
Kisah yang MESTI Muslimah
Baca : "Jadilah seperti sepohon Semalu"
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.ha..
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah SAW dengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita.
Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh.
Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada
tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan
maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Aalamiin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah
ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau
pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.