Apakah itu Konvesyen Mini Penulisan?
Konvensyen penulisan diadakan untuk mereka yang mahu menjadi penulis
profesional secara sepenuh masa separuh masa serta penulis sedia ada
yang mahu meningkatkan nilai mereka di dalam dunia buku.
Ia juga terbuka kepada mereka yang mahu mengetahui maklumat mengenai dunia buku yang tidak diketahui secara umum.
Konvensyen ini memberi jawapan kepada:
* Bagaimana penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karya terbit.
* Bagaimana menulis karya yang mesra syariah.
* Bagaimana mahu hidup sebagai penulis profesional.
Siapa yang akan saudara temui?
Temui, dengari dan catat tip-tip daripada para panelis terdiri daripada penulis, penerbit dan pekedai buku.
Mereka berada di konvensyen ini bagi memberitahu peserta maklumat dalaman.
Siapakah ahli panel yang akan hadir?
* Puan Sri Diah Saharudin. Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf.
* Ustaz Rohidzir Rais. Pendakwah, Penulis, Pengarah Urusan Inspirasi Media. Penulis buku best seller
*Abdul Latip Talib. Novelis fiksyen sejarah Islam nombor satu negara
* Puan Norhayati Razali, Pengurus, Jabatan Pembangunan Industri Buku, Perbadanan Kota Buku.
* Cikpuan Azzah AR. Penulis, pengasas Akademi Hero dan Tulisnovel.com.
* Tuan Nazry Salam Feeqry. Pekomik Misi 10A dan Misi 8A, penulis novel remaja dan pelukis animasi.
* Tuan Zamri Mohamad. Pengasas kursuspenulisan.com, penulis, top-two
finalis Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian 2010 dan 2011.
* Ustaz Fathuri Sallehudin. Penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang
terjual _ , _ _ _ _ naskah. Buku yang mencetuskan fenomena di negara.
* Tuan Aqif Azizan. Pengasas Write to Wealth. Pencetus jualan ebook
yang membawa nilai jualan RM_ _ _, _ _ _ dalam tempoh tiga bulan
menggunakan metodologi yang digunakan ke atas para klien premiumnya.
* Tuan Wahyudi Yatim. Pengarah Jenama DWE Sdn Bhd. Pernah terlibat
secara langsung dalam aktiviti jualan dan pemasaran di rangkaian kedai
buku utama dan kedai-kedai buku indie serta jualan di tapak.
* Tuan
Izwan Wahab. Dikenali sebagai pencetus idea-idea gila untuk memudahkan
kerja menulis dan memasarkan buku. Sama ada buku diterbitkan sendiri
atau pun diterbitkan oleh orang lain. Penulis buku Internet Marketing
untuk Bisnes Kecil.
* Puan Muna Izzah Fadzil, sebagai moderator
forum bonus. Ahli Tim Pengkaji Hadith Psikologi, alumni Alumni Hero dan
KursusPenulisan.Com.
Apakah senarai topik yang dikuasai peserta?
Para peserta akan diberi 10 perkara yang memberi kesan kepada rancangan
menjadi penulis. Tambah nilai pakej penulisan kita berimpak ke atas
pembaca.
Topik 1
Penulisan Mesra Syariah: Harta Berkat, Karya Bertahan.
Topik ini memberikan panduan kepada penulis bagaimana seorang Muslim
dapat menulis secara mesra syariah. Ia memberi ketenangan kepada hati
bagi terus menulis dan menerbit secara konsisten setiap tahun. Jadikan
karya dihormati kerana disiplin yang dibawa.
Topik 2
Mengekstrak al-Quran dan Hadith dalam Penulisan; Seni & Cara.
Al Quran dan Hadith menjadi nyawa kepada sesetengah karya. Apakah cara
yang dapat membantu kita membawa bersama dua sumber besar ini secara
kreatif dan hidup bersama-sama penulisan kita.
Topik 3
Karya #Trending: Apa yang kedai buku mahukan daripada penulis?
Kedai buku mempunyai rancangan tersendiri apabila memilih buku. Apa
yang sebenarnya diberitahu pembaca kepada kedai buku berkenaan buku
pilihan mereka. Maklumat ini membantu penulis merancang jenis penulisan
mereka agar mendapat tempat di kedai buku.
Topik 4
Tulis Sekali, Makan Berkali-kali
Penulisan bukan sekadar hobi. Ia adalah kerjaya profesional. Sesi ini
mendedahkan bagaimana seorang penulis dapat hidup dengan menukarkan
sebuah karya menjadi pendapatan berterusan.
Topik 5
Menerobos Magis Buku Kanak-kanak
Bagaimana hidup dengan menulis buku cerita bergambar kanak-kanak.
Sejauh mana ia dapat dilakukan di dalam dan di luar negara. Benarkan ada
yang hidup sebagai penulis buku cerita bergambar kanak-kanak. Siapa dan
bagaimana? Ada sesuatu yang berlaku dan didedahkan pertama kali di
sini.
Topik 6
Aura Komik Positif
Komik, sebagai
bahan bacaan yang dahulu diharamkan dari dibawa masuk ke sekolah kini
menjadi halal. Mengapa menjadi begitu, dapatkah kita mengambil peluang
memasuki sekolah-sekolah melalui komik. Ia sudah berlaku dan caranya
ditunjukkan satu persatu.
Topik 7
Show, Don't Tell; Kaedah Dakwah Melalui Novel @ Da'wah Binnovel.
Tanpa perlu marah-marah, tanpa perlu teks ceramah, novel menjadi
keseronokan kepada pembaca. Mereka membaca, penulis berdakwah. Tanpa
ceramah, marah-marah, bolehkah ia dilakukan? Sesi ini memberi formula
Da'wah Binnovel kepada peserta.
Topik 8
Hidup dengan Bakat; rancang hidup sebagai penulis sepenuh masa.
Peserta akan didedahkan kepada kejutan dunia buku. Bagaimana seorang
penulis mengamalkan kaedah membangunkan harta melalui karyanya.
Ditunjukkan satu persatu strategi hidup dengan perkataan. Pengamalnya
menunjuk cara.
Topik 9
Letusan Ebook di Malaysia
Karya kita dapat menjadi ebook dan dapat dibeli dari mana-mana ceruk
dunia. Tulis, upload, sampaikan dan jual, semuanya hanya klik di hujung
jari. Peluang dan potensi ditunjukkan, langkah diberi, rancangan
disampaikan.
Topik 10
Mudahnya Rezeki Penulis; Seni Menjemput Rezeki daripada Pembaca.
Peserta akan diberikan alat-alat kerja yang dapat membantu mereka
berusaha dalam mencambah rezeki melalui penulisan. Bagaimana usaha
mendapatkan daripada pemilik rezeki yang memberi apabila penulis
meminta. Meminta yang bagaimana?
Forum Bonus
Idea-idea Gila Dunia Buku!
Forum yang melibatkan pengamal dunia buku memberikan satu persatu
peluru tindakan, bagaimana mahu bermula dan menembusi dunia buku dengan
idea baru! Maklumat yang diberikan tidak ada di dalam mana-mana buku
akademik penerbitan.
Saya belum menulis. Sesuaikah untuk saya?
Bakal penulis hadir ke konvensyen ini bagi mendapatkan peta tindakan sebelum menulis dan menerbit.
Saya sudah menjadi penulis, perlukah saya hadir?
Penulis hadir ke konvensyen ini bagi bertemu rakan-rakan penulis lain.
Mereka membina kerjasama sesama penulis dalam projek buku terbaru.
Penulis juga hadir ke konvensyen ini bagi bertemu bakal penulis bagi
mendapatkan bakal penulis yang berkualiti dan mempunyai komitmen menulis
yang tinggi.
Penulis berada di konvensyen ini bagi bertemu
para ahli panel terdiri daripada penerbit dan kedai buku bagi membuka
ruang pasaran ke atas diri mereka.
Di mana lokasi konvensyen mini penulisan?
Lokasi anda bertemu penerbit dan penulis beramai-ramai di Dewan Seminar 2 Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.
Ia bersebelahan Perpustakaan Negara, Jalan Tun Razak. Lokasi dapat dicapai bas awam, teksi dan kenderaan sendiri.
Berada di antara LRT Ampang Park dan LRT Titiwangsa. Ambil teksi atau bas di sana.
Sebanyak 103 tempat letak kereta dengan harga tiket RM4.00 sepanjang hari.
Surau dalam bangunan yang sama.
Bagaimana mendaftar?
Klik Get Ticket dan teruskan langkah anda ke dalam dunia penulisan!
Menjemput rakan-rakan penulis dan bakal penulis di Malaysia,
Indonesia, Brunei dan Singapura ke Konvensyen Mini Penulisan pada 20
Julai 2013.
Lokasi di Dewan Aminuddin Baki, Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Berdekatan dengan Hotel Putra dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Bawa proposal, manuskrip dan bertemu para penerbit di Konvensyen Mini Penulisan 2013.
Klik dan mendaftar di http://mypenulis.info/
sebelum 5 Julai 2013.
p/s:-Peluang yang mungkin hanya datang sekali dalam seumur hidup. Marilah kita beramai-ramai menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mungkin tidak pernah kila lalui dan baru bagi kita.
Tuesday, July 2, 2013
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment