Friday, April 2, 2010

JHB ke BKI




Setiap kali menaiki penerbangan JHB ke BKI aku teringatkan seorang makcik dan anaknya. Makcik dan anak perempuannya (lingkungan umur awal 20 an) duduk di barisan sebelah tempat duduk aku dan semasa memasang tali pinggang kelihatan kedua-dua mereka terkial-kial untuk memakainya. Melihatkan keadaan itu aku pun dengan rasa baik hatinya bangun dan menolong.

"Ini kali pertama makcik dan anak makcik naik kapal terbang" Sebuah pengakuan yang jujur daripada makcik itu.

Apabila hendak makan makcik itu mempelawa makan dan aku hanya menganggukan kepala. Hati terdetik dengan mengatakan "Ramah juga makcik ni sempat lagi pelawa aku makan"

Tidak lama kemudian makcik itu aku lihat cuba membuka tali pinggang yang dipakai oleh anaknya. Perasan agaknya dia ketika itu yang aku sedang memerhatikannya dia pun berkata "Anak makcik hendak ke tandas tapi tidak pandai buka tali pinggang ini." Sekali lagi aku membantunya.

Aku memerhatikan anak makcik itu berjalan ke tandas. Sekali lagi macam-macam rasa hati ini apabila melihat toilet yang digunakan menyala warna hijau. Sememangnya anak makcik itu tidak mengunci toilet itu.Nasib baiklah ketika itu hanya dia yang menggunakan toilet tersebut.

Akhirnya aku terlelap ZZzzzZZZZ

Ketika sampai pemeriksaan imigresen aku mencari-cari sepupu aku untuk beratur bersama-sama. Sebaik saja aku melihat kelibatnya aku melambaikan tangan, rupa-rupanya makcik dan anak perempuannya itu ingat aku melambaikan tangan ke arah mereka lalu tergesa-gesa datang ke tempat ku dan mengucapkan terima kasih kerana membenarkan berbaris di belakangku.

Semasa berbual-bual dengan sepupuku sambil menantikan beg sampai aku terlihat makcik itu dan anaknya menantikan beg mereka di penerbangan dari Penang. Aku terasa hendak gelak. Terasa je bukannya gelak pun. Aku meminta sepupu ku memanggil makcik dan anaknya itu, confem tunggu sampai esok pun mereka tidak akan dapat beg mereka tu nanti. Hehehehehe :)

No comments :

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol