Sunday, September 8, 2013

PERKONGSIAN MAKLUMAT - PENULIS BARU(1)

 اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

1 Syarikat Penerbitan Baru mencari manuskrip-manuskrip yang dinilai terlebih dahulu sebelum diterbitkan.  Penulis-penulis baru boleh menghantarkan karya mereka di email seperti yang tertera di bawah atau pun add Elee Mardiana di Facebook DI SINI
Semoga perkongsian ini dapat membantu penulis-penulis baru untuk berkarya.  Semoga Maju Jaya!
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum wbh. Hari ini sangat indah. Akak pun dah tak pening dan stress dan entah apa-apa lagi. Syukur alhamdulillah.

Semalam seronok sangat berbincang tentang satu manuskrip ini yang bakal diterbitkan dalam bulan Oktober nanti. Akak berbincang dengan anney dulu, sudah tentu! Lepas dia bagi lampu hijau, akak berbincang dengan GM akak pulak dan GM akak pun bersetuju. Alhamdulillah. Jadi, malam semalam, akak mengambil keputusan untuk menerbitkan 4 buah novel dalam bulan Oktober ni, bukan tiga seperti rancangan asal.

Jadi, bagi sesiapa yang ingin menghantar manuskrip, jemputlah menghantar kepada nurrainaafsana@hotmail.com (email sementara). Kami mahukan manuskrip dari pelbagai genre. Manuskrip buku kanak-kanak yang ada lukisan tu pun kami nak.

Untuk buku kanak-kanak (seperti kisah nabi-nabi, lullaby dan juga cerita seperti Snow White versi Melayu dan sebagainya), kami menyediakan ilustrator yang berbakat besar. Maka, kami juga sedang mencari ilustrator (baru dapat seorang yang lukisan dreamynya sangat cantik). Ilustrator yang kami cari mestilah boleh bekerjasama dengan kami dan sedia menerima teguran sebab jika diizinkan Allah, kami lebih suka bekerjasama dengan ilustrator yang sama sahaja. Jika anda adalah orang yang kami cari, jemput hubungi akak di inbox supaya akak dapat menilai kerja serta peribadi anda. Terima kasih.
feeling bahagia. Terima kasih kepada yang sudi membahagiakan akak. Mwah.

2 comments :

Tetamu Istimewa said...

Assalamuaalikum, kunjung balas dan follow di sini. Kalau sudi jemput follow blog saya pula ya.

Em, oh kalau manuskrip kumpulan cerpen terima juga ke? Boleh jelaskan sikit. Syarikat penerbitan apa ya?

Nazrina Hussin said...

Walaikumussalam Wbt,

Sebaiknya tuan bertanya terus kepada Puan Elee Mardiana di FB ataupun pertanyaan di emailkan kepada beliau.

Saya hanya memanjangkan apa yang tertulis yang terdapat pada 'wall' FB beliau.

Saya harap penjelasan yang diberikan dapat membantu tuan.

 

Copyright 2015 © Nazrina Hussin. Design by Ayu Barbydol