Idea memang banyak berligar-ligar di kepala ini tapi tidak tahu mana satu yang harus dimulakan dulu. Setakat ini cerpen sudah siap 5 muka surat berbaki lagi 1 atau 2 muka surat untuk membuat 'ending' cerita.
Imbas semula cerpen yang telah tersiar di akhbar tempatan Negeri Sabah sepanjang tahun 1995 - 2009.
1. Di Ambang Maut - Borneo Mail (01/01/95)
2. Buah Hati Nabila - Borneo Mail (keratan akhbar hilang, rekod penghantaran tidak dapat dikesan tarikh pun sudah lupa)
3. Hanya Padamu - New Sabah Times (17/12/2000)
4. Surayakah itu? - Borneo Mail (17/12/2000)
5. Kasih Siti Mariam - New Sabah Times 20/12/2009)
Berkat bulan ramadhan ini, moga-moga dapat menyiapkan 1 manuskrip cerpen. In Sha Allah.








