Sunday, November 8, 2015

BERTEMU NOVELIS DI JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN KARANGKRAF


اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Cerita 7 November 2015 di Jualan Gudang Akhir Tahun Karangkraf.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Berjaya memiliki Novel Thriller No.1 Malaysia, Ramli Awang Murshid -Sunan Cinta Nan Sakti.

.
Bertemu dengan penulis, Rozita Abd Wahab. Novel-Kupeluk Hatimu.


.
Bertemu dengan penulis, Zura Rahman. Novel-Jangan Goda Aku.


.
Bertemu dengan penulis, Damya Hanna. Novel-Langit Cinta.


.
Comel-comel saja penulis bertiga ni.
.
Kebetulan ada tugas di Seksyen 7, maka harus untuk pergi ke Jualan Gudang. Memang banyak buku dijual murah banget. Buku kanak-kanak RM1.00 dijual pun ada. Kaki buku yang tinggal berhampiran tapi tidak pergi memang rugilah.
.
Bertemu dan bergambar dengan penulis Damya Hanna teringat akan sebuah manuskrip yang tersimpan kemas sejak tahun 2000 lagi. Pernah dihantar ke syarikat penerbitan namun tidak diteruskan atas sebab tertentu.
.
Tahun 2016 tinggal beberapa bulan lagi. Ayuh!!! Kita panaskan semangat untuk melihat buku kita (milik sendiri) terbit tahun hadapan. Vrooom vrooommmm.



Thursday, September 10, 2015

KERJA GILA! (1)



“Aku mau buat kerja gila hari ni.” Ucap Zahin perlahan.

Lagi!

Latip duduk di sebelah jongket kening. Bukan Zahin namanya kalau dia duduk senyap. Dalam sebulan mesti ada sehari Zahin buat kerja gila.

“Kau tidak serik-serik lagi. Nasib Cikgu Nurehsan tidak ambil tindakan. Apa kau tidak takut, bapa kau dipanggil ke sekolah?” Keras kedengaran ayat Latip. Dia sekadar hendak mengingatkan si kawan. Ternyata Zahin licik, membuat onar tapi sentiasa terlepas. Tiada bukti untuk menuduh dia melakukan kesalahan.

“Buat kerja gila ni seronok, satu kepuasan bagi aku.” Zahin meninggi diri.

“Banyak sangatlah seronok kau tu?” balas Latip. Nasib baiklah dia tidak terbabit dalam kerja-kerja tidak befaedah Zahin.

“Aku cuma letak katak dalam laci. Aku hendak uji Cikgu Nurehsan tu. Dia nampak garang tapi bila nampak katak pun takut.” Zahin puas hati mengenakan cikgu matematik tu. Setiap kali masuk ke kelas mesti dengan muka bengis. Cikgu itu jarang tersenyum.

Shasha yang duduk di belakang, pasang telinga mendengarkan perbualan rakan sekelas. Kadangkala dia pun teringin buat kerja gila seperti Zahin. Jika mereka berdua bergabung, sudah tentu akan menjadi meletup.

“Kau tidak perlu ajak si Latip ni. Penakut!” Shasha bersuara. Zahin dan Latip menoleh ke belakang. Hati Zahin berbunga, ada juga perempuan sekepala dengannya.

Zahin ketawa sepuas hati lalu berkata, “Puas hati aku bila pakcik jaga berak-berak. Tidak sia-sia emak aku jadi penjual julap yang berjaya.”

“Kau ni Zahin, sudah-sudahlah buat kerja gila tu. Nasib baiklah tiada siapa yang nampak, semasa kau letak julap. Kalau tidak mengamuk sakan emak kau nanti. Julap kau buat main,” ujar Latip.

Kenapalah dia ni suka sangat melakukan benda-benda abnormal ni? Hendak dikatakan kurang kasih sayang, apa yang dia hendak semua dapat. Beg adidas dan kasut pun adidas. Walaupun kasut sekolah tersebut tidak dibenarkan di pakai di sekolah.

“Kau cemburukah Ustaz Latip?” balas Zahin. Memang di antara mereka berdua Latip ada sifat-sifat seorang ustaz. Namun Zahin tetap senang berkawan dengan Latip.

“Sudahlah kamu berdua ni, siapa yang hendak kau kenakan kali ni?” Radziah bertanya.

“Kau pun hendak bergabung dengan aku ‘burger’?” Radziah memuncung apabila Zahin memanggilnya burger. Sudah-sudahlah hendak mengejek. Radziah sedar akan kesilapan mengeja perkataan ‘burger’semasa kuiz dan menyebabkan kumpulan mereka kalah.

“Aku hendak ponteng kelas lukisan lepas ni. Cikgu Ahmad Kushairy entah apa-apalah dia ajar. Lagipun subjek ni kalau ada yang gagal memang dia bermasalah.” Ucap Zahin.

Latip dan Radziah saling berpandangan. Sebenarnya si Zahin bermasalah.

Tiba-tiba....

Ketua kelas membuat pengumuman, “Sila ambil perhatian. Cikgu Ahmad Kushairy ada hal penting dan tidak dapat mengajar kelas lukisan hari ni. Semua diminta jangan membuat bising.”

Zahin menepuk kepala. Latip, Shasha dan Radziah ketawa serentak. Nampaknya rancangan kerja gila Zahin hari ini tidak terlaksana.


 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol