Monday, July 1, 2013

SEPOHON SEMALU







Kisah yang MESTI Muslimah Baca : "Jadilah seperti sepohon Semalu"

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.ha..

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Aalamiin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wednesday, March 13, 2013

MEMORI

Tatkala mengemas barang-barang lama terjumpa pula puisi masa muda2 dulu.  Bila baca semula meleret-leret senyuman membacanya.  Tersangatlah jiwangnya.  Hahahaha untuk santapan otak siapa yang hendak mendalami makna di sebalik puisi ini sila-silakan.


 Memori
Tercalar di ingatan
Tidak dapat ku bayangkan 
Memori silam yang tidak padam
Mengapa ini harus menghantui?

Saat bersama 
Dua Jiwa Bersatu Hati
Dimanjai dan Disayangi
Oh...Indahnya Dunia

Ku relakan kau pergi
Tidak akan kesali
Cinta yang tidak sejati
Biarlah jauh pergi

Lenyapkanlah memori duka
Semangat diri
Terus Melangkah
Tabah...menongkah kehidupan

Cintaku
Kasihkah kau padaku?
Andai kau tidak pernah ada di sini
Hanya bicara rindumu ku dengar
Jiwa resah gelisah
Hati berkata tidak pasti
Mungkinkah kita hanya bercinta di dalam mimpi

Bercinta  
Biarlah di alam realiti\
Sukan hanya setakat melafaz kata rindu
Melayangkan khabar di kejauhan 

Aku rindukan 
Pertemuan kita  berdua
Biarpun hanya sesaat cuma
pertemuan itu.

-Kala Merindu-
16/07/03
lsns
 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol