Anugerah Skrin. Undian tertinggi dari pihak awam akan dinobat sebagai juara.

5 pemenang yang diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Skrin akan turut menerima undangan untuk membentangkan karya di sesi pembentangan idea Media Prima Berhad.

Mungkinkah cerita anda bakal menjadi sebuah drama terbitan Media Prima?



Cara-cara penyertaan

1. Karangkan sebuah cerita pendek dan anda berpeluang memenangi undangan ke malam kemuncak Anugerah Skrin serta sesi pembentangan idea bersama Media Prima Berhad
2. Tarikh penyertaan bermula dari 10 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014
3. Isikan borang penyertaan dengan lengkap
4. Isikan cerita pendek anda di ruang ‘sinopsis’
5. Cerita pendek anda tidak boleh melebihi 300 patah perkataan
6. Tekan butang ‘Hantar’
7. 10 cerita terbaik akan disiarkan untuk proses pengundian dari pihak awam bermula pada 2 November sehingga 7 November
8. 5 pemenang akan diumumkan di malam kegemilangan ASK

Terma dan syarat penyertaan

1. Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga Malaysia.
2. Tarikh penyertaan bermula dari 10 Oktober 2014 sehingga 1 November 2014
3. Peserta boleh menghantar penyertaan lebih daripada 1 dengan menggunakan tajuk yang berlainan.
4. Cerita yang dihasilkan hendaklah karya asli yang tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana individu atau syarikat penerbitan.
5. Penyertaan adalah melalui borang dari laman web www.anugerahskrin.com
6. Hasil karya akan dinilai berdasarkan kepada keaslian, kreativiti, kredibiliti serta rasional peserta. Sebarang karya yang menyinggung sensitiviti individu, kaum dan agama akan dibatalkan.
7. Panjang sinopsis mestilah tidak lebih daripada 300 patah perkataan.
8. Penyertaan hendaklah dihantar sebelum 1 November 2014

Hadiah ASK Ceritaku:

10 cerita pendek terbaik akan diberi tiket ke malam kegemilangan Anugerah Skrin 2014 dan 5 pemenang akan diumumkan pada malam kegemilang ASK. Pemenang akan memenangi undangan ke sesi pembentangan idea bersama Media Prima.





No comments :

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol