Hari ini masuk Ramadhan ke-28, Dipanjangkan umur akan bertemu lagi pada tahun hadapan In Sha Allah.
Bagi yang hendak dalam perjalanan balik kampung ataupun hendak balik kampung, pandu kereta dengan berhati-hati. Ingatlah yang tersayang.
Sepanjang dikampung hargai saat-saat bersama dengan keluarga. Lupakan FB, Lupakan Blog, Lupakan Twitter. Lupakan....lupakan. Kunjung-mengunjungi sanak-saudara, rakan-taulan dan jiran tetangga. Masa beraya jari-jemari tu lupakan WhatsApp, BBM, WeChat dan rakan-rakan seangkatannya. Nikmatilah makanan yang terhidang dan berbual-bual dengan rasa gembira.
Jangan lupa melawat pusara. WAJIB bagi kak Nazrina menziarah arwah bapa. Setiap kali raya menjelang pasti rindu semakin merinduinya. Semoga arwah bapa ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.
Kad raya akan dipost di Blog ini, setelah http://dayangdeno.blogspot.com/ akan menyiapkannya. Thanks adik, semoga sentiasa sihat khendak-Nya. Take care.
Setakat ini saja coretan hari ni.
-Sayang kamu semua-
#MoodBalikKampungEsok
No comments :
Post a Comment