Tuesday, October 2, 2012
OKTOBER SUDAH MENJELMA TINGGAL NOVEMBER DAN DISEMBER YANG DINANTI
Hari ini sudah 3 Oktober 2012 tinggal 2 bulan lagi November dan Disember yang akan ditinggalkan sebelum menginjak ke tahun 2013. Bagaimana dengan azam rakan-rakan semua? Adakah sudah tercapai dan ada yang masih belum mencapainya? Isilah 3 bulan ini dengan penuh kegembiraan dan meninggalkan pengertian yang sempurna pada diri sendiri.
Hati tidaklah happy sangat sejak kebelakangan ini. Mood bekerja cuma 73% (peratusan yang mempunyai maksud yang sangat mendalam) ahaks muahahahaha....Kalau dikenang-kenang selalu confirm menimbulkan dendam kesumat. Tapi hati berbunga-bunga kembang-kuncup bila PM mengumumkan bonus 1.5 bulan. Yahooo!! Tq PM Mood bekerja up 101% ....yeahaaa!!
Sedih-sedih, sakit hati semuanya tidak akan dilayan....agaknyalah kan padahal di kepala ini sudah ada misi yang dirancang. Harap misi akan sukses.
Jagalah hati ini sebaik-baiknya. Biarlah Oktober, November dan Disember yang akan dilalui memberi kegembiraan. Insya-Allah.
Opsss...semoga anak buahku Dayang Siti Zulaikha yang kena warded akan sembuh dengan cepatnya. Semalam panasnya turun naik dan badan pun menggigil .Tidak sanggup melihat dan mendengar suaranya kesakitan 'sakit! sakit! sakit!
Labels:
Coret
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment